Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

.: Transformers : Age Of Extinction :.

Assalamuaikum...

yeahhh hari ni dah khamis. esok jumaat.. lepas tu cuti... yeahhhh.. isnin datang opis lemau. hahaha no! no! no! jgn ikut peel gtu ye... hahaha

ok2.. tengok tajuk dah taw kompem entry aku adalah movie. lama jugak tak layan movie. last cite apa eik.. ermmmm lupa.. ni movie yang aku tunggu sgt2 ni. di pawagam pada 26 jun 14. yeahhh dah nak dekat sangat ni wey.... tak sabar gile. aku n mr.zach dah rebut2 nk g tengok dulu... before ni mr.zach yang akan tengok dulu tapi NO!!!! utk cite ni. aku first ok. hahaha..

ye aku mmg gini. gile tengok cite ni. kawan2 aku sangat kenal dengan peel aku ni. duduk rumah pon  layan cite transformers ade dekat berjuta2 kali. boring? ermmm tak.

TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION

Release Date: 26 Jun 2014
Language:English
Subtitle: Chinese / Malay
Genre:Action / Adventure / Science Fiction
Running Time: (3D) 157 minutes , (2D) 160 minutes
Director:Michael Bay
Cast:Mark Wahlberg, Nicola Peltz, Stanley Tucci, Jack Reynor, Lee Bing Bing, Han Geng
 
Synopsis:
Set four years after the climactic battle of "Transformers: Dark Of The Moon". As humanity picks up the pieces, Autobots and Decepticons have all but vanished from the face of the planet. However, a group of powerful, ingenious businessman and scientists attempt to learn from past Transformer incursions and push the boundaries of technology beyond what they can control - all while an ancient, powerful Transformer menace sets Earth in his crosshairs. The epic adventure and battle between good and evil, freedom and enslavement ensues.
 
sinopsis nye best2.. penat ahkak tengok trailer nye dekat empek puloh kaki dek non... punyalah x sabar bab2 cite ni. banyak pelakon yang baru tapi tak pe. aku suke je. hehe. jum2 sapa2 nk suka tengok cite ni kita terjah pawagam ok. hehe..aku? GSC Alamanda sajork!!!
 
 

Thursday, April 3, 2014

.: Captain America 2, Divergent & Need For Speed :.

assalamuaikum...

rasenye last aku tengok wayang cerita apa pon dah tak ingat. bile sebut movie memang akulah orang yg suke melayan movie. tapi sejak ammni ade kami laki bini pernah jugak bawa ammni, tapi 2x je mampu. so far ammni ok tapi last2 cite ammni setat buat hal. so papa zach die cakap .... lain kali kalau nk tengok movie.. layan sensorang....
 wa tarak hal... b4 kawen pon aku selalo layan movie sensorang. hahaha.

so hari isnin aku cuti sebab pengasuh ammni tak sihat. tapi pakcik rahim ade dekat rumah. siang hari keluar bawak pakcik rahim jenjalan. malam tu pakcik rahim kena jaga cucu sebab anak bongsu die nk layan movie.. tapi aku tak kijam sangat... aku terlebih kijam ... hahaha aku send pakcik rahim n cucunye kt rumah kakak aku. muahaha.. so far ok. ammni gud gurl langsung x cari  mama n papa. pakcik rahim pon selesa duduk umah kakak aku lagi pon. so sgt senang aku n mr.zach nak layan movie sampi pagi.

mr.zach cakap layan 3 movie sekali harung. mmg terbaik la kan. dedulu aku n mr.zach memang kaki tengok movie. takat 2 3 cite memang pernah kami buat. kira berkampung aku dekat GSC. tp sebab duration movie ade yg tak sampi 2 jam so kami layan 3 movie. so lepas ni duduk dendiam. bulan 6 plak layan movie. movie wajib tengok katanye. hahaha.

mr.zach yang pilih semua movie. so far mmg terbaiklah lah pilihan mr.zach. selalo ermmm so so jelah cerita mr.zach pilih. kita orang layan CAPTAIN AMERICA 2, DIVERGENT & NEED FOR SPEED. yag pasti kalau korank xde mase tapi nafsu nk tengok movie beria silalah buat mcam kami. kami harus igt. hati kena kental.. hahaha. nak muntah aku lelama duduk GSC. dari panggung msk panggung 2.. tukar panggung 6 astu tukar panggung 5.. oiii lama dah tak buat rs nk pitam. hahaha. dah tua orang kata..

cite ni siyes best. haha.


mamat ni ensem so kene upload pic die sekali lg.. hahaha...

cite ni best tp masih tak mampu layan fast n furiuos okay..



tapi semua movie kat atas tu lambat aku layan. tak ade mase. tapi tak sabar nk tengok cite ni bulan jun 2014


cite ni tak boleh lambat2 tengok.. haha


Monday, September 2, 2013

.: Movie.. Movie... Movie... :.

Assalamuaikum...

rasanya dah lama aku tak update tentang movie2 ni. sejak ade ammni aku & mr.zach dah jarang pergi layan cite kat panggung wayang. sebab ammni tak bagi kerja sama. kami pernah bawak ammni tengok movie hanya 2kali. tapi lepas tu mr.zach dah tak nak awah ammni sebab 20min nak habis mase tulah die meragam.. sudahnye salah seorang kena mengalah bawak dak tecik tu keluar. dan selalonya mr.zach kena dukung. so die sangat hangin lah. 2x bawak 2x hujung2 cite die tak dapat taw ending. so langkah yang mr.zach amek sapa nk lyn movie g tengok sensorang. pada aku ok je. lg syok layan sorang. hahah..

so sekarang tak ade cite yg menarik pada aku. nak bawak anak dah tak boleh jadi adalah lebih afdal mak bapak pon tak layan. tp tu lah aku dah lama tak tengok. last movie Fast 5 layan sensorang ok. sebab tak boleh bawak ammni.

nanti nk bawak ammni tengok cite cloudy with a chance meatballs 2. rasanya 3 Oktober 2013 oklah kn. sebab mase tu ammni dah 18m ( 1 tahun 5 bulan ). rasa dah cukup pandai tgk. sebab cite kartun upin ipin ok je tgk. hahhaa. lagi cite macam ni memang aku suke. haha. mak yg over. lantak la kn. hrp-hrp ammni enjoy nanti.










 
 
 

Sunday, March 31, 2013

G.i joe

Salam... hah da lama tak post tentang movie. Semalam mr.zach tetibe balik dr kerja ckp da booking tiket wayang. So apa lg mengeletik la aku yg dah setshun tak tengok wayang. Nebes wey nk bawak dak tecik ammni hyra. So semalam ammni mencemar duli. So far budak tu ok. Lulus. Lepas ni blh bawak lagi. Cuma 15min sebelum habis movie ammni ngis2 nk tido. Mr.zach terpaksa dukung. Hahha tapu tak taw lah kalau2 mr.zach dah serik kena dukung berdiri. Mujur kami amek port  barisan belakang sekali. Senang.

Wednesday, November 7, 2012

.: SKYFALL:.

assalamuaikum...

sekarang ni memang nak jejak kaki ke TGV o GSC memang dah tak boleh, caranye dapat layan pon movie-movie terkini kena beli CD je. oklah jugak kan dari tak layan movie langsung. tapi kalau layan pon susah jugak. kejap2 pause.. kejap2 on.. kejap2 pause balik. sebab minah kecik tu bukan bagi aku layan movie lama2. die nak aku duduk tengok die. like 'look each other'.. hahaha.
 
memang dari dulu lagi blog aku akan penuh dengan movie2 yang aku tengok. tapi sekarang non hado.. nak tengok movie kat rumah pon susah ni kan plak nak tengok kat cinema? memang taklah jawapnya. so sekarang mood nak tengok wayang SKYFALL tapi apa boleh buat mood sudah mari tapi tak boleh pergi. kena terjah warta beli CD ni nampaknya. taknaklah ketinggalan sangat lewat2 tengok cite terkini. tapi mr.zach sekarang dah tak heran kalau tak masuk GSC o TGV. sebab bagi die kerja lagi best dr tengok movie. ishhhhhhhh..
 
nak layan dengan opismate pon susah jugak. bukan dorang yang susah tapi aku. sebab sejak ade ammni memang waktu rehat aku terhad, sebab pump susu lepas tu hantar susu pada pengasuh. selalo mr.zach yang jd runner susu. haha.. so istilah yang boleh aku kata sekarang ' tiada masa utk berhibur di luar' boleh? hahahhaa... T_________________T pasrah.

kalau ade sapa2 yang layan cite ni. heboh2kan lah citenye cam ne? ade gempak2 tak? hehehe..
 

Tuesday, August 28, 2012

.: September 2012 :.




assalamuaikum..
sekarang nak tengok wayang pon dah tak boleh sebab dah ade minah tecik tu. kot nak bawak jugak kan. so sekarang aku usha je mana2 cite baru then upload je cite tu. tukang upload dah tentu mr.zach kalau tak sempat kami akan terjah warta bangi beli VCD cite2. hahaha nak buat macam mana sejak ade ammni semua aktiviti kena bekukan. harharharhar. tunggu ammni dah 1 thn atau pun tindak tanduk ammni yang harus ditapis untuk bawak masuk panggung. so sape2 yang nak tengok movie bulan september 2012 ade kat bawah ni. enjoy. 


cite yg aku nk tengok tapi sampai sudah xdapat tengok. tah pape..




SALAM CINTA (MLY)
I MISS YOU (THA)
HANTU AIR (MLY)
CHERNOBYL DIARIES
KEPONG GANGSTER (MAND/CANT)
COLD LIGHT OF DAY
(3D) RESIDENT EVIL: RETRIBUTION
(2D) RESIDENT EVIL: RETRIBUTION
RESIDENT EVIL: RETRIBUTION
THE BULLET VANISHES (CANT)
(JFF) NINJA KIDS!!! (JAP)
(JFF) WONDER CHILD (JAP)
(JFF) DEATH OF A JAPANESE SALESMAN (JAP)
(JFF) PERMANENT NOBARA (JAP)
(JFF) REBIRTH (JAP)
(JFF) KEY OF LIFE (JAP)
(JFF) HAYABUSA (JAP)
(JFF) A GOOD HUSBAND (JAP)
GOLDEN COUPLE (MAND)
HALIM MUNAN (MLY)
(JFF) ALWAYS-SUNSET ON THE THIRD STREET-3 (JAP)
(JFF) SOMEDAY (JAP)
(JFF) I WISH (JAP)
(JFF) THE LAST RONIN (JAP)
HOW I SPENT MY SUMMER VACATION
AJI NOH MOTOR (MLY)
THE RAID (IND)
TALL MAN
BAIT
(2D) BAIT
(3D) BAIT
WONDERFUL WORLD
(3D) DREDD
DREDD
(2D) DREDD
UNTUK TIGA HARI (MLY)
(3D) HOTEL TRANSYLVANIA
(2D) HOTEL TRANSYLVANIA
HOTEL TRANSYLVANIA
LOOPER
TAI CHI 0 (MAND)
(2D) TAI CHI 0 (MAND)
SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU (MLY)
HANTU KAPCAI (MLY)
LOVE IS…PYJAMAS (CANT)

Monday, April 16, 2012

.: awesome!!!!!! :.

ok malas nak citer panjang2. ni result dari movie BATTLESHIP yang aku tengok minggu lepas. 2jam dalam panggung tu 2 jam aku dengan mr.zach layan sungguh2. cakap pon tak. haha. biasalah kalau cite best2 rasa rugi nak cakap2 dalam panggung. nak gi toilet pon rasa mcm rugi je. hahaha.

bagi aku cite ni sangat best. sebab? first ceritanya fiksyen, second ade robot2. tu dah cukup jadi sebab untuk heret aku gi tengok wayang. haha. lagi mamat yang jadi hero tu not bad jugak. hehe

jum layan gambar cite battleship.












rupenye suara opitmus prime bukan suara mamat Liam Neeson (gambar org tua kat atas tu) suara nye si OP. sekali google rupanye si peter cullen. hehe.


sinopsis Battleship: Peter Berg (Hancock) menghasilkan dan mengarahkan Battleship, satu epik berskala tindakan-pengembaraan yang ditempuhinya di seberang laut, di langit dan ke atas tanah sebagai planet kita berjuang untuk kelangsungan hidup terhadap tenaga yang lebih tinggi.Diilhamkan oleh permainan pertempuran klasik tentera laut Hasbro itu, Battleship bintang Taylor Kitsch sebagai Lt Alex Hopper, 1 pegawai Tentera Laut yang ditugaskan di USS John Paul Jones; Brooklyn Decker sebagai Sam Shane, 1 ahli terapi fizikal dan tunang Hopper itu; Alexander Skarsgård sebagai saudara lebih tua Hopper itu, Stone, Pegawai Pemerintah Sampson USS; Rihanna sebagai Pegawai Raikes Kecil, crewmate Hopper dan pakar senjata pada USS John Paul Jones, dan antarabangsa superstar Liam Neeson sebagai Hopper dan unggul Stone (dan bapa Sam), Laksamana Shane. Berg mengarahkan tindakan pengembaraan epik ini juga dihasilkan oleh Scott Stuber (Pasangan Retreat), Sarah Aubrey (The Kingdom), Brian Goldner dan Bennett Schneir Hasbro (francais Transformers), bersama-sama dengan Duncan Henderson (Sarjana dan Komander).Filem ini ditulis oleh Jon Hoeber & Erich Hoeber (Merah).

Monday, April 9, 2012

.: Movie - April :.

untuk bulan april aku dah cakap dengan mr.zach nak kasi layan cite-cite before aku bersalin. aku dah buat list cite mana yang aku nak tengok. selalo macam nilah bila boleh layan movie, sume cite yang tak best pada aku keluar. dari tak dapat tengok movie langsung baik rembat je mana2 cite pada aku yang best lah. 'selera' korank aku tak sure tapi pada aku selagi cite tu cite merepek meraban yang otak aku leh terima aku suke je tengok.hahha

sudahnye 2 movie je yang okay pada aku. STREET DANCE 2 & BATTLESHIP. yang lain aku tak berapa nak tengok lagi. lagipon GSC sekarang dah tak boleh nak booking mcm biasa. sume kena byr dan2 tu jugak. jenis aku ok je. tapi mr.zach kadang2 datang mood die tak nak tengok (walaupon dah janji) sure die tak nak punya. so banyak kali jugak aku booking tapi tak dapat gi. (padan muka sendiri) so lepas ni kompem kena g beratur dan beli awal2. tu sume kije mr.zach.

may? ouh bukan2.. tayangnye pada 12 April 2012 hari khamis ni. hihihi




paling aku nak tengok cite battleship tu hah.. sebab ade si Liam Neeson. suara mamat tua ni sebijik cam OP (Optimus Prime- Transformers) yang aku taw sore OP tu memang sore dari orang tua tapi tak sure pulak si Liam Neeson ni ke tak. yang tu tak Google lagi. haha. di sebabkan sore die + cite ade robot2 + merepek meraban memang kompem tu pilihan aku. haha. nak buat macam mana. citarasa orang lain2. hehehe.


Tuesday, February 14, 2012

.: mod i sudah mali lor :.



mood pe? mood nak tengok wayang cite seperti dalam gambar tu.. cite? haha citenye akan keluar pada 17 februari 2011. sapa yang terra bila tengok gambar tu dah taw dah cite apa yang aku maksudkan. kalau korank tak sure lantak gasaklah wey. malas nk taip pjg2. gambar tu pon aku copy n paste kat dalam FB member opis aku. hehe. tapikan movie bulan march memang banyak yang best-bestlah. harap2 ade mood jugaklah time nak tengok wayang lepas ni.



Wednesday, February 8, 2012

.: HAYWIRE & CHRONICLE :.

4hari cuti dah jadi bengong dah aku rasa. kalau balik kampung ok jugak ni terperuk kat putrajaya. huh! nak balik jengka malas, nak balik pasir mas rajin (hahahaha) tapi bila ma abah aku cakap tak payah baliklah sebab dorang nak datang terus rasa ouhhhhhhhhh tak sabarnya. haha.

sudahnya 4 hari cuti 4 hari jugak mr.zach ajak gi tengok wayang. hahaha. tapi 2 hari je aku ikutkan kemahuan die. sebab tak boleh blah lah bila gi gsc. aku sejak pregnant mood nak tengok wayang tak ade. siyes sangat2.... entry tentang wayang pon dah berbulan aku tak buat. sebab aku sendiri tak tahu cite ape yang duk tayang kat GSC.

tapi bila mr.zach buat pilihan nak tengok movie ni aku kena tapis (start dari sekarang). sebab? hahaha. die ni suka pilih cita yang tak best. manjang bila dia buat pilihan nak tengok cite mesti cite yang aku rasa macam nak cakap kat die 'wey 22hinggit tu baik gi makan dari tengok wayang yang cam hampeh'.

cite pe yang macam hampeh? cite HAYWIRE & CHRONICLE. siyes mcm nak maki hamun je aku tengok cite slow tahap sibut babs lagi laju dari cite haywire, astu jalan cite yang tah pape, merapu meraban cite chronicle baek layan cita P.Ramlee lagi bagus 100 ganda dari cite tu.

sudahnya aku cakap dekat mr.zach 'tiap kali lu belanja tengok wayang mesti cite tak best kan?, macam tak ikhlas je' hahaha. yelah perabis duit. baek gi beli vcd cite yang dah tengok. rasa berbaloi2 bagi aku.

so sape2 nak tengok wayang sila hindari dari 2 cite ni. cite lain aku tak tahu. hehehe.



tengok poster gempak gila, tapi cite cam gam****.

Friday, December 23, 2011

.: 3 sekali harung :.

semalam aku, mr.zach & adik2 ipar aku layan movie. selalo yang suka layan movie 2 0 3 sekali harung dlm 1 hari. tapi semalam mr.zach yang kemaruk je. aku memang sejak pregnant mood nak tengok wayang tak ade. sudahnya 3 movie semalam aku banyak layan perasaan dari fokus..mula cakap dekat mr.zach tak mau tengok, astu die cakap kalau tak nak tengok semua tak payah pergi. haha. kesian plak dekat adik ipar aku. so pergilah layan jugak walaupon hati dekat rumah. haha. sume movie yang aku tgk best. tapi taklah beria best sangat2. (ouh pandangan orang masing2 ye) so bagi aku cite


cite ni kena tengok bagi yang dah tengok yang dulu




cite ni yang aku kagum 1 part je.. bile ade suara azan dlm cite ni. korank perasaan tak?



aku suke jet li dan cite ni bagi aku oklah.


.: januari 2011 :.


TURNING POINT: LAUGHING GOR RETURNS (CANT)
SESUATU YANG TERTINGGAL (MLY)
BEAVER
THE AWAKENING
CONTRABAND
THE GREAT MAGICIAN (CANT)
KERAMAT (MLY)
ALREADY FAMOUS (MAND)
BUJANG TELAJAK (MLY)
THE VIRAL FACTOR (CANT)
THE DESCENDANTS
JOURNEY 2: THE MYSTERIOUS ISLAND
(3D) JOURNEY 2: THE MYSTERIOUS ISLAND
(2D) JOURNEY 2: THE MYSTERIOUS ISLAND
AH BENG THE MOVIE: THREE WISHES (CANT)
UNDERWORLD: AWAKENING
(3D) UNDERWORLD: AWAKENING
(2D) UNDERWORLD: AWAKENING
ALL'S WELL END'S WELL 2012 (CANT)
MIRACLE 2012 (CANT)
SUMPAHAN KUM KUM (MLY)

Friday, December 16, 2011

.: isikan hujung minggu dengan movie :.













semua movie2 diatas keluar pada 15 disember 2011(khamis), so sape2 agak-agak boring hujung minggu ni (macam aku) boleh layan movie-movie kat atas. tak pon ko masuk je website GSC astu tgk cite pe yang ko tak tengok lagi kot2 cite 8 disember2011 tak tengok lagikan.. silelah.. hehe


Friday, December 2, 2011

.: last movie 2011 :.







EAST MEETS WEST (CANT)
HOWLING REBORN
IMMORTALS
IN TIME
LEGENDARY AMAZONS (CANT)
MADE IN DAGENHAM
MAGIC TO WIN (CANT)
MAYAKKAM ENNA (TML)
MISTERI JALAN LAMA (MLY)
PETALING STREET WARRIORS (MAND)
SEEKING JUSTICE
TOWER HEIST
YOU ARE THE APPLE OF MY EYE (MAND)


ermmm selalu cepat je aku update cite2 yang keluar di pawagam tapi kali aku aku lambat. sebab sekarang nak bukak blog pon dah kena tunggu mood. lagi2 pc aku ni majang buat hal. cite dah banyak kat draft tapi tetap tak publish. hehe. semua cerita untuk last november dan sekarang aku tak layan. bukan takat mood nak update blog je tak ade. mood nak tengok wayang pon tak berape nak ade macam selalu. hehe.

Wednesday, November 9, 2011

.: Tower Heist :.



hari ahad malam tu aku dengan mr.zach layan movie. ingatkan putrjaya lengang malam tu, sekali pergi alamanda rupenye ramai yang buat alamanda tu kampung halaman. hahaha. termasuk kami berdua. dah boring mr.zach mengadap buku dengan aku boring lepak je rumah mr.zach ajak tengok movie. tapi tak ade cite yang menarik plak bile ade mood nak tengok wayang yang ade cite2 yang mr.zach tak nak tengok cthnye ALAMAK TOYOL.. ouh aku pon tak berapa nak layan cite tu.hehe. nak or tak nak kami berdua layan cite TOWER HEIST. sape minat si BEN STILLER & EDDY MURPHY sila gi tengok cite ni. sure gelak je kije korank.



mula2 macam base je layan cerita tower heist ni, sekali si JOSH(Ben Stiller) ni plan merompak duit kebajikan yang bos si JOSH amek daripada pekerja dorang. si josh ni ajak plak kawan yang duduk di kejiranan die si Slide (Eddy Murphy) start dari situlah baru jalan citenye penuh dengan lawak dan aksi2 yang best. Genre lebih kepada komedi dan action. Runnning time plak1 jam 53 minit. keluar kat panggung pada 3 november 2011. lepas ni cite pe plak mr.zach? dah lame tak buat perangai 3movie dlm 1 hari ni.






ok selamat terjah ke panggung wayang. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...