Monday, November 21, 2011

.: Hebat ke kamu? :.

Kehebatan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang hebat adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kehebatan wanita berdiri di atas teguh iman. Seluruh kehebatan yang ada pada Khadijah adalah kehebatan sempurna bagi seorang wanita.

Sabda Rasulullah SAW: “ Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.Kehebatan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.



Friday, November 18, 2011

.: Harimau yang hebat :.







kisah sakit jatung aku bile tengok games bola malaysia vs Indonesia (bawah U23) semalam. semalam memang jadi pengulas dekat facebook jelah. setiap minit dan saat nostop komen n post status. sume dah tahu yang harimau muda dah menang kalahkan garuda muda 1-0. adatlah main pape pon ade menang kalah, bab2 kutuk mengutuk tu aku malas nak komen. sendiri ade otak sendiri boleh fikir. kalau menang jangan riak kalau kalah jangan patah semnagat. sume tu adat permainan.

tapi tak puas hati tu tetap ade bile 100,000 penyokong indonesia di stadium Gelora Bung Karno yang mejerit 'malaysia maling' (malaysia pencuri) semasa lagu negaraku sedang dimainkan. tapi tak patah semangat pemain harimau muda kita. memang cayalah korank yg sabar & tabah walaupon aku tengok game tu macam nak sesak nafas dibuatnya. hahaha. yang penting malaysia menang hasil jaringan Syahrul Azwani Ibrahim pada minit ke-18.

esok game malaysia (kumpulan A) vs myanmar (kumpulan B). pukul berapa aku tak surelah plak. hehe. tapi kompem sakit jantung jugak ni. hehe.




kalau dapat pingat emas leh lah dapat cuti peristiwa lagi eik? haha


Thursday, November 17, 2011

.: Spontaneous Thursday #1 :.


tetibe rajin nak buat entry Spontaneous Thursday ni.. haha.
esok aku cite menu pe lak yang aku duk tepek ni.. ^_^

Friday, November 11, 2011

.: menu style kelantan :.

ok ni cite tentang semalam, lepas balik dari kerja 4.30 sharp aku blah, dah tak kose nak lepak lama2 kat opis. hehe. kebetulan kakak aku call suruh datang rumah die ambil daging korban yang baru-baru ni. korban untuk aqiqah si Hunny Bunny tu. so aku dah memang mintak part daging je. segala lemak2 semua aku tak mau. tapi mana nak jumpa part daging merah je kalau bukan aku yang pilih tak akan adenya, so redha je semalam bile nak potong2 daging tu segala lemak2 daging aku buang. sepanjang korban memang aku tak makan daging sebab tunggu daging korban kakak aku. misinye yang beria nak sangat daging korban sampaikan aku chop 2minggu awal dengan mak aku adalah kerana nak buat menu ni hah... menu pe? menu style ore kelate lah mek wey.. hehehe.. yang simple & senang. bak kate ore kelate semesek wek.. hahaha.



tu jelah bahan2 yang kena ada dalam masakan ko kalau nak buat ni.
dan hasilnya pada pukul 10 lebih aku melantak

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

see.. simple kan. tapi siyes mcm tak puas. nasi tu plak nampak banyak wahal aku masak tak sampai 1 pot. tak taw sal tetibe jadi banyak tah. haha. aku memang kalau makan gading gogeng ni cume tu je yang aku letak. nasi putih + sambal + daging. terbaik. selalunya malam2 aku dah tak makan nasi, tapi semalam tak leh tunggu rasanya nak masak daging goreng gini.


sebenarnya, memang senang lah takat ko letak garam, kunyit, astu bawang besar then cili. astu goreng macam base, tapi setengah orang cakap lain rasnya lagi air tangan orang kelantan masak. entah aku pon tak tahu knporang cakap gitu. mungkin ade benar jugak sebab bile aku makan yang bukan org kelantan masak die tak jadi cam selalo aku makan. nak ckp susah hanya yang tahu je yang faham. sebab bab rasa ni lain2 kan. hehehe.


*selalonya masakan macam ni negeri lain pon masak cume di kelantan kalau raya korban menu simple ni sure ade. aku plak hanya tunggu nak makan masakan gini hanya pada hari raya korban sajork. sebab daging2 ni aku kurang sikit. hehe

Thursday, November 10, 2011

.: Nasi Lemak :.


ye nasi lemak, makan orang malaysia, kalau dulu pagi je jual tapi sekarang malam2 pun ade. ok ni buke karangan UPSR tapi aku nk story tentang peel melantak aku yang selalu nak makan ni je. NASI LEMAK. ye makin berlemaklah aku ni. lagi-lagi selera makan sebelah pagi memang tak dapat aku nak jangka. tadi baru je makan nasi lemak ni dah terasa nak makan lagi tapi aku tahan jugaklah. sebab ngeri wey aku dah naik 12 kilo dalam masa 2 bulan setengah aku pregnant. glup!!! gilekan? mr.zach pon terkejut tapi die relax cuma die kata kurangkan mengambil makanan yang tak elok. kalau 12 kilo tu baik utk kesihatan aku & baby die tak kisah. yang die nak aku & baby sihat.

tapi yang peliknya asal pagi aku nak makan nasi lemak. hari-hari ok. asal makan nasi lemak mesti waktu pagi. PANG! hehe. bagi orang dah tahu taklah rasa pelik. bagi aku ni dah boring tapi bila nampak nasi lemak sure beli jugak mase tu boring dah hilang kot. bila tengah hari plak aku lebih suka makanan yang berkuah macam sup ke, tomyam ke. malam aku tak makan sebab tak ade selera nak makan. maknanya aku makan nasi hanya pagi semata-mata.

tapi yang paling tak bestnya, aku teringin nak makan nasi lemak pulau pinang. aku tak tahu nak cakap macam mana nasi lemak tu, tapi siyes sapa2 yang pernah makan mesti tahu yang sambalnya lain dari nasi lemak kl. ishhh bila boleh gi penang ni. ceq nak balik kg ceq kat penang... uwaaaaaaaaaaa..


Wednesday, November 9, 2011

.: Tower Heist :.



hari ahad malam tu aku dengan mr.zach layan movie. ingatkan putrjaya lengang malam tu, sekali pergi alamanda rupenye ramai yang buat alamanda tu kampung halaman. hahaha. termasuk kami berdua. dah boring mr.zach mengadap buku dengan aku boring lepak je rumah mr.zach ajak tengok movie. tapi tak ade cite yang menarik plak bile ade mood nak tengok wayang yang ade cite2 yang mr.zach tak nak tengok cthnye ALAMAK TOYOL.. ouh aku pon tak berapa nak layan cite tu.hehe. nak or tak nak kami berdua layan cite TOWER HEIST. sape minat si BEN STILLER & EDDY MURPHY sila gi tengok cite ni. sure gelak je kije korank.



mula2 macam base je layan cerita tower heist ni, sekali si JOSH(Ben Stiller) ni plan merompak duit kebajikan yang bos si JOSH amek daripada pekerja dorang. si josh ni ajak plak kawan yang duduk di kejiranan die si Slide (Eddy Murphy) start dari situlah baru jalan citenye penuh dengan lawak dan aksi2 yang best. Genre lebih kepada komedi dan action. Runnning time plak1 jam 53 minit. keluar kat panggung pada 3 november 2011. lepas ni cite pe plak mr.zach? dah lame tak buat perangai 3movie dlm 1 hari ni.






ok selamat terjah ke panggung wayang. hehe

.: raya kami :.

raya haji tahun ni, aku n mr.zach tak balik kampung langsung. belah kelantan pon tak, pahang pon tak balik. kami berdua beraya di putrajaya sajork. sebab mr.zach final exam 8hb ni. so die kata tak nak balik sebab rushing nanti. dengan nk study lagi. so sebagai wife yang baik. (hahaha) dah tentu aku pon tak balik walapupon mr.zach bagi green light balik pasir mas dengan kakak aku.

kesian okay, laki raya sensorang. aku pon tak sampai hati. berkat berbincang, sekali abg aku pon tak dapat balik beraya di kelantan, sebab wife die on call. so kami decide beraya bersama. walaupon tak balik raya kat kampung dan tak merasi kemeriahan raya di kelantan, menu raya tetap ade. aku dengan abg aku buat rendang, nasi impit, bihun singapore, puding jagung then beli lemang sikit.

malam raya aku gigih gi bangi sebab masak dengan abg aku. hahaha. die memang pandai masak rendang. aku je fail masak rendang. makan aku terralah. niat nak buat kuah kacang sekali aku tak pandai. hehehe. kesokan pagi raya, lepas mintak maaf dengan mr.zach, gi solat raya astu gi bangi. makan, beraya, bermaaf-maafan astu balik sebab mr.zach nak study. aku? aku yang tak exam bantai tidor. mr.zach suruh tidur. die kata kalau aku tak tidor aku selalo ganggu die study. hahaha. yelah kejap2 aku pasang movie, dah habis tgk movie aku ajak die gi jalan2, so die suruh aku tidur je. sebab mlm raya aku tidur pukul 4 pg. settlekan menu2 raya yang lain.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...