Thursday, January 5, 2012

.: kaki sembab :.

sekarang aku dah 19 minggu 5 hari. alhamdulillah syukur kepadaNya. tapi sekarang macam2 yang tak ok maksud aku hari tu kisah tentang alahan aku. baru nak ok sekali kaki plak sembab. start sembab bile aku balik dari kelantan ke jengka. MIL aku tegur kaki aku. tapi aku fikir kejap kot. haha. sudahnya sampai sekarang kaki aku dah sembab. patutlah aku dah tak larat nk jalan. lagi dekat rumah. lantai dia buatkan aku rasa sakit sangat kat bahagian kaki. macam menyucuk2 je kat tapak kaki. sudahnya hari ni google tentang kaki sembab. bukan apa takut ade penyakit lain. so lepas ni banyak yang aku kena jaga. makan, aktiviti aku seharian sumelah.

aku ade jugak baca dekat forum tentang kaki sembab waktu pregenant, ade yang pernah alami seawal kandungan 4 bulan lebih. eh aku dah 19minggu ni kira dah berap bulan? hahahaha. nak masuk 5bulanlah kan. huhuhuhu. matematik kelaut aku ni. hahaha.
so ade yang cerita kata faktor makanan, ade jugak yang bg nasihat suruh tinggikan kaki masa nak tidur or duduk. dan ade jugak yang cakap aktiviti seharian kita yang kurang menyebabkan kaki sembab, ade jugak yang cakap malas jalan banyak2 tu yang buatkan kaki jugak sembab, ade jugak yang cakap sebab banyak jalan kaki sembab. ade jugak yang cakap sebab banyak tidur sampaikan kaki dan badan sembab. ishhh sudahnya aku tak tahu yang mana satu penyumbang kaki aku sembab seawal usia kandungan 19minggu. hehehe.

pape pon mr.zach dah mula tugasnya dirumah, banyak tolong aku. gamaknya sebab aku tak banyak buat kerja kot. ye ke? entahlah labu.. terima dengan rasa bahagia jelah rs sakit kaki ni.

perkembangan baby plak, semua ok buat masa sekarang. moga2 akan sentiasa ok sampai bersalin n bila2. Amin.



kaki aku sembab macqm gilah. huhuhu.,..
*sumber gambar dr: mr.google

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...