Friday, March 16, 2012

.: happy birthday :.


assalamuaikum...

12 MARCH

HAPPY BIRTHDAY MR.ZACH
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DILUASKAN dan MURAH REZEKI, SEMOGA MENJADI SEORANG PAPA YANG BAIK PADA ANAK YANG BAKAL LAHIR, SERTA MENJADI ANAK YANG BAGUS PADA MAK DAN ABAH, SEMOGA KELUARGA KECIL KITA SENTIASA BAHAGIA DAN SENTIADA BERADA DIBAWAH RAHMAT DAN LINDUNGANNya. AMIN.



so ni kisah 12 march lepas, birtday mr.zach. mase tu aku wish jelah. hadiah die belum bagi lagi. otak penat nak fikir, tak tahu nak bagi ape. kalu ikutkan birthday mr.zach yang lepas2 aku bagi kek/cupcake dan barang2 quiksilver. (selalu tu je yang die nak) tapi sejak 2 3 bulan tak jejak kaki ke quiksilver so aku dah tak tahu apa nak bagi. haha. sudahnya aku ckp ' nanti lu nye hadiah wa kasi lepas dapat gaji' hahaha.

kebetulan masa birthday mr.zach, family die datang so memang die buat bodohlah kalau aku tak bagi pape. lagi2 family die belanja sakan time birthday die. aku palak mase tu kerja memang melepaslah nak join sama. sudahnya bila mak bapak die balik kampung baru cakap dengan aku ' eh awk tak bagi hadiah lagi kat sy kan?, sy bukan nak ape.. macam base baju quiksilver pon blh jugak. ganti balik baju2 sy yang awk jahanamkan'. (hahaha yg tu nanti aku up story esok or lusa ok) tapi aku selamber jelah masuk dapur buatkan die air. dah siap buat aku bawak gi depan sambil cakap. 'nah B.. baju quiksilver tak ade.. tapi air SUNQUIKSILVER sy dah buat tuk awk..' hahaha. nasib baik mr.zach tak marah. die gelak jelah. hahahaha.

Thursday, March 15, 2012

.: alahai baby :.

assalamuaikum..
tajuk entry aku macam mengeluh je bunyinya. tapi taklah bukan mengeluh tapi nak cite tentang sepanjang 7 bulan aku alami alahan. aku pernah cerita tentang sume tu kat SINI dan cite tentang kaki aku selalo sembab kat SINI. semua tu aku ingat sekejap. lagi nurse dan doctor cakap mungkin dalam kandungan dah 7 bulan dah ade air susu insyaAllah baik. tapi ni dah 29minggu 5hari aku masih lagi alami alahan yang sama. iaitu gatal2 di area nipple. stress jugaklah sebab aku selalo fikir mcm mana aku nak BF baby nanti. tapi masuk 7 bulan kegatalan disekitar nipple dah makin ok cuma tak boleh stop sapu ubat. kalau stop mesti akan gatal. so sejak dari tu ubat sapu dan macam2 ubat jadi teman setia aku. hehehe. sebelum 7 bulan ni aku guna ubat cuci. hah bayangkan aku cuci area nipple aku sebab tiap kali pakai bra mesti ade kuping2 yang akan melekat di bra. mula2 lagi teruk sebab siap ade luka kecil, so doctor tengok terus bagi ubat cuci. berbulan jugak aku guna ubat cuci ni. sampailah kandungan aku masuk 6 bulan dah stop ubat cuci. hanya guna ubat sapu. aku dah macam guna ubat sapu. ade beli sendiri, ade yang klinik bekalkan. tapi semua tu dugaan. alahai anak mama.. kerana baby aku kena tahan dan bersabar. ^____________^


ubat cuci warna merah, ubat pelembab (moisture) yang bulat, last ubat sapu cream (3 jenis)


ubat cuci kaler puple yang kena larut dengan 1.5 lit + 1 penutup botol


pakai kapas muka tu then celup astu sapu pada area nipple

dan result pada kapas muka tu.. nak tengok?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ish malas aku nak buat pjg2.. hahaha
nilah resultnye..

bertukar kaler dari purple kepada brown.. lps 5minit. huhuhu
T____________T
PASRAH




.: Tersampuk 'jin' :.



assalamuaikum
perghhhhhhh dah 4 minggu tak up story kat blog. ishhh lama tu 4 minggu. tak pernah2 aku tak update pape kat blog aku. sementara mood nak update blog dah datang. aku kasi up 1 story kisah aku tersampuk dengan jin. ouh ni bukan jin yang tu ni jin korea. haha.

2minggu lepas aku dah terikut2 tengok sama cite korea. huii sepanjang hidup mana nak layan cite2 korea2 ni. ya ampunnnnnn mmg tak lah kalau aku kan. sekali jin kecik kat office aku ni dah kaw-kaw 'jampi serapah' aku dengan cite2 korea ni. tak tunggu lama. aku layan cite ni dalam masa 4hari katam 25episod BOY OVER FLOWERS. perghhhhhhh memang best. <---- ye saya jakun. orang dah lama tengok aku baru nak naik syok tengok. haha.



tak habis cite tu, sekarang jin kecik ni bagi lagi 'jampi' suruh layan plak MY GIRL. ouhhhhhh sangat gila aku bile kena duduk mengadap tapi suka. hahaha. mrzach? tak boleh buat apa die kasi aku layanlah. hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...