Wednesday, March 28, 2012

.: 9 'SITI' :.

9 siti yang patut dijadikan contoh. lantaklah name ko tak ade siti pon tapi boleh je jadikan 9 siti ni sebagai role model kita. ^_^

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 ) Siti Muti’ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita. Jangan hanya nampak ‘Siti Nurhaliza’ sahaja sebagai ‘role model’ untuk diri kita dan anak2 kita.


Monday, March 26, 2012

.: Wahai Wanita.......... :.


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

“Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?”

Beliau bersabda:

  • Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
  • Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
  • Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
  • Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
  • Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
  • Wanita yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka.
  • Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
  • Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
  • Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2 itu.”

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Wahai Fatimah, adapun tentang :

  • Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
  • Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.”
  • Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
  • Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.
  • Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
  • Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
  • Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
  • Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.
  • Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

  • Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
  • Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah… maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mereka yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.

* peringat untuk aku jugak yang selalo buat banyak salah pada sesama kaum aku. T_T

Friday, March 23, 2012

.: NOW SHOWING :.

(2D) GHOST RIDER SPIRIT OF VENGEANCE
(2D) JOHN CARTER
(3D) JOHN CARTER
(3D) THE LORAX
(HKFF) BIG BLUE LAKE
(HKFF) FROZEN
(HKFF) MERRY-GO-ROUND
(HKFF) MR. AND MRS. SINGLE
(HKFF) QUATTRO HONG KONG
(HKFF) THE ROAD LESS TRAVELED
3X TROUBLE
7 PETALA CINTA
A SIMPLE LIFE
ACT OF VALOR
BUNOHAN
DANCE DANCE DRAGON
THE DEVIL INSIDE
FREAKONOMICS
GHOST RIDER SPIRIT OF VENGEANCE
THE HUNGER GAMES
JIDIN SENGAL
JOHN CARTER
KAZHUGU
THE LORAX
LOVE
MARRYING MR. PERFECT
MR. AND MRS. GAMBLER
NIGHTFALL
ONE FOR THE MONEY
SEEFOOD
THIS MEANS WAR
THE VOW
THE WOMAN IN BLACK


.: Personal Taste :.

dulu tersampuk nk tengok cerita korea, sekarang dengan rela hati / menyerah diri untuk layan cite2 korea2 ni. adoiyai. mr.zach dah geleng kepala, balik kije masak2, astu mandi, solat terus layan cite kat tonton. sejak pakai unifi memang kije aku layan tonton. hahaha. seperti biasa orang lain dah tengok aku terkial-kial baru nak layan. hehe. best cite ni.



lepas cite ni, banyak aku duk list kan. haha.

Thursday, March 22, 2012

.: Kuey Teow Lakna :.

sekarang ni dah jadi liat nak story mory kat blog sendiri. pesal tah. bila rajin nak up entry sehari ade 2 3 kali tapi bile dah malas ya ampun... tahap bukak blog pon tak nak dah. hehehe.

ok. ni kisah hari isnin kami, (lama betol peram kan?) haha. cite masak2 hari ahad pun tak keluar lagi. haha. adoiyai. malas taip panjang. korank tengok jelah menu kami laki bini yg mencekik kuey teow lakna. hehe. resepi? lain tahun kasi up kat blog. boleh? hahaha. =p




udang pon seketul je? haha. taklah aku makan seketul je. sebab nanti gatal2 plak badan aku.



dah macam key teow goreng plak aku tengok. ni sebelum KT di mandikan dengan kuah lakna. hehe.. rupe pucat je. xpe janji sedap kat tekak aku laki bini. haha


tak sempat2 nak snap dalam mangkuk, terus dalam periuk aku snapnya. hehe


ok tu je entry tuk hari ni. (sdg malas2 ni) haha

Monday, March 19, 2012

.: Gerun :.

Ya Ampun sangat gerun bile tengok badan sendiri. lebih2 lagi kalau bergambar. uishhhhhh rasa mcm tak percaya je tu aku. (hahaha bajet kurus lah sangat before ni) 85kg diusia kandungan 7 bln lebih. ade pontensi cecah 90 ++ kg ni entah2 lebih dari tu.. glup!!!! tak mauuuuuuuuuu... sebabnye nanti jenuh aku nak kurus. ouhhhhhh stresssss jap. hehehe.



Align Center

gambar di tahun 2010 berat badan 60 ++ (gemuk lg tu, tapi dah ok dgn ketinggian aku + rangka besar) ok nekad mau turun berat badan lepas bersalin nanti. hahaha.. takut plak nekad aku kelaut je lepas bersalin ni. hahaha. tak pe2 try slow2kan. hehehe

Sunday, March 18, 2012

.: About 70 days to go :. :.

bile dah 30 minggu aku dah mula naik cuak, lagi2 setiap kali jumpa doctor dan nurse, dorang mesti akan tanya kelengkapan baby dah siap? dah masuk kan dalam kereta? muhahaha jawapan aku senang je.. BELUM LAGI. tak pasal-pasal kena dengar nurse tu berleter. hehe.. so minggu lepas aku terus siap-siapkan beg baby dan nak letak dalam kete. tak pasal2 mr.zach cakap 'amboi bersemangat gile nak bersalin'. huh! terus tak jadi letak. cuma dah siap jelah. hahaha..


settle!

Saturday, March 17, 2012

.: M5 Gethering :.

actually entry ni duduk terperam dalam draft je. senaunya kisah ni pada 10 march 2012. M5 n i bukan k-pop okay. hahaha tapi nama rumah kedai masa aku di uitm sri manjung since 1999. (sapa yang student uitm perak kompem tahu rumah kedai yang aku maksudkan tu)

so dari tahun 1999 aku masuk uitm sri manjung aku lepak dengan budak2 cos SS-10. dulunya dikenali sebagai SECRETARIAL SCIENCE dan sekarang OM- Office Management. jadinya aku yang cos AD (Art & Design) kena berkawan dengan awek2 cun SS yang lebih kepada lemah lembut. haha. aku? tak ade maknanye nak jadi lemah lembut. tetap kasar jugaklah sampai sekarang.

sambung cite ok, lepas kena pindah dari Sri Manjung ke Sri iskandar kami dalam rumah M5 ni terpecah. yang mana cos SS pindah dulu. jadi memang kami dah tak jumpa lah sebab dah berpindah. almost 10 years semua hanya cakap kat fone jelah. yang mana rumah dekat2 pernah lah jumpa gitu2. so 10 march lepas kami buat gethering M5. kasi jumpa semua sekali, tapi sayang sepatutnya 14 org ni berjumpa tapi nak buat macam mana tak ade rezeki nak jumpa semua hanya 8 orang saja yang dapat datang. kami decide buat di ALAMANDA, PUTRAJAYA sebab aku dengan sorang lagi kawan aku yang tengah pregnant. so kawan-kawan lain sanggup datang tak nak aku letih. hehe. tq pada semua.

so aku kasi korank layan gambar2 okay. pic banyak gile cecah berpuluh2. tak lalu aku nak upload banyak. lagi2 aku yang tak nak tengok diri sendiri, sebab? hahaha.. ngeri mau tengok diri sendiri yang berat badan cecah 85kg sejak pregnant. orang lain pregnant comel2 je. aku? dah rhuper macam gozilla pon ade. wakakaka. meh2.. aku kasi perkenalkan awek2 yang dulu cun dah jadi mak2 orang sume tapi sampai sekarang duk maintain kurus. mencik!!! hehe. dalam 8 orang hanya 2 je bujang. hehe..

kami M5

dora, irah, beeta, lynda, along, mas, fyda - camerawomen: miss

geng kurus. ouh sangat jeles.


rindu dekat rumah M5.



Friday, March 16, 2012

.: happy birthday :.


assalamuaikum...

12 MARCH

HAPPY BIRTHDAY MR.ZACH
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DILUASKAN dan MURAH REZEKI, SEMOGA MENJADI SEORANG PAPA YANG BAIK PADA ANAK YANG BAKAL LAHIR, SERTA MENJADI ANAK YANG BAGUS PADA MAK DAN ABAH, SEMOGA KELUARGA KECIL KITA SENTIASA BAHAGIA DAN SENTIADA BERADA DIBAWAH RAHMAT DAN LINDUNGANNya. AMIN.



so ni kisah 12 march lepas, birtday mr.zach. mase tu aku wish jelah. hadiah die belum bagi lagi. otak penat nak fikir, tak tahu nak bagi ape. kalu ikutkan birthday mr.zach yang lepas2 aku bagi kek/cupcake dan barang2 quiksilver. (selalu tu je yang die nak) tapi sejak 2 3 bulan tak jejak kaki ke quiksilver so aku dah tak tahu apa nak bagi. haha. sudahnya aku ckp ' nanti lu nye hadiah wa kasi lepas dapat gaji' hahaha.

kebetulan masa birthday mr.zach, family die datang so memang die buat bodohlah kalau aku tak bagi pape. lagi2 family die belanja sakan time birthday die. aku palak mase tu kerja memang melepaslah nak join sama. sudahnya bila mak bapak die balik kampung baru cakap dengan aku ' eh awk tak bagi hadiah lagi kat sy kan?, sy bukan nak ape.. macam base baju quiksilver pon blh jugak. ganti balik baju2 sy yang awk jahanamkan'. (hahaha yg tu nanti aku up story esok or lusa ok) tapi aku selamber jelah masuk dapur buatkan die air. dah siap buat aku bawak gi depan sambil cakap. 'nah B.. baju quiksilver tak ade.. tapi air SUNQUIKSILVER sy dah buat tuk awk..' hahaha. nasib baik mr.zach tak marah. die gelak jelah. hahahaha.

Thursday, March 15, 2012

.: alahai baby :.

assalamuaikum..
tajuk entry aku macam mengeluh je bunyinya. tapi taklah bukan mengeluh tapi nak cite tentang sepanjang 7 bulan aku alami alahan. aku pernah cerita tentang sume tu kat SINI dan cite tentang kaki aku selalo sembab kat SINI. semua tu aku ingat sekejap. lagi nurse dan doctor cakap mungkin dalam kandungan dah 7 bulan dah ade air susu insyaAllah baik. tapi ni dah 29minggu 5hari aku masih lagi alami alahan yang sama. iaitu gatal2 di area nipple. stress jugaklah sebab aku selalo fikir mcm mana aku nak BF baby nanti. tapi masuk 7 bulan kegatalan disekitar nipple dah makin ok cuma tak boleh stop sapu ubat. kalau stop mesti akan gatal. so sejak dari tu ubat sapu dan macam2 ubat jadi teman setia aku. hehehe. sebelum 7 bulan ni aku guna ubat cuci. hah bayangkan aku cuci area nipple aku sebab tiap kali pakai bra mesti ade kuping2 yang akan melekat di bra. mula2 lagi teruk sebab siap ade luka kecil, so doctor tengok terus bagi ubat cuci. berbulan jugak aku guna ubat cuci ni. sampailah kandungan aku masuk 6 bulan dah stop ubat cuci. hanya guna ubat sapu. aku dah macam guna ubat sapu. ade beli sendiri, ade yang klinik bekalkan. tapi semua tu dugaan. alahai anak mama.. kerana baby aku kena tahan dan bersabar. ^____________^


ubat cuci warna merah, ubat pelembab (moisture) yang bulat, last ubat sapu cream (3 jenis)


ubat cuci kaler puple yang kena larut dengan 1.5 lit + 1 penutup botol


pakai kapas muka tu then celup astu sapu pada area nipple

dan result pada kapas muka tu.. nak tengok?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ish malas aku nak buat pjg2.. hahaha
nilah resultnye..

bertukar kaler dari purple kepada brown.. lps 5minit. huhuhu
T____________T
PASRAH




.: Tersampuk 'jin' :.



assalamuaikum
perghhhhhhh dah 4 minggu tak up story kat blog. ishhh lama tu 4 minggu. tak pernah2 aku tak update pape kat blog aku. sementara mood nak update blog dah datang. aku kasi up 1 story kisah aku tersampuk dengan jin. ouh ni bukan jin yang tu ni jin korea. haha.

2minggu lepas aku dah terikut2 tengok sama cite korea. huii sepanjang hidup mana nak layan cite2 korea2 ni. ya ampunnnnnn mmg tak lah kalau aku kan. sekali jin kecik kat office aku ni dah kaw-kaw 'jampi serapah' aku dengan cite2 korea ni. tak tunggu lama. aku layan cite ni dalam masa 4hari katam 25episod BOY OVER FLOWERS. perghhhhhhh memang best. <---- ye saya jakun. orang dah lama tengok aku baru nak naik syok tengok. haha.



tak habis cite tu, sekarang jin kecik ni bagi lagi 'jampi' suruh layan plak MY GIRL. ouhhhhhh sangat gila aku bile kena duduk mengadap tapi suka. hahaha. mrzach? tak boleh buat apa die kasi aku layanlah. hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...