Monday, April 16, 2012

.: awesome!!!!!! :.

ok malas nak citer panjang2. ni result dari movie BATTLESHIP yang aku tengok minggu lepas. 2jam dalam panggung tu 2 jam aku dengan mr.zach layan sungguh2. cakap pon tak. haha. biasalah kalau cite best2 rasa rugi nak cakap2 dalam panggung. nak gi toilet pon rasa mcm rugi je. hahaha.

bagi aku cite ni sangat best. sebab? first ceritanya fiksyen, second ade robot2. tu dah cukup jadi sebab untuk heret aku gi tengok wayang. haha. lagi mamat yang jadi hero tu not bad jugak. hehe

jum layan gambar cite battleship.












rupenye suara opitmus prime bukan suara mamat Liam Neeson (gambar org tua kat atas tu) suara nye si OP. sekali google rupanye si peter cullen. hehe.


sinopsis Battleship: Peter Berg (Hancock) menghasilkan dan mengarahkan Battleship, satu epik berskala tindakan-pengembaraan yang ditempuhinya di seberang laut, di langit dan ke atas tanah sebagai planet kita berjuang untuk kelangsungan hidup terhadap tenaga yang lebih tinggi.Diilhamkan oleh permainan pertempuran klasik tentera laut Hasbro itu, Battleship bintang Taylor Kitsch sebagai Lt Alex Hopper, 1 pegawai Tentera Laut yang ditugaskan di USS John Paul Jones; Brooklyn Decker sebagai Sam Shane, 1 ahli terapi fizikal dan tunang Hopper itu; Alexander SkarsgÄrd sebagai saudara lebih tua Hopper itu, Stone, Pegawai Pemerintah Sampson USS; Rihanna sebagai Pegawai Raikes Kecil, crewmate Hopper dan pakar senjata pada USS John Paul Jones, dan antarabangsa superstar Liam Neeson sebagai Hopper dan unggul Stone (dan bapa Sam), Laksamana Shane. Berg mengarahkan tindakan pengembaraan epik ini juga dihasilkan oleh Scott Stuber (Pasangan Retreat), Sarah Aubrey (The Kingdom), Brian Goldner dan Bennett Schneir Hasbro (francais Transformers), bersama-sama dengan Duncan Henderson (Sarjana dan Komander).Filem ini ditulis oleh Jon Hoeber & Erich Hoeber (Merah).

.:surat utk baby :.

dear my little baby,

mama ada satu pertanyaan, rasa-rasa baby lah memang tak mau tunjuk gender baby kat mama ke? mama & papa dah lama sangat duk tunggu ni. (tunggu punya tunggu macam kapal nak masuk doc haha). sampai sekarang baby masih tak bagitahu gender baby tu boy or girl. dah 34 minggu 2 hari dah mama usung perut ni baby oiii. ade 41 hari jelah lagi. setiap kali gi scan manjang doctor cakap baby aktif, sampikan doctor tu main teka2 plak dengan mama gender baby tau tapi still tak nampak. napelah susah sangat baby nak tunjuk? baby pemalu eik? last scan hari tu pon tak nak tujuk. baby ni tak mau baju2 ke barang2 comel ke? baju baby mama beli tak banyak pon, sebab takut nanti beli lain keluar lain. tilam baby pon mama dah belasah je beli yang ade gurl skit2 n boy sikit2. tulah sape suruh tak tunjuk gender lagi.

dari 5 minggu sampai 8 bulan lebih mama kandungkan baby, baby tak nak jugak tunjuk. 26 april ni scan tau tak? (nada tegas!) so baby kena kasi tunjuk dekat mama okay. bukan apa senang mama nak 'PAW' papa beli barang2 baby ni untuk kali terakhir. orang lain pregnant 5, 6 7 bulan dah settle beli barang2 baby. tapi dah baby tak tunjuk so mama & papa tak beli banyak. dah tunjuk baru boleh beli. hehehe. so baby kasi tunjuk ok. sayangggggggggggg baby. ^_^

yg ikhlas nak tahu gender baby,
mama =p

Monday, April 9, 2012

.: Movie - April :.

untuk bulan april aku dah cakap dengan mr.zach nak kasi layan cite-cite before aku bersalin. aku dah buat list cite mana yang aku nak tengok. selalo macam nilah bila boleh layan movie, sume cite yang tak best pada aku keluar. dari tak dapat tengok movie langsung baik rembat je mana2 cite pada aku yang best lah. 'selera' korank aku tak sure tapi pada aku selagi cite tu cite merepek meraban yang otak aku leh terima aku suke je tengok.hahha

sudahnye 2 movie je yang okay pada aku. STREET DANCE 2 & BATTLESHIP. yang lain aku tak berapa nak tengok lagi. lagipon GSC sekarang dah tak boleh nak booking mcm biasa. sume kena byr dan2 tu jugak. jenis aku ok je. tapi mr.zach kadang2 datang mood die tak nak tengok (walaupon dah janji) sure die tak nak punya. so banyak kali jugak aku booking tapi tak dapat gi. (padan muka sendiri) so lepas ni kompem kena g beratur dan beli awal2. tu sume kije mr.zach.

may? ouh bukan2.. tayangnye pada 12 April 2012 hari khamis ni. hihihi




paling aku nak tengok cite battleship tu hah.. sebab ade si Liam Neeson. suara mamat tua ni sebijik cam OP (Optimus Prime- Transformers) yang aku taw sore OP tu memang sore dari orang tua tapi tak sure pulak si Liam Neeson ni ke tak. yang tu tak Google lagi. haha. di sebabkan sore die + cite ade robot2 + merepek meraban memang kompem tu pilihan aku. haha. nak buat macam mana. citarasa orang lain2. hehehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...