Tuesday, June 21, 2011

.: bertasik lah kami :.

sume kisah hari ahad.. memandangkan adik2 mr.zach ade kat rumah aku, dorang duk ngadu kat aku kata boring... putrajaya ni pe yang tak boringnye.. aku dengan mr.zach je rasa putrjaya ni BEST. hahaha.. adoiyai.. sudahnya aku cakap kat abg dorang yang adik2nye boring tahap sampai duk kira kapal terbang lalu.. ahakz!

sudahnya mr.zach bawak adik2 die gi tasik kat pullman. tulah kali pertama aku gi lepak kat situ secara berjemaah kalau tak kompem2 aku di hari minggu lepak kat GSC. dengan si mr.zach je. da kena sound dgn mr.zach tak boleh layan movie untuk sebulan. sampai sekarang tak gi alamanda dengan die. kalau pergi pon ddengan orang lain. huh! sudahnye ke tasiklah kami. bawak budak-budak okay lah kan gi tasik ni tapi bawak yang bukan budak kompem2 boring gi tasik. lagi2 gi dengan abg sendiri. hahaha. sian aku tgk adik2 mr.zach sebab layankan mr.zach nak bergambar kat tasik pullman. hahaha. adoi..

so.. silah layan pic2 sengal + boring.. adik mr.zach yg lagi sorang tak mau amek2 gambor.. segan. haha.












aku tak fhm kenapa nak pakai topi koboi.. walaupon aku yang suruh. hakhakhak



kalau ikutkan gambar sangat2 banyak. tapi tak kose aku nk upload gambar yang ratakan2 gambar mr.zach je. pic aku? ermmm hanya 3 4 keping je.

Monday, June 20, 2011

.: terpakse okay.. terpakse...!!!! :.

cuma mampu bg tahu jelah.. untuk entry movie bulan june ni memang tak ada. terpaksa okay.!!! sebab mr.zach tak bagi gi tengok movie dalam bulan jun ni. kena settle hal yang lagi penting. (eh tgk wayang penting okay bagi aku.. untuk hilangkan boring + stress. hakhakhak) so cite yang di tayangkan dalam bulan jun ni memang tak dapat nak layan dan tidaakkkkkkkkk mungkinnnn dapat tgk cite tu pd 29 jun 2011 (3D). da tak dapat layan aku tak nak lah update cite pe kat blog..hehehe

.: ahadnye story :.

arghhh sekarang asyik makan je.. geram tol aku. pantang nampak pe je makan je.. lagi2 sekarang asyik masak kat rumah je. sebab? adik2 mr.zach ade kat rumah. nak kata selalo masak sgt tak ar. tapi hari minggu jelah.

hari ahad (semalam) pagi2 lagi aku buat cucur ikan bilis + bawang untuk sarapan. pagi2 duk melantak cucur tu. tgh hari aku buat bihun goreng singapore. puas hati sebab mr.zach + adik2 die makan bertambah2. hahaha. (sebab aku da pernah upload gambar cucur + bihun singapore dulu so gambar tak de ok)

masuk petang sikit aku nk buat kek batik (kakak aku pakse buat) sekali dorang nk keluar gi tasik kat Pullman, Putrajaya. (siyes aku tak tahu pe nama tasik tu..haha) so cancel nak buat kek batik bagai. (selamat aku) balik dari pullman dorang da cakap lapar... aku buatkan dorang bihun sup.. ( aku buat kat medan selera p11. haha) bihun pagi tu ade lagi so tetibe idea mengelak dari masak sudah mariiiiiii.. beli sup ayam + sup daging so tuang dlm bihun jadi bihun sup.) pandai tak aku MASAK? haha. adoiyai...

jadi seminggu lepas aku makan nonstop sebab org ade kat rumah aku. tak mampu nak diet sebab tengok dorang makan pon boleh menaikan selera aku. dorang minum air oren pon aku boleh terliur okay... kahkahkahkah... gile nye napsu makan.

hari ni dorang balik aku kena start balik buat xtvt 'diet'. hahaha. arghhh ada 10 hari untuk diet.. boleh turun 10kilo tak? ahakz!


.: hangout dengan bakal2:.

haha.. kisah balik kampung tak habis lagi nak story ni..muahaha
bukan kisah pe sgt... tp tetap nak tepek kt blog jugak.. janji berupdate okay.. (time rajin)

hari yang aku balik kampung tu, ade misi tersendiri.. nak gi butik pgantin tapi aku ni jenis tak tahu jalan. hakhakhak.. so aku ni awal2 da bt janji dengan member aku yang kaki jalan kebetulan die memang nak jumpa aku. so memang bestla kan.. ingatkan nak pergi bertiga jelah.. sekali da alang2 aku balik ni nak endar kad kawen kat kawan2 so ajak je ar jumpa jugak.. jadinye aku ajaklah sorang lagi kawan aku ni. sudahnya hari ahad pagi 12 june tu aku kua dengan bakal2.. yelah yang sorang bakal ibu dan sorang lagi bakal pengantin di bulan november. aku bile jumpe member mr.zach duk sebelah pon macam tak ade. pasrah die bile tgk kawan2 aku jenis selamber je.. hahaha..

memandangkan aku kua dengan bakal ibu.. so die teringin nk makan chesse meatball kat pizza hut tu.. sudahnye kami terjah sana (see... aku tak dapat nk diet lagi..) arghhh.. tapi orang belanja kira oklah kan.. makan jelah. makan pon makan salad jer.lah (ko gi pizza makan salad? baik duk umah goreng sayur astu makan.. hehe)

so sebab jarang aku dapat keluar dengan kawan2 sekolah so aku lepak lama sikit. dari pagi hingga petang. amek gambor 2 3 keping untuk letak kat blog.. sekurang-kurangnye ade jugak gambor dorang kat blog aku. (tak payah save kat enset... buat penuh memori card aku je) haha


bakal ibu + bakal pengantin


yang banyak dorang je makan. aku makan salad je.. (balik tu aku pulun nasi.. hakhakhakhak)



kawan-kawan sekolah aku. (irsaedah kalau mu tgk pic ni.. aku hrp 1day pic mu plak ade..=)



ouh.. kantoi enset UNIK aku tu.. hakhakhak..


Thursday, June 16, 2011

.: putrajaya - pasir mas :.



uishhh makin lama makin sedikit je aku update story kat blog. haha. bukan tak ade cite tapi entah jadi malas plak. haha. malas2 pon bersebab okay. hehe

ok2 ni aku nak story mory sal 11 june hari tu aku balik kampung. aku cuma cuti sabtu ahad je. isnin dan selasa aku MC. hahahaha. (kena jimatkan cuti utk bulan julai dan raya)
perjalan balik kampung kali ni singkat, sebab bukan aku yg drive. aku heret mr.zach sekali untuk teman aku ke kampung. lagi2 banyak hal yg die kena settlekan. baju2 untuk 'big day' aku semakin dekat. so pilihan baju belum buat. nak tak nak aku heret jugak die. aku bertolak dr rumah pukul 7.27am n aku sampai kampung aku pukul 12 lbh mcm tu. solat zohor pon kat rumah ma aku. hahaha. aku tak pernah drive kalau kurang dari 8jam. memandangkan mr.zach yg drive kompem aku kena check JPJ tak pon website PDRM. (5kali kena saman yg sebelum ni semua gara2 mr.zach lah jugak) see.. bertapa berhemahnye aku bile drive. cuma mulut aku je tak berape nak berhemah bile jumpa bangsa jenis bikin aku panas. ohhh~ lari topikkkkkkk..

aku kalau ckp nak balik kelantan benda yang aku malas ialah berhenti banyak kali (kalau aku nye ketelah.. kalau naik kete org lain aku suke je banyak kali berhenti.. haha) so minyak 2kali je aku isi. sekali malam before gerak balik kampung n secondnye time kat Padang Tengku, Pahang. dasar pemalas nak berhenti sudahnya aku tapaw makanan dari rumah. aku masak nasi goreng + roti sardin bakar + french fries + air suam. kalau perut aku sumpah tak cukup tapi perut mr.zach sangat2 cukup. jadinya itu jelah yg aku bekalkan sepanjang balik. dan aku cukup ke tak cukup ke makan sajork yg tu. (berat bdn wa da naik lg...masak aku)

kali pertama aku balik kampung rasa mcm cepat gile. selalo lama okay. (jenis jarang balik, tunggu raya je balik memanglah lebih dari 8jam drive) balik kali ni tak puas sebab satunye aku tak duduk kat rumah, keluar gi amek gambar, astu gi pej.pos, astu gi wakaf che yeh, astu gi pasar siti khatijah, astu gi butik pengantin kat kubang kerian, astu gi edar kad kat umah kawan2. sian mr.zach yang kena drive + aku yang tak tahu jalan. hakhakhakhak. ye saya org kelantan yg boleh sesat bile keluar dr pasir mas. kelakar? haha.. aku ni kalau balik kampung memang duduk rumah, jalan2 sume memang aku tak suke. da kata balik kampung tengok ma n abah kn? lagi masa aku sekolah memang abah aku susah nak lepaskan aku gi mana2. so baik aku duk rumah di bawah ketiak ma aku. hahaha. plak tu lepas SPM terus masuk Uitm kat perak. hasilnye jalan2 di IPOH aku lagi terra ok. hihihihi...







ok2.. da la cite... aku da penat + malas .. siyes lapar gile ni. daaaaaaaaaa~

Friday, June 10, 2011

.: kite try share-share ye :.

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahasa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu Babi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Contoh contoh label produk yang mengandungi babi dan apa pilihan alternatif yang ada didedahkan di dalam buku bertajuk "Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif". Dengan keadaan produk ubat-ubatan kita yang banyak dicemari bahan haram maka rasanya wajib untuk anda memiliki buku ini.

Dapatkan buku "Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif" ini
secara online di --->
http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=HfpSA&m=Kw6MHXdQjuMQzk&b=RE.ki2bsz7dtM7YmDeBkLQ

Jangan beri alasan kita jahil lagi selepas itu.

Harap informasi ini dapat membantu anda.

Terima Kasih


aku tepek kat blog pon sebab aku rs mungkin ade org yang tak tahu mcm aku ni.. tapi kalau korank semua tahu. bgs lah. hehe. aku dpt pon dr email so tepeklah kat blog. =)

.: patutnye 10 june 2011 :.

sepatutnye date hari ni adalah 'my big day'. uwaaaaaaaaaaa.. tapi sebebkan faktor2 yang aku sendiri buat. hehe so ter'herettttttttttttt' ke date lain dan bulan yang lain. huhuhu. kan da rugi kn.. hahaha.. adoi. ok tu je nk ckp.. hakhakhakhak..

.: tetibe... :.

sekarang ni orang kat luar sana sibuk nak cari novel KASIH YANG SUCI kn.. sebab fenomena NORA ELENA kn? hehe... tapi aku yg kadang2 tengok kadang2 tak ni pon terrrrrrrrrrrrrsuke je layan cite tu walaupon cite tu bagi aku tak logik. (pendapat aku ok, korank aku tak taw)

tapi dalam semua orang duk sibuk cari novel tu, aku ni layan satu novel yang pada mulanye tak terniat lansung nak baca. lagi2 jenis aku ni kalau dah sekali layan novel susah dowh nk berhenti. memang kije aku beli je novel. dulu satu lemari novel aku. tapi incik polis pencen tu gi bakor SEMUA novel yang aku kumpul. tak satu pon yang tinggal. sebab? sebab mase tu nak pindah rumah dari kuarters polis ke kampung. sudahnya jadi 'debu-debu cinta' lah novel aku.

lebih-lebih lagi datang mood aku nak settlekan satu buku dalam masa satu hari.. huiii selalo je aku buat mcm tu. so semalam pon nak buat macam tu jgk. tapi tak boleh. sebab aku pulun duk baca novel tu lepas habis cite NORA ELENA. dengan mandi + solat aku terus baca buku tu non stop. katil aku yg kemas jadi macam tongkang pecah. hahahaha. (menghayati okay). bajet leh habiskan dlm semalaman tapi non ado. tertido dowh.. hahaha..

sudahnye pagi ni pukul 7 pg baru sedar. lambat masuk opis. haha..

aku layan novel ni hah...



aku suke mamat dlm novel ni bukan ape sebab nama die. adam mukhriz.. sebab aku ade kwn yg name Adam Hazrell Mukhris.. mmg ensem gilo. haha. sepanjang duk baca novel ni muka mamat tu je yg keluar. hahaha.. adoiyai. nak cite kisah pon belum baca habis. hehe.



Thursday, June 9, 2011

.: puding roti :.

dah lama tak update blog sekali update entry yang keluar resipi bersama fyda rahim? haha. no!..no..! ni resipi dari kakak aku yg aku TENGOK dah ade dalam peti ais. bukan aku yang BUAT. haha.

aku macam biasa tak terra sgt bab2 nak masak. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku boleh masak ma. hehe. masa ni kakak aku yang gigih suruh aku belajar buat puding. aku ni bukan makan puding sangat so bile ade sape2 cakap die buat puding.. ayat aku.. 'saya tak makan puding' hihihi. bukanlah semua puding aku tak makan. makan jugak tapi satu je.. puding jagung. jakun eih tak makan puding? hahaha.. tak ade kesan pape kat aku kalau tak makan puding. (haha riak dowh)

sudahnya kakak aku membebel suruh aku belajar buat puding roti. sambil duk bebel die suruh aku rasa puding roti die. aku tak rasa pon. hehe. aku ni duk lah ingat die dah penat nak bebel.. rupenya takkkkkkkkkkkkkkkk!!!!.. die pulun bebel kat tepi telinga aku, ambil duk bebel dekat aku sambil tu jgk die bg resipi puding roti kat aku. haha.. resipi tu masuk telinga tapi tak mampu nak save kat otak aku. tak kose! kahkahkahkah. (bapak punya malas nak amek tahu ttg puding)

tapi kuasa Tuhan (hehehe) sape tahu. dalam duk buat tak tahu. datang manusia yg nama SARAH makan puding roti depan aku sambil cakap 'ermmmmmmmm sedapnye mama sarah masak' (sambil buat gaya muka puas hati dapat makan puding) perghhhhhhhh masa tu terus masuk dapur dan ngap 2 3 keping. hahaha.. tulah mula2 jual mahal sgt sudahnya aku tapaw bawak balik rumah aku. bukan sikit tapaw tapi satu bekas aiskrim yg besau tu. kahkahkahkah. resipi? ouh tetap tak amek okay. hahaha






so sekarang aku makan 2 jenis puding je. puding jagung dan puding roti.. ahakz!

Friday, June 3, 2011

.: lewat sari je kot:.


Movie : x-men first class
Release Date: 2 jun 2011
Sebab Lewat: terleka dowh date tu..
Solution: WAJIB terjah GSC alamanda mlm ni
No Booking: xpayah kot sebab drg da kenal aku. PANG!


korank da tengok da cite ni? best tak?


.: Malaysia patut cuti pada ......:.

tarikh-tarikh tersebut

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

12 Mac
25 July

07 August
16 November
04 December
08 May
01 July



sebab?
hahaha... aku nye sukelah.. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...