Friday, August 19, 2011

.: Iftar ke-18 (Lanai d'Lakeview, Putrajaya) :

kisah hari khamis lepas, iftar ke-18 aku dengan member2 opis berbuke kat lanai d'lakeview, putrajaya. makanan kira oklah dengan harga rm.21.90 untuk seorang. aku bawak mr.zach, suruh die balik jugak hari khamis. hahaha. suruh balik sebab abah & ma aku balik dari umrah, tapi dah kebetulan nak balik time aku dengan member-member opis nak berbuke so aku ajak mr.zach sekali. so far oklah makan kat situ ade yang sedap dan ade yang kurang sedap.

view kami amek betul2 dekat dengan tasik. mengadap opis PM. view cantik la. tapi tak kose aku nak amek2 gambor. mase tu aku datang pukul 7. sebab tunggu mr.zach sampai dulu. time bulan pose KL double jem dari bulan tak pose. tu yang lambat. sampai2 borak2 jap astu terus terjah makan. amek macam2 tapi makan ciput je lah aku. hahaha..

ni jel gambar yang sempat aku amek. tu pon tak sempat nak amek pic family k.sheema dean. (hahaha) sebab k.sheema dean bz amek makanan.








.: kenikmatan dlm kesederhanaan :.


iftar yang ke 19 paling aku rasa kenikmatan bile berbuke. lagi2 berbuke dengan family. semua ade. walaupun makan ala kadar tapi kenikmatan sgt2 terasa. alhamdulillah. ^_^

.: pe kene tah...ishh rungsing aku :.


pagi tadi orang duk best tidur lagi, aku plak tak tahu pesal tetibe terjaya pukul 3.oo pagi, lepas tu masuk dapur, then gi kat peti sejuk keluarkan pastry doh. nak buatkn pastry utk mr.zach mkn dengan mushroom soup cream sahur nanti. selalo aku bangun untuk sahur dlm 4.30. kalau mr.zach takat nak makan roti pukul 5 je aku set jam. tapi ape mimpi tah pagi tadi bangun2 terus buat. dengan mamai terus buat. hahahahaha. gelak sensorang aku pagi2 buto tu.. jum layan gambor hasil pukul 3 pagi. tapi siyes sampai sekarang aku tak tahu pesal terjaga pagi td then terus gi bakor pastry tu..














tu dia pastry aku jadi ape?.. hangus ok. hahaha.. berasap satu dapur. mase tu baru tersedar dari mamai. then terfikir pebende yang slh.. rupenya. pastry ni msk sekali dgn sup cendawan tu. aku g letak bodoh2 tak gitu je,. astu bakor 15minit bende ni je., mahu tak terbakor. wahal kene bakar 3-5minit je. adoiyai.. mase tersedar tu terus gelak sensorg. sambil jengguk mr.zach.. sekali die tidur. hahaha. sudahnye settle sume aku masuk tidur dan paling best tak bangun sahur langsung. hakhakhakhak.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

hehehe.. ni jubah dari mekah yg aku dapat dr ma & abah aku. terima kasih ma & abah.
(doakan ma aku sihat ye kawan2.. sejak balik dr umrah ma aku tak sihat sangat.)

Thursday, August 18, 2011

.: menu M :.


pagi-pagi aku dah M. so dari aku ulang ayat yang sama baik tgk jelah gambar makanan mase aku berbuka puasa semalam. tulah namanya MENU M. haha. M untuk pe? faham-faham jelah ye.


ni menu berbuke aku petang semalam. haha. sebab dah tak tahu nak makan ape. mana tah napsu makan aku tah.


ni plak menu sahur aku pagi td.. nasi goreng lagi. hahaha.



semalam pergi PKNS Bangi, semata2 nak beli ni. kakak dan abang aku cari baju raya aku plak rembat ni. hahaha. dah lama aku cari2. K4 sold out si soya beans rose ni. yang nestea tu sebab pgaruh iklan. ye aku ni cepat terpengaruh dengan iklan. haha.

Wednesday, August 17, 2011

.: unta kat padang pasir pon tak malas macam .... :.


puasa ke-16 aku berbuke biasa2 je. memandangkan semangat nak masak ade tapi mod M dtg plak semalam, so aku berbuke dengan nasi goreng sosej. opkos sedap. aku ni terra msk nasi goreng.. hahaha.

mula2 nak makan kuih2 je time berbuke. sekali pukul 6.30ptg tetibe rasa nak makan nasi goreng. masak nasi pastu keluarkan segala mak nenek bahan2. then terhasil lah nasi goreng sosej aku. kadang2 tak ade mr.zach lagi haru sebab tak ade idea nak masak. kalau die ade reti plak aku nak masak pe. hikhikhik. tu tandanya MALAS. ya Allah memanjang malas je ni. bile tah nak rajin nye..


ini nasi goreng saya. walaupon rupa tak menarik tapi SEDAP ok. ape de hal dgn rupa. janji tekak rasa sedap suda. sedap pd aku la kot. haha

tgk org malas gini la ye kawan2.. amek gambor dlm kuali. hehehe

Monday, August 15, 2011

.: 1-300-888-333:.


hari ni dah pose yang ke 15. baru hari ni rasa lapar n dahaga cukup lengkap. nak borak2 pon dah tak larat. hehe. lagi2 tak larat nak fikir masak pe. so mr.zach tak hado. tak payah susah2kan nak masak. makan je ape yg ade kat rumah. hehehe

ok2 ni kisah hari jumaat lepas. sekali godek2 tertengok entry ni belum publish lg. tak pelah kan. bukan lama sangat pon entry yang aku buat ni. berbuke puasa dengan member2. lokasinya rumah aku. hikhikhik. kami bertiga sajork yang nak melayan pizza time berbuke. tekak duk rasa macam omputih wahal kulit aku golap je. golap2 pon aku cungggggggg!!!! ahakz!

kebetulan memang dah lama nk makan dominos pizza, so hari tu aku dengan member lagi 2 orang order dominos (beef pepperoni + prawn passion) kami order yang classic hand tossed je. yang lain aku gorengkan wedges + drumet ayam + dengan hidangan percuma bubur lambuk yang kebetulan opis aku ade buat. alhamdulillah kenyang sampai ke sahur tak bangun2. hahaha.

da2.. aku da malas nak taip pepanjang. tgk jelah menu berbuke pose kami pada hari yang ke-12.









.: ketam masak cili style aku :.

muahahaha.. before aku taip lagi panjang, mau kasi gelak gumbira sebab dah lama nak try masak ketam masak cili/goreng cili. so semalam menjadi jugak aku masak. yang paling best opkos lah mr.zach puji. die kata sangat puas hati makan ketam yang aku masak. muahahaha.... mod baik aku sampai hari ni okay. kahkahkahakh, dan paling2 best die suruh masak lagi. hahahahaha. CUKUP PUAS HATI.. PUAS HATI.. hahaha.

sepatutnya aku nak masak hari sabtu, sekali die ade kelas ganti (ye dah macam budak2 sekolah je.. aku kat Uitm kalau nak cuti tak payah nak buat kelas ganti bagai) so tundalah datenye. sekali sabtu malam mr.zach balik. yeahhhhhhhh..yeahhhhhh.... zachtron balik... ^_^

jadi misi utk masak kan die ketam bercili ni berlangsung ahad petanglah. mula2 nak keluar gi pasar pagi tu, sekali mr.zach kata mesti ramai, so dlm pukul 2.30ptg aku pergi mydin, putrajaya. sekali hambek ko!!!!!!!!!!!! nak masuk pon sampai berlaga2 vontot ko. pe cer?????? nak tak nak kasi redah jugak. aku halalkan sendiri lagi pon berlapik kan.. kahkahkahkah. ni semua sebab semangat berkobar2 nak masak jugak. settle beli barang2 dlm pukul 4. wahal aku cume beli utk msk ketam je. lamakan aku 'lepak' kat mydin. muahahaha..

balik rumah kasi settle sume astu bersilatlah aku di dapur, mr.zach layan cite ironman. jangan kata nak tolong, pelawakan diri pon tak hado. tak ape2 memang aku nak masak utk die pon. so dah taip panjang dah ni. jum layan gambor2 ketam aku. tak sangka terra jugak aku msk. sedap tu.. muahahahha... PANG! yang buatkan aku lagi semangat nak masak bile kali pertama try masak semua menjadi. alhamdulillah. janji tekak aku dgn mr.zach kate sedap sudah. yang nak makan pon kami. haha.


ketam masak cili style aku

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
aku beli ketam bunga yang besar, potong 2 dapat 4..
(aku suruh org tu siang terus. hahaha.. aku tak reti, lagi senang kerja aku kan.hahhaa)


yang ni plak menu roti bebola udang.


aku uli2kan jadi bolat.



taraaaaaaaaaaa.. memang bolat, aku duk pikir la masa mengoreng akan jadi bentuk2 yang lain. sekali memang bolat2 macam tuannye. haha.


udang masak pe aku tak tau.. aku main belasah je. janji rasa udang. mr.zach makan habis. maknanye ape? hahahaha..


mr.zach beli pisang montel.. kecik hati aku. hahaha, 20biji sekali harung. hahah laki bini duk hadap pisang ni je. muahahaha.



semua ni aku amek dr blog ni. walaupon tuan blog tak tahu aku try resepi die. resepi roti bebola udang tu pon aku amek dr blog masakan die jugak. tapi aku memang puji die sebab cara masakan die memang kena dgn aku yg tak reti masak. hehehe. simple tapi sedap. opkos kena puji diri sendiri. muahahaha.







Friday, August 12, 2011

.: den torai :.

muahahaha.. ore kelate nok kecek negeri sembilan memey tok leh lah. hahaha..
ok pe yang aku try? aku sejak dua menjak dah ade semangat nak try macam2 resepi utk berbuke. untuk bersahur aku tak mampu lagi sebab takat aku sahur sensorang baik mkn kurma 2 3 bijik astu togok air suam then sambung tidur. hahaha.

memandangkan member2 opis aku ni semua jenis suke masak, nak tak nak terjoin sama dengan dorang duk tengok2 blog masakkan. aku je yang duk copy n paste. kenkonon nak buat kalau rajin. hahaha. so skg memang mod rajin. rajin nak masak tapi hari minggu sajork. hari lain aku berbuka mkn kuih pon tak pe.

sebut tentang kuih, tengah hari semalam aku belilah kuih jan jan jala.. janj ala itik ayam. hahahah.. ok2 kuih roti jala, kuihnye boleh lah... tapi tang kuah.. masyaAllah 'BERAPA KILO GARAM KO LETAK? ' masin tahap ko nak mkn memang tak mampu. takut2 terus naik darah tinggi. kuah tu tak rasa dah kari bagai, yang rasa hanyalah garam! semata2!! puiii!! sudahnya roti jala aku terkulat2 kejung sampai ke sahur dan selamat masuk ke dalam tong sampah.

lari topic sikit, hehe. yang aku cuba try masak adelah resepi yang aku ceduk dari blog k.nor . (crdt utk k.nor, walaupon die tak tahu aku copynpaste tapi aku tetap puji die punya style msk memang buat aku tak payah baca resepi patpolohpat kali, jenis aku bangsa kena baca 4 5 6 kali baru fhm)

sekarang masuk je tengah hari mulalah duk godek2 blog masakan. muahahaha.. kira oklah kan dengan aku ni tak reti nak masak, memang mudah je buatnye, orang kata tak tengok resepi pon boleh buat.. tapi tu orang kata, kalau aku plak yang kata, kena ikut resepi kalau tak mampus tak sedap. eh! haha. ok2 jum layan bukti aku masak utk berbuke semalam. hahaha. ye aku dah tak lalu nak telan nasi. tekak aku sekarang selera omputih. muhahahaha. PANG!





ni semua resepi yang aku amek dr k.nor tu, tapi taklah aku ikut semua, macam baselah ade yang aku tak letak.


tengok² orang baru bersemangat nak masak, walaupon cuma masak roti sosej berkeju sajork.. ngeh..ngeh..

dah siap semua aku bg MMS kat mr.zach, die blh kata pe taw... ermmm sedapnye, tapi semalam b balik duit suruh beli ketam? ape pasal ketam jadi gitu? ' muahahaha.. ketam tu nak tunggu ko balik lah B oii..

Thursday, August 11, 2011

.: asyik sensorang je :.

sepatutnya orang yang baru kawen ni bolehlah kan berbuke puasa bersama-sama dengan husband. tapi kes aku ni, memanjang kena bukak puasa sensorang, kadang2 naik muak nak masak. selalu tak habis. aku tak reti nak bajet takat aku masak. aku akan masak kalau mr.zach balik hujung minggu. isnin-jumaat memang mr.zach kat IMR lah. nak buat macam mana, kenalah redha dan faham dah die study lagi.

so orang yang baru kawen selalu time puasalah boleh masak, gi solat tarawih bersama. aku? uwaaaaaaaaaaaaaaa.. hujung minggu sajork dengan mr.zach! tapi kalau ikut aku yang kadang2 tak betul ni aku gi berbuka rumah kakak aku. bukan kata ramai malah jimat duit aku. kadang2 seminggu aku lepak rumah kakak aku. dah macam bujang balik je aku ni. hahaha. untung rumah kakak dekat, kalau kentut pun die akan amek bau sama. kahkahkahkah.

semalam aku berbuke masak nasi goreng sajork. tu pun aku start masak nasi pukul 6.30 (aku terlayan tido lepas balik kerja.. adoiyaiii time tu yang feel gile nak tido kn?.. tak fhm aku.) settle masak, si isteri ni megadu dekat si hubby dengan menghantar SMS (skimanye ayat aku.haha) . ' wa tingin sgt nak makan kat kedai kak mek' (ouh k.mek tu panggilan student2 IMR kat satu gerai dekat2 HKL tu.) tuuuuuuuuuuut (tu bunyi enset murah aku kalau masuk sms.) ' lu dtglah sini, boleh bawak baju putih wa' bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal. aku tak tunggu lama. terus balas. 'ouh B wa syg lu. hahaha'.
jadinye mase nak berbuka tu, aku mkn nasi goreng yang aku main belasah dan campak2 tapi perghhhhhhhh sedap. aku makan plak dengan kadar yang sedikit. (simpan separuh tangki perut aku utk melantak dengan mr.zach)

malam pukul 9.45 aku gerak gi kolej die. astu terjah kedai makan k.mek. orang berbuke bersama2 dengan suami. aku qadar berbuke bersama2 suami lepas tu. haha.. tekpelah kan. janji mr.zach ade. aku makan nihah...



perghhhhhhhhhh nalaaaaaaaaaaaaaaa dienye tomyam. mmg ketagih betul aku dengan tomyam k.mek ni. 100% dari thailand.

pape pon tq ye B sebab layan isteri mu ni. haha.


* ok pengunaan bahasa dengan mr.zach 'wa' 'lu' krn kenkadang kami ni terbiasa guna sebab dulunye kami ni kawan baik. so jgn plak ade yang pk aku ni kurang ajar dgn husband sendiri. tidak ye. die pon tak kisah.

Wednesday, August 10, 2011

.: raya bersama ROXY & QUIKSILVER :.


From 6th Aug till 11th September, Quiksilver & Roxy Malaysia is giving out vouchers.
Every purchase of RM150 you will get RM20 gift voucher, RM300 get RM100 and RM1200
get RM500.


muahaha.. aku soka.. soka.. sale ROXY suda mari.. sampai 11 Aug 2011 je? adoiyai.. pasal hape buat sale kojap nau. pitih kawe tak dop lagi nih. huhuhu. tak jadi ar nak soka.. hehehe..
so sape2 yang ade member kad RX n QS. jum gi terjah.

.: bulan pose.. MOVIE pon pose jugak ok.. :.

dah lama aku tak update entry MOVIE (wahal baru sebulan. hahahaha). sebab sekarang aku tak pergi tengok. tapi elok jugak tak pergi tgk movie pada bulan ramadan ni. cite yang dorang tayang pon cite yang tak best je. (ahakz!) yelah dari ko pergi tgk citer gitu baik ko solat terawih, pahala berganda2 bile kita bersolat sunat tarawih ni.

kiranya bagus jugak GSC & TGV tayang cite tak best di bulan puasa. tak menganggu orang lain nak beribadat. lagi2 macam aku yang HANTU WAYANG. kot time bulan puasa nak tengok wayang kan. selain daripada berpuasa bulan nilah nak cari pahala yang berganda2 lagi pon kena jugak hormatkan bualan yang mulia ni. plak tu GSC sekarang tayang cite yang aku tak berapa nak layan... kalau terkenan padan muka. hahahahaha....





11 Ogos 2011 ni (khamis) ada tayangan baru nak keluar. cite yang aku memang tak layan jugak. COWBOYS VS ALIENS. dari pengarah cite IRONMAN. ishh dah habis cite ke deme tu nak buat movie? hehe..

pape pon list movie utk bulan August yang aku suke ade kat sini



.: al-Fatihah Hanny punya Style :.

ok sejak berpuasa ni patutnye kenalah rajin, tapi memanjang aku malas nak taip panjang. lenguh. wakakaka.. so aku kasi tunjuk style2 anak buah aku kalau die menyusu dalam botol.

gamaknye memang 'jenis' anak buah aku semua suke benda2 yang kalau melenguhkan orang tulah yang die gemar buat.


nilah anak buah aku NUR AL-FATIHAH HANNY sekarang.. hehehe nama da cantik tp aku duk pggil hanny bunny. hehe.. dulu muka lain. yg lain tang mata. mana datangnye mata die sepet. family aku mato bosar2.. hehe


style yang die nk myusu botol. da macam pe da ko ni bunny oii...


sudahnye aku angkat jugak.. aku tgk semacam je.. da tersedak je. gelojoh nau minum susu..


ni bile da habis myusu botol, hati senang jiwa riang, maen dengan saputangan pon happy.


tapi dalam 3 beradik ni yang si al-fatihah hanny lah yang paling senang. senang nak jaga die. jenis die tak bayak songeh macam kakak die yg no 2. si Arrisa mysarah. si hanny bunny ni plak pantang nampak aku. die mesti tergediks2 nak aku amek. die jugaklah paling glamour antara kakak2 die. siap masuk tv3 2kali dalam segment Wanita Hari Ini bersama-sama dengan kakak aku. satu lagi dalam segment Selamat Pagi Malaysia. astu muke die elok je terprint kat majalah Mingguan Wanita. hehe..





Tuesday, August 9, 2011

.: nak cakap lebih2 pon diri sendiri pernah buat :.


ni bukan entry mengutuk atau pe. tapi entry yang geram. haha tak samakan?
tadi pagi masa nak pergi kerja aku dah lambat. sekarang bulan puasa so menguji dirilah kan. tapi yang aku geram kot pagi2 'kau' buat hal.. orang nak pergi kerja kot. cukup banyak masa 'kau' kan manusia. aku ingat pagi tadi jer yang kena sekali tgh hari tadi balik rumah hantar anak buah aku, terkena lagi. nak bersumpah tu tak lah. tapi kalau aku tahu siapa manusia tu memang aku sound je.

pebenda?
ni hah...



ni pic masa tgh hari. pagi2 tadi tak amek lah. ramai kot dlm lif. bayangkanlah aku dr level 16 nak tunggu sampai ke G tu. sabor jelah.
so sempena di bulan yang mulia ni aku tetapkan iman aku supaya bersabar. huhuhu

Monday, August 8, 2011

.: Selamat Pergi & Selamat Kembali. Amin :.

kisah hari ahad aku, semalam ma & abah aku berangkat ke tanah suci mekah untuk tunaikan umrah. alhamdulillah, semoga ma & abah selamat pergi dan kembali. Amin.

so tak ade mood nak taip pepanjang entry utk kali ni. mood sedih wooo. segala pesanan dari ma & abah aku untuk aku & mr.zach insyAllah kami akan laksanakan, dan pesanan aku untuk ma aku sepanjang beribadah kat sana jugak telah aku titipkan. hehehe.. segala jubah, kurma ishhh banyaklah yang aku pesan suruh ma & abah aku belikan. ngeh...ngeh..ngeh..

tapi yang paling penting, aku telah kirimkan salam aku pada Nabi Muhammad S.A.W.

semalam kami 1 family gerak dari rumah pukul 8 lebih. sampai KLIA dalam 9 lebih jugak. tunggu anak buah ma & abah aku sampai. dah sampai borak2 dengan dorang sambil tunggu jemaah yang lain nak check-in segala bagai. dalam pukul 12.45 tghari flight ma & abah aku naik berlepas ke jeddah. huhuhu. tapi mase pergi hantar ma & abah aku ke klia ni mr.zach dlm perjalanan ke putrjaya dari pahang. die terpaksa balik kampung sebab urusan family mertua aku.

mula2 sedih biasa2 je. sekali hari ni terus merundum mood aku. semoga segalanye berjalan dengan lancar. mase sahur tadi aku & mr.zach dah try call ma & abah aku tapi handset off. so tunggu doranglah plak call.

jum ar tengok gambar yang sempat aku snap. tak banyak mana pon.


berkumpul dengan family semua sambil borak2..



duk tggu check in beg.. sampai penat pakat duduk bersila.. hehe


orang yang bertanggungjawab bawak ma & abah aku mgerjakan umrah. terima kasih sebab sponsor pakej umarah utk ma & abah kite. moga di murahkan rezeki abe kie sekeluarga. Amin.


pertama kali aku upload pic INCIK RAHIM... ^_^ (ye muka aku mcm abah aku.. taw pe yang korank pk kan tu) =p




bergambar dengan family jap. mase ni abg2 aku n SIL2 aku duk kat kerusi. pakat duk pgang baby.

mendengar taklimat before masuk


ma, abah dengan cucu sepupu ma aku..
bye2 ma N abah.
selamat mgerjakan ibadah umrah...


::::::last sekali::::
gambar tuan blog dgn bonda tercinta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...