Monday, November 19, 2012

.: hasil tenusu.. hehe :.

assalamuaikum..

dah petang2 baru nak update blog dah rasa malas, tapi stoplah kejap dari buat kije then update blog..hihihi. nanti sambung buat kerja balik. syukur alhamdulillah aku sekarang BF kan ammni masuk ke 6 bln lbh. kira dapat diploma lah kononnye. hehehe. dan paling syukur susu stabil dan makin banyak. moga2 lebih banyak plak lepas ni. Amin.
 
nilah aktiviti aku sejak ammni muncul dalam hidup aku n mr.zach. pump susu untuk ammni. tak kira kat mana aku ade, mesti kena pump (ammni tak nak minum direct dari breast aku) so macam2 dah buat tapi ammni tetap tak nak. as long as die nak susu badan ni aku tak give up pump susu hari2 dan bila2 masa asalkan susu tak kering. (mencabar ok bile anak tak nak DF juz bergantung pada pump semata2) tapi kuasa Allah sapa yang tahu kan. dah 6 bulan lbh, 1 usaha yang aku rasa akan akan bangga pada diri sendiri jugaklah. yelah... pagi buta aku bersengkang mata bangun pagi2 semata2 pump susu die. dari pakai pump manual hingga pakai pump letrik ni. alhamdulillah semua ok.
 
selalo aku dapat dalam sehari 27 hingga 32oz. syukurlah kan dari tak ade. bezanya aku tak ade stock untuk ammni macam mummy kat luar sana buat. tu yang sakit n perit tapi mcm aku kata aku tak putus asa. tetap pump jugak. mr.zach banyak bagi sokongan dari mula ammni lahir hingga sekarang n jugak akan datang. sampaikan die pon dah faham bila kadang2 aku nak rest tak dapat handle ammni die akan take over ammni. TQ Zach!
 
dulu seawal 3.00 pagi aku kena bangun, tapi sekarang pukul 4.00 pagi aku bangun kadang2 4.30 pagi aku pump dan masak solid food ammni. itulah rutin aku sejak dulu dan sejak ammni masuk 6 bln ni. untuk hari ni (pagi tadi pukul 4.30am)  aku dapat buat sebotol je. selalo 2 botol 5oz setiap satu. ishhh syukur sangat2 dah tu. nak dapat tu pon susahnya ya ampun. hehe. tapi pagi td ngantok gile2 sudahnya aku buatkan sebotol.. hehehe. tapi jaranglah aku malas nak pump. sebab jenis tak sempat nak buat stock tak ada istilah malas WAJIB kena buat.  
 
pagi tadi sambil2 punp dah ngantok aku snap pic. sambung plak kat opis dalam 2x pump total dapat 14oz. camput pagi td jadi 19oz. ptg dalam pukul 6.30 aku pump sebotol n malam pukul 8.30 o 9.00mlm aku pump lagi sebotol. itilah rutin aku hari2. tanggungjawab aku sebagai ibu. lagi pon best je duk pump. hehehe.

pagi pukul 4.30, mase ini dlm 2oz

ni lah sebotol yang 5oz.

total dari pukul 9.30pg-3.00ptg 14oz  (^_______^)
keseluruhan semua dapatlah 19oz. syukur...

moga ade rezeki buat ammni hingga 2 tahun. amin.

Wednesday, November 14, 2012

.: wordless wednesday :.

assalamuaikum..


masuk je bilik balik dari kerja hari senin hari tu dah ade kasut ROXY ni tergantung di lemari aku. hahaha.. kejutan yang menarik tuk aku. sebab tak ade reason pape dapat hadiah dari mr.zach. terus peluk mr.zach ketat2 ^_________________^ + senyum sampai ke telinga aku time tu. hahaha. ingatkan dapat HTC yang baru sekali kasut baru. tak pe2.. die kate tunggu lagi kejutan lain plak lepas ni. ouhhh tuwit2 tangat2 lak plak mr.zach ni. PANG sedas dua kat aku... =p
 
 

Monday, November 12, 2012

.: foot scrub + tumit kaki yang neraka :.

uwaaaaaaaaaa... aku hari ni kerja, korank kompem bersenang lenang rehatkan diri kat rumah. sume orang balik kampung wey.. kat opis aku ni pon berape kerat sangatlah manusia yang berkerja. hehehe. aku tak cuti panjang macam orang lain pon, hari jumaat je cuti tu pon sebab pengasuh ammni cuti, terpakselah mintak cuti dengan bos nanti. mr.zach lagi best, sepanjang deepavali & awal muharam dia oncall. masyuk!!!!  B kang jangan lupa belilah pape tuk isteri tersayang ni. ahakz!
 
ok2 bukan nak cite ttg cuti tapi nak share dengan korang tentang produk bodyshop yang aku beli. senaunya aku dah pernah pakai dulu adelah 4thn sudah gamaknya. (hahaha, lama gile) lepas tu langsung tak beli. dari bertangguh dari 1 hari ke 1 hari nak gi beli tapi semalam baru aku beli tu pon bile mr.zach ingatkan aku. (ye aku mmg jenis pelupa, bukan faktor umur okay, tapi mmg aku TM kot. hehehe)


 
 aku beli Pumice Foot Scrub + sponge tuk kaki (tak tau orang panggil ape, so aku letak sebagai sponge jelah. sng korank nak taw kan.) harga foot scrub rm39.50 + sponge rm15.90. murah lah jugak untuk rawatan kaki sendirikan. tumit kaki aku memang teruk tahap neraka punya merekah. before ni beli yang base2 jugak, sekali tak boleh, kena pakai pumit foot scrub yang perisa (hahha perisa ye) peppermint smoothing kooooooo!!!! hehehe.



lagi2 plak baunye perghhhhhh sedap macam nak makan je. hahaha. plus sponge die yang nampak kasar tapi bile sental walawey sedapnye.. lepas sental2 tumit letak lotion plak.. memang terbaik. rasa termanja2 gitu. PANG!!!!!!
 
selalo aku pakai dalam 2 minggu dah ok. tapi macam aku katakan tadi dah 4 tahun tumit tak bersental so mungkin ambik masa jugalah. lagi jenis kaki aku tak tahan dengan marmar ke, simen ke ape ke. arghh kira sume jenis mak nenek jubin ni. kena pakai selipar kat umah. very the omputih sangat kan? tapi sedor diri anak melayu + degil itu sebab teruk nau merekahnya.

nilah tumit aku yang hazabnye nak menyental. terukkan korank.. pemalas sangat sebelum ni. so dah ade foot scrub dah boleh dapat tumit yang bagus. nanti dah ok aku try buat entry yang ni lagi. show off tumit yang santek2 dengan korank.. hehehe

Wednesday, November 7, 2012

.: SKYFALL:.

assalamuaikum...

sekarang ni memang nak jejak kaki ke TGV o GSC memang dah tak boleh, caranye dapat layan pon movie-movie terkini kena beli CD je. oklah jugak kan dari tak layan movie langsung. tapi kalau layan pon susah jugak. kejap2 pause.. kejap2 on.. kejap2 pause balik. sebab minah kecik tu bukan bagi aku layan movie lama2. die nak aku duduk tengok die. like 'look each other'.. hahaha.
 
memang dari dulu lagi blog aku akan penuh dengan movie2 yang aku tengok. tapi sekarang non hado.. nak tengok movie kat rumah pon susah ni kan plak nak tengok kat cinema? memang taklah jawapnya. so sekarang mood nak tengok wayang SKYFALL tapi apa boleh buat mood sudah mari tapi tak boleh pergi. kena terjah warta beli CD ni nampaknya. taknaklah ketinggalan sangat lewat2 tengok cite terkini. tapi mr.zach sekarang dah tak heran kalau tak masuk GSC o TGV. sebab bagi die kerja lagi best dr tengok movie. ishhhhhhhh..
 
nak layan dengan opismate pon susah jugak. bukan dorang yang susah tapi aku. sebab sejak ade ammni memang waktu rehat aku terhad, sebab pump susu lepas tu hantar susu pada pengasuh. selalo mr.zach yang jd runner susu. haha.. so istilah yang boleh aku kata sekarang ' tiada masa utk berhibur di luar' boleh? hahahhaa... T_________________T pasrah.

kalau ade sapa2 yang layan cite ni. heboh2kan lah citenye cam ne? ade gempak2 tak? hehehe..
 

Tuesday, November 6, 2012

.: 0-6 months :.

assalamuaikum...

4 november 2012 hari tu genap umur anak aku nur ammni hyra 6 bulan. dan dah 6 bulan aku menyusu ammni. kira dah dapat diploma dah ni. hihihi. harap dapat susukan ammni sampai 2tahun. Amin.
so aku nak tepek gambar2 ammni sepanjang bulan. sebenarnya banyak gile gambar, tapi malas nak pilih elok2. yang ada ni pon dah berpinar bijik mata nak pilih. so pilih2 rawak2 je. janji gambar tu mmg time umurnye.  
 
waktu lahir hingga 1 bulan mmg dah berubah muka ammni..

untuk 2-3 bulan macam tak ade perubahan. tapi orang tua2 cakap budak ni tiap2 hari muka akan berubah skit2.

11 sep 2012 ammni mula meniarap..

sekarang semua cakap muka dah macam mr.zach. aku ok je. muka cam aku ke muka cam mr.zach ke. janji ikut mama n papa die. hehehe.
 

Sunday, November 4, 2012

.: lepas geram:.

before aku maki hamun org.. baik aku musabah diri.. mungkin aku ade buat slh dan sebabnya aku manusia yg bukan sempurna 100O%...tapi ko x pyh nk kutuk belakang2.. sal x berani nk ckp depan dgn aku? ko pon x bagus mana ok.. ko pon x sempurna mcm aku jugak.. ade yg ko taw aku x taw.. ade yg aku taw ko x taw.. benda tu normal.. tapi jgn nk tunjuk ko bajet bagus sgt lah... sbb ko x bgus mana pd pdgan org lain ade je duk bcakap ttg ko pd aku. org lain pon ade yg x suke cara ko.. so aku tunjuk middle finger tuk ko  yg bajet bgs.. puiiiii!!!!!

Thursday, November 1, 2012

.: Ammni si kepink kepink :.

 
assalamuaikum..

hari ni mood nak update blog masih tak mari.. tapi aku sajikan pic budak chekodok masham aku yang bile aku suakan enset je mulalah die buat macam2 ragam. hehehe.. waktu ni nk bawak die datang opis (sehari before hari raya haji) tapi pagi tu ammni meragam sebab perut die sakit, so aku datang opis jumpa dengan bos mintak cuti. sebab dah malu sari sebelum tu aku EL, kot nak El lagi. malu muka rasanya. so datang opis jugak walaupon sekejap.
ok2.. jum layan pic ammni. (sejak ade anak pic anak jelah, nak letak pic aku x lawa.. dah makin lebor bdn mama ammni, jadi dr jadi bahan korank bek jgn tunjuk, hahhaa)
 
 
mase ini die masih lena tido.. aku amek je skali die terjaga.. terus senyum..


pose ammni senyum..

pose ammni kenyit2 mate.. auwwwwww..

pose ammni jelir2 lidah.. hahaha

pose ammni tayang lesung pipitnye.. hikhik

pose ammni yang dah boring.. hahaha
tapi pose yang paling seksi ammni boleh bagi korank nk tengok? nk? nk? hehehe





*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. seksi x ammni nk g shower2.. hakhakhakhakhak..

Wednesday, October 31, 2012

.: solid food ammni :.

assalamulaikum..
ya ampun tiap kali nk update blog jadi malas. pehal lah.. wahal byk yang nak aku cerita n tepek kt blog tapi dasar pemalas susah betol...
 
29hb hari tu adalah 180hari untuk ammni, dah nk masuk 6bulan dah anak aku. rasa macam cepat je bile tengok dah panjang budak tecik tu. nurse dah cakap boleh bagi solid food pada ammni bile dah 180hari, tapi doktor cakap bolehlah awalkan seminggu. so aku trylah bagi awal dengan alasan susu aku dah merudum sangat dah, tapi tetap aku berdoa biar aku dapat susukan ammni genap 2thn. so bile mula2 bagi tu, ammni dah pelik. siap buat muka, bile suap tertutup2 mata sepet die tu.. hehehe.. tapi lps 5saat makan dalam mulut terus duk bunyi kalau aku lambat suap. (sah ikut aku yg kuat makan, hahaha)
untuk permulaan aku memperkenalkan puree carrot pada ammni, masa bagi tu alhamdulillah ammni pose muka yang menarik. senyum je. means die suka, tapi mungkin orang cakap baru mula2 nak bagi makan so ammni ade sedikit terkejut jugaklah, perutnya kembung. so menangis jugaklah minah tecik tu sebab perutnya kembung, lepas tu aku try bagi puree brokoli plak, terus die reject. belum aku bagi makan yang sedap2 ko dah reject ye.. tapi tetap bersabar. aku campurkan bubur nasi dengan carrot + brokoli, sekali ammni sembelit. arghhhhhhhhh aku plak yang nangis sebab tengok die nak berak susah. sudahnya aku stop dulu. aku bagi susu je. mase tu jenuh jugak lah aku nak pump susu nak bagi die kenyang. tapi kuasa Allah sapa tahu, dalam duk stress fikir + berdoa,  susu banyak plak. alhamdulillah. rezeki buat ammni ade lagi. syukur. 
 
kiranya aku dah mula buat puree carrot + kentang, buah plak aku buatkan betik + kurma. terima kasih pada kawan2 dan bos aku yang selalo ckp ape yang perlu bagi pada baby ni. =)
 
 
dua jenis aku buat. nak try je dulu.

yang aku simpankan dalam peti sejuk.

ammni suka puree carrot rupenye. nanti mama buat lagi okay.. tapi tunggu lain hari je. takaut kembung lagi.

kelakar bile ingat waktu nak suapkan die.



bile dah kenyang mulalah muka ade senyum.. hehehe..
 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

mase raya haji lepas MIL aku buatkan bubur nasi dekat cucu kesayangan. alhamdulillah makan banyak dan tak sembelit dah. baru tahu cara2 buat. mungkin aku terrrrrrrrrrrexcited sangat nak bagi makan sampaikan ammni kena sembelit. air plak kurang minum. memang susah lah ammni nak membuang. so balik je putrajaya aku bekalkan kepada pengasuh ammni dengan bekalan kt bawah ni. alhamdulillah ok.

 

Thursday, October 18, 2012

.: konvo part 1 :.

aku saje letak pic dulu, esok lusa kasi story mory.. gambar banyak dengan SIL aku. hehehe.
tingat zaman aku konvo.. bestnye. mcm nak sambung belajar balik. tapi dah mention macam means tak lah tu.. hehehe.


masa ini dah habis sesi konvo nye. aku tengah duk mencari adik2 ipar aku sume.. sume dah hilang.

Wednesday, October 17, 2012

.: my gugurl sekarang:.

asssalamuaikum..
sebulan blog aku cuti, cuti sebab malas (dasar pemalas!) hikhikhik. malas nak upload gambar sebenarnya, cerita banyak je. so xpelah kalau korank baca entry2 yang dah basi masam sume. hehehe
tak ade ape aku nak cerita. balik2 cite tentang aku, tak aku mr.zach, tak mr.zach si kecik ammni tu. so balik2 benda sama cuti cite je yang lain. hahaha.
 
dalam FB memang aku tak cite ttg anak aku, sebab ramai yang sindir sikit2 anak, so aku pon terasa jugaklah jadi senang cite aku malas nak cite tentang anak. dah anak aku kan.. tentulah aku cite hal anak aku.. tak fhm manusia. ok emo jap. wakakaka.
 
sekarang ammni dah 168 hari. bersamaan dengan 5 bulan 13hari. sejak ade anak ni nomber2 ni dah terra duk kira hitung umur anak. hahahahaha. tengah hitung hari nak bagi solid food. banyak kawan opis bg candangan makanan untuk baby umur 6 bulan ni. yg aku pon rajin jugaklah google ttg solid food ni. tak sabar okay. antara malas dan tak je nak masak. tapi demi anak sanggup. nurse cakap 180hari ammni dah boleh bagi solid food, tapi aku awalkan seminggu. jadinya minggu depan. pada 173hari aku dah kena masak. bab banguna awal pagi tak menjadi hal, tapi bab yang nak masak tu. banyak aku kumpul resepi2 utk baby. harap2 usaha aku berbaloi demi ammni. mr.zach pon sokong je. siap nk bali macam2 untuk ammni. (lap u lah B) hehe.
 
sepanjang 168hari ni, macam aku lalui. macam korank jugaklah kan. banyak asam garamnye, baru aku taw sonok jadi mama ni. ammni proses die sangat2 buat aku happy. banyak yang die cepat jugaklah. walaupon tak banyak tapi aku teruja. ishh nilah susah bile dah lame tak update blog sume nk cite. xpe nanti aku bt entry ttg ammni khas utk diri aku n ammni. senang esok2 dah besar die boleh baca dan tahu macam mana aku didik die. walaweiiiiiiiii.. hahaha.
 
mod malas masih menular lagi ni.. tengah nak panas enjin ni kena slow2 update blog. jadi aku up pic ammni 5 bulan. sejak die lahir mmg aku akan ambil gambar die setiap bulan (hari pon banyak.. hahhaa)
 



my soul <3

Tuesday, August 28, 2012

.: September 2012 :.




assalamuaikum..
sekarang nak tengok wayang pon dah tak boleh sebab dah ade minah tecik tu. kot nak bawak jugak kan. so sekarang aku usha je mana2 cite baru then upload je cite tu. tukang upload dah tentu mr.zach kalau tak sempat kami akan terjah warta bangi beli VCD cite2. hahaha nak buat macam mana sejak ade ammni semua aktiviti kena bekukan. harharharhar. tunggu ammni dah 1 thn atau pun tindak tanduk ammni yang harus ditapis untuk bawak masuk panggung. so sape2 yang nak tengok movie bulan september 2012 ade kat bawah ni. enjoy. 


cite yg aku nk tengok tapi sampai sudah xdapat tengok. tah pape..




SALAM CINTA (MLY)
I MISS YOU (THA)
HANTU AIR (MLY)
CHERNOBYL DIARIES
KEPONG GANGSTER (MAND/CANT)
COLD LIGHT OF DAY
(3D) RESIDENT EVIL: RETRIBUTION
(2D) RESIDENT EVIL: RETRIBUTION
RESIDENT EVIL: RETRIBUTION
THE BULLET VANISHES (CANT)
(JFF) NINJA KIDS!!! (JAP)
(JFF) WONDER CHILD (JAP)
(JFF) DEATH OF A JAPANESE SALESMAN (JAP)
(JFF) PERMANENT NOBARA (JAP)
(JFF) REBIRTH (JAP)
(JFF) KEY OF LIFE (JAP)
(JFF) HAYABUSA (JAP)
(JFF) A GOOD HUSBAND (JAP)
GOLDEN COUPLE (MAND)
HALIM MUNAN (MLY)
(JFF) ALWAYS-SUNSET ON THE THIRD STREET-3 (JAP)
(JFF) SOMEDAY (JAP)
(JFF) I WISH (JAP)
(JFF) THE LAST RONIN (JAP)
HOW I SPENT MY SUMMER VACATION
AJI NOH MOTOR (MLY)
THE RAID (IND)
TALL MAN
BAIT
(2D) BAIT
(3D) BAIT
WONDERFUL WORLD
(3D) DREDD
DREDD
(2D) DREDD
UNTUK TIGA HARI (MLY)
(3D) HOTEL TRANSYLVANIA
(2D) HOTEL TRANSYLVANIA
HOTEL TRANSYLVANIA
LOOPER
TAI CHI 0 (MAND)
(2D) TAI CHI 0 (MAND)
SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU (MLY)
HANTU KAPCAI (MLY)
LOVE IS…PYJAMAS (CANT)

Sunday, August 26, 2012

.: ZFA ber'Orange :.

assalamuaikum
masih dalam mood raya lagi ke korank ni? aku? sejak balik dari kampung awal gile, mood raya dah kureng. hehehe. so sempena mr.zach duk oncall je sejak rabu lepas, sabtu ahad pon masih oncall (macam orang tak betul aku duk umah dgn ammni, nasib baik abang aku dengan anak die ade jugak kira taklah jadi bisu sangat) aku saje duk snap2 pic.
lagi2 lepas mandikan ammni aku pakaikan ammni baju kaler orange.. ishh gediks plak nk men'sen'dondon'kn ammni n aku. siap request kat mr.zach pakai baju oren die jgk. aku ni ingat mr.zach malas nk layan bini duk senget, sekali habis die solat maghrib tup2.. berbaju orange jugak die. sonok aku. ko ingat mr.zach nk layan ke berbaju same bagai? memang taklah kan. die kate x macho laki n pompuan nk gediks pakai baju sesame. tapi tengok.. macho tak macho jugaklah kan. ko pakai jugakkan zach? hahaha. sejak dah ade anak ni, mr.zach dah boleh terima bini die tetibe datang angin nk bergediks pakai baju couple. haha. 
so semalam mr.zach, aku n ammni berbaju dengan tema 'bernetherland'. tak pasal2 abang aku cakap peminat bola team belanda. hahaha. meh nk showoff kat korank pic semalam. (layan kanlah mama ammni yang poyo jap)










budak ni kan cukup suka makan tangan die taw. aku saje tanggalkan sarung tangannye. sebab basah penuh dgn air liur die. grm tengok tangan montok2 meni2 mama ni,


     

Thursday, August 23, 2012

.: Nasiblah Ammni oii :.



Assalamuaikum...
tuan blog dah setat nk update blog dah ni. hehehe. hari ni hari kedua aku start kerja.T__________T
nak buat macam mana mr.zach dah kena kerja, plak tu kami berdua amek cuti 5hari sebelum raya, so korang duk raya lagi aku ni dah masuk kerja. hehehe. tapinyeopis sunyi sepilah sebab semua umat masih duk beh cuti raya. yang ade pon berape orang je. yang non muslim adelah 4 orang.(tu semua bos2 je) hehehe. disebabkan pengasuh anak aku masih cuti raya jadinya aku terpakse bawak ammni ke opis. kebetulan tak ramai orang bolehlah, kalau tak jangan harap aku nk bawak minah tecik ni. bukan sebab renyah pe, lagi pon ammni bantai tido je. jaga pon sebab lapar nak susu, kalau tak mmg die tido. tapi risaw tiap2 die buat peel yang aku tak boleh handle. minah tecik ni kadang2 suka buli aku jugak. selalo aku kena bile mr.zach tak ade dengan aku. tu yang malas nk usung ammni. tapi apakan daya, kalau tak angkut sapa nak jaga die? mr.zach seminggu cover member HPJ die. seminggu jugaklah die oncall. semalam berangkut tilam lah aku datang opis semata2 nak bagi die selesa. hahaha. berumahtangga aku kat opis. lena tido minah tecik tu. nasib ko lah ammni kena usung ke opis mama... esok plak aku tak sure nak bawak ammni datang opis or tak. sebab esok mungkin abang aku boleh jaga. abang? haha. ye abang aku tu kalau bab jaga anak buah die ok je. lagi pon esok die tak kerja. so biar aku bagi kerja sikit dekat die. ahakz!.



pagi semalam tido dengan tilam empuknya



pagi ni tido beralaskan toto yang kureng empuk. nasiblah ammni oii..
 tapikan paling buat aku jeles

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
nilah akan terjadi bile setiap kali aku mintak mr.zach jaga, dengan senang  hati mr.zach dpt tido lena dengan anak die, aku kalau tidokan ammni, mmg tak dpat tido lena, kejap2 die jaga, kejap2 nak ngis. nk je aku PANGGGGGG sekali. ishh.. 

Wednesday, August 22, 2012

.: Hari Raya Kami :.

assalamuaikum..

tak ade apa yang aku nak update sangat, cuma nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada kawan blog, ikhlas dari aku sekeluarga. andainya ade kata yang tersiat2 hati korang. mintak ampun dan maaf. tahun ni turn raya kelantan. so pic 1 family tak sempat nak amek sebab aku raya pertama (petang) dah gerak balik rumah PIL. gambar ni pon anak buah aku nak beria nk snapkan. kalau tak sure tak ade. tema colour untuk raya thn ni brown. tapi ammni tak coklat pon, hahaha sebab baju coklat die aku pakaikan raya ketiga. haha. janji aku n mr.zach sama. muahahaha.  



Friday, August 3, 2012

.:mr.zach with nur ammni hyra:.

assalamuaikum..
wahhhh dah sebulan lebih aku tak update blog. bukan takat sawang tapi tumbuh lalang segala bagai dah. hehehe. sebelum ni bukan tak anak update cite pape langsung. bile dah taip pjg2 tu time nk publish time tulah ammni memanggil2 aku. sudahnye cite aku bertapa kat draf. tapi reason paling kukuh aku malas nk update adalah malas. kalau malas ape pon tak boleh. ahakz!

habis sudah cuti bersalin aku 3 bulan. rasa macam tak cukup plak 3 bulan. hahaha. 
ok. tak nak taip cite panjang lebar, aku cume nk cite sekarang ni dah ade anak, so bile dah ade anak sume benda tak boleh buat secara sesuka hati aku. contohnye dari aku 7 bulan mengandung sampai sekarang paggung wayang tu dah jadi mcm tempat HARAM utk kaki aku melangkah. dulu sebab mengandung mod nak layan movie xde. skg plak ade anak nk tlg movie pon langsung xboleh. skg baru taw susah payah orang jaga anak. hahaha.sebab tu aku tak update2 blog sepanjang berpantang dapat post entry 1 je. tu pon bulan jun. hahaha

ok.. bukan tu yg aku nk cite. aku nk letak gambar mr.zach n anak die (ahakz!). dulu tecik skg dah besau. 4 aug ni ammni dah 3 bulan. cepat? mcm tak je. aku nk ammni cepat membesar sebab senang nk bawak gi mana2. hahaha. skg ni susah sikt sebab ammni banyak ragam. jadi mr.zachlah jadi harapan untuk dukung, tolak stroller o pape jelah. jum tengok pic bapak n anaknye. aku? relax, bag ammni pon mr.zach yang galas. 



 pic ahad lepas... die jugak yg rela hati nak tolak stroller anak..

 pic ni aku suke. sebab nampak mr.zach mcm kena pakse. wahal die rela tu. hehe


 tidokan ammni bile aku nak pump susu (saje pedajal zach, time die ade time tu aku nak pump) hahaha


mandikan anak bile aku g mana2 or aku rushing nak buat pape.


 hahaha.. ok tu je nk tujuk.. suwitttttttttt x? hahaha suwitttttttttttt sgt kan? kan? PANG! haha

Wednesday, June 6, 2012

.: mempelkenalkan my little P:.

salam..
malas nk cerita panjang2 aku kasi upload pic baby gurl aku yang lahir pada 4 MAY 2012, jam 3.17 petang pada hari jumaat seberat 3.17 yang aku berikan nama NUR AMMNI HYRA. bermaksud CAHAYA KETENANGANKU. syukur padamu Ya Allah dengan rezeki yang Kau berikan ini. 



nanti aku kasi story mory kelakarnye time aku bersalin kn baby ammni. dan kisah baby ammni 30hari kena prolong jaundice. ^_^

Monday, April 16, 2012

.: hambek ko!! baru tawkan? :.

citer best nii..baca sampai habis....

*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah
dia
sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu
isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk
menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku
hanya
tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa
letihnya
aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan
isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di
rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya,
ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja
dari
tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan
sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan
mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu
menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak
bawa ke
sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah.
Balik
dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang
lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur
ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip
kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.
Pastu
baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas
ambil
anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum
mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula
kemas
rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri
rawatan
dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang
baru
diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu
Zohor dah tinggal tak berapa minit saja
lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai
salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum
menyambung
apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan
malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu
cuci
pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan
supaya
anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00
malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai
lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa
isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam
Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai
dua
kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa
semula,"Ya
Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku
keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat,
minum
kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai
suami
semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama
ini
bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di
rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu
belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah
menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
.....Beranaaak? ??....... Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak
taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang
jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah
abang
yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya
membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab
pun
habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang
tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam
sini..hargai
la isteri anda

.: awesome!!!!!! :.

ok malas nak citer panjang2. ni result dari movie BATTLESHIP yang aku tengok minggu lepas. 2jam dalam panggung tu 2 jam aku dengan mr.zach layan sungguh2. cakap pon tak. haha. biasalah kalau cite best2 rasa rugi nak cakap2 dalam panggung. nak gi toilet pon rasa mcm rugi je. hahaha.

bagi aku cite ni sangat best. sebab? first ceritanya fiksyen, second ade robot2. tu dah cukup jadi sebab untuk heret aku gi tengok wayang. haha. lagi mamat yang jadi hero tu not bad jugak. hehe

jum layan gambar cite battleship.












rupenye suara opitmus prime bukan suara mamat Liam Neeson (gambar org tua kat atas tu) suara nye si OP. sekali google rupanye si peter cullen. hehe.


sinopsis Battleship: Peter Berg (Hancock) menghasilkan dan mengarahkan Battleship, satu epik berskala tindakan-pengembaraan yang ditempuhinya di seberang laut, di langit dan ke atas tanah sebagai planet kita berjuang untuk kelangsungan hidup terhadap tenaga yang lebih tinggi.Diilhamkan oleh permainan pertempuran klasik tentera laut Hasbro itu, Battleship bintang Taylor Kitsch sebagai Lt Alex Hopper, 1 pegawai Tentera Laut yang ditugaskan di USS John Paul Jones; Brooklyn Decker sebagai Sam Shane, 1 ahli terapi fizikal dan tunang Hopper itu; Alexander SkarsgÄrd sebagai saudara lebih tua Hopper itu, Stone, Pegawai Pemerintah Sampson USS; Rihanna sebagai Pegawai Raikes Kecil, crewmate Hopper dan pakar senjata pada USS John Paul Jones, dan antarabangsa superstar Liam Neeson sebagai Hopper dan unggul Stone (dan bapa Sam), Laksamana Shane. Berg mengarahkan tindakan pengembaraan epik ini juga dihasilkan oleh Scott Stuber (Pasangan Retreat), Sarah Aubrey (The Kingdom), Brian Goldner dan Bennett Schneir Hasbro (francais Transformers), bersama-sama dengan Duncan Henderson (Sarjana dan Komander).Filem ini ditulis oleh Jon Hoeber & Erich Hoeber (Merah).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...