Tuesday, August 2, 2011

.: aktiviti bersama FIL, SIL,BIL n zachtron.. hahaha :.

ok2 ni kisah bukan di bulan yang mulia ini... ni kisah sebelum kite semua berpuasa. kisah aku dengan family belah mr.zach. mase ni malam selepas habis makan macaroni bakar megatron
SIL aku ajak abah dorang gi karaoke kat Alamanda. mase tu dah pukul 9.00 malam, aku ingatkan FIL aku tak layan karok2 ni.. sekali hambek ko FIL aku cakap kalau nak gi kena layan 3 jam or lebih. nak plak bilik VIP. hahaha.. terbaek lah abah.. so selaku menantu yang baik aku menyokong FIL aku. walaupon masa ni sumpah aku tak larat, asyik batuk2 macam nak tercabut anak tekak + dengan pakej muntah2 tahap menangis ko... stress aku bile batuk sampai termuntah2. tapi tetap tidak menghampakan dorang. ahakz!

so pukul 11 kami gerak gi Alamanda. semua adik2 ipar aku nak follow.. lambat pergi sebab sebelum gerak ke sana aku dengan mr.zach gi jumpe family aku. abah aku asyik duk tanya menantu bongsu die je. so mr.zach gi jumpe abah aku jap.

lepas settle cakap sume, baru aku dengan family mr.zach gerak gi karok. FIL aku amek bilik BIG A RM 91++ (termasuk makan ringan + 1 jug air + air mineral + milo panas + 3jam) tu je bilik yang paling besar. ade 2 options BIG A & BIG B ( BIG B rm 119++).

korank tengok jelah gambar yang sempat aku amek. sikit je tapi cukuplah taakt nak tepek kat blog. janji ade je gambar.








'tokei' yg banje anak menantu berkarok.. hihihi.. senyum je walaupon kena paw dengan anak2.. ouh menantu tak paw ye... menantu tumpang je. hehehe. terima kasih abah. nanti banje lagi ye..





memang best sore FIL aku. patut pon suke je bile kena paw layan karok.. hehe







Monday, August 1, 2011

.: Kisah Perkahwinan FZ: part mak andam :.


ok.. ni entry yg aku akan update ikut suke hati aku bile2 je.. haha.. sebenarnye aku nak buat entry kenduri utk belah aku dulu sekali gambar2 dengan cameraman belum dapat lagi. takat die tag sekeping dua kat FB adelah, tapi kot nak letak sekeping dua tu? uishh so aku sabarkanlah hati ni jugak. so nak tak nak aku buat je dulu entry kenduri menyambut menantu pada 23 julai 2011.

memang kenduri belah mr.zach, die n aku dah plan buat simple2 je. boleh dikatakan semuanya memang MIL n FIL aku yang handle semua.. mr.zach langsung tak buat pape okay. hehe. nasib baik ade MIL n FIL yang baik gitu. so segala persiapan sebelah mr.zach memang aku tak tahu pape, termasuklah sape yang akan make-up aku. hahahaha. hebat tak aku dgn mr.zach? hebat sgt kan sampaikan nak kena cepuk dah dengan MIL n FIL sebab tak amek tahu langsung. hahaha.

so last minute, mr.zach tak nak amek mak andam so korang bayangkan sape nak makeu-p aku time bersanding? jangan kata make-up baju untuk bersanding pun mr.zach tak nak amek. sebab? entah aku pon tak tahu. mentang2lah aku pernah cakap dekat die suruh buat kenduri belah die just simple2 je. sekali betul2 ko simple ye zach... tapi aku okay je. sebab aku pon rimas kalau nak pakai baju bersanding tu. cukuplah time bersanding + outdoor aku kena pakai baju tu. sampaikan aku ckp dekat cameraman suruh die stop dari sesi bergambar, sudahnya kena marah dengan cameraman sebab bayar mahal tak nak habiskan sesi bergambar. hahaha.. untung aku amek mu fathi...

ok tu bab baju, yang aku nak cite ni bab make-up, korang bayangkan mr.zach macam tak kisah je aku ni kalau muke macam ironhide. so malam sebelum kenduri aku terpakse balik pahang. dan last2 orang yang akan make-up aku adalah adik ipar aku sendiri. glup!! aku mase ni bukan tak konpiden dengan die tapi die yg tak konpiden dengan diri sendiri so sebagai pengantin ko cuak tak? hahaha opkossss cuak dowh!!! tapi keesokkan harinya tahap ke'level'an kopiden die sudah mari... siap suruh aku beli bulu mate pelesu ROZITA CHE WAN okay!!! hahaha aku bantai gelak jelah. lantak lah aku tadah je lah muka ni kat SIL aku. hehe. jum layan gambar2 yang sempat mr.zach snap semasa aku sedang di touch up kan oleh SIL aku.



*
*
*


*
*
*
*


*
*
*


*
*
*

eh tak.. bukan yang ni hasilnye..

*
*
*


*
*
*

ok tak? tapi ni bukan hasilnye... habis yang mana? ok kat bawah lagi....

*
*
*

ok? or tak? kalau tak okay sila tgk yang paling bawah.. kalau tak okay jugak maknye bukan sebab mak andam tapi sebab aku memang tak lawa.. huhuhuhu...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


tapi okay lah bagi aku. dari mak andam belah aku yang memanjang aku rimas. tebal nak mampus. lantak lah kena make-up tebal2 pon aku tetap tak suke mak andam belah aku make-up. so terima kasih pd SIL aku yg make-up.. pape pon aku puas hati. ^_^


.: macaroni bakar megatron :.

kisah hari sabtu aku dengan semangat berkobar2 nak masak tapi tak tahu nak masak pe. tekak rasa nak makan macaroni bakar... ok tak kisahlah orang lain da terra buat pon tapi kira okay lah kalau pertama kali buat semua yang makan kata sedap. ouhhh pandai korank amek hati aku kan? so boleh buat lagi. tapi tahun depan plak. hahaha. so ptg tu aku ajak adik ipar aku g mando cari bahan2. berbekal resepi sape tah aku amek. so zassssssssss!!! amek brg astu byr then balik...

aku sebenarnya tunggu MIL & FIL aku dr pahang. dorang datang nak jumpa dengan abah aku, da alang2 mod masak sudah mari aku buat lah macaroni bakar. perghhh da tak terra masak tp sekali datang mod nak buat macaroni bagai. haha nasib baik sedap pada tekak dorang. haha. walaupon MIL aku sgt terra masak bende2 tu semua tak ade aku kisah janji aku masak kan. lagi2 semangat nak pakai oven baru (terima kasih pada opismate aku yg bagi) hehe..

tapi dalam ramai2 duk pulun makan ade seorang hamba Allah yang cuma tengok astu rasa sikit astu cakap ' B NAK NASI' air muka aku da mula bertukar. ermmmm tak pe2.. mentang2 mak ko ade kan B dan2 mintak nasi, lagi pon MIL aku bawak siap2 lauk dari rumah. (hahaha MIL aku dah tahu menantu die KURANG TERRA masak. bukan tak pandai okay tapi kurang terra bab2 masak ni. hahaha.) so petang sabtu hingga malam dorang duk makan macaroni bakar. hihihihi. tapi walaupon dorang duk pulun makan macaroni, dorang tetap cari nasi jugak lepas tu.. aku je relax tak payah nak cari nasi. hakhakhakhak.

tak payahlah kot aku nak letak cara2 nak memask kan. sebab senang je macam nak buat kuah speggati tu. gambar bahan yang lain aku terrrrrrrrrdelete td. tension aku. ada settle siap sume ko msk astu bakar ar dlm 200c dalam 15 ke 20 minit. astu ngapppppppppppp!!!!

dah2.. cite banyak time2 pose ni buat tenaga aku akan berkurangan dengan menaip.. so tgk n baca jelah.

pesal eik kaler daging cincang aku jadi gini tah.. hehe









ermmm.. nanti nak try buat lg tapi tak letak macam2 plak.. kusam betul macaroni aku ni.. hahaha.. ouh resepi aku ni aku letak nama macaroni bakar megatron.. sebab? aku masak so harus ade semua tu.. haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...