Tuesday, June 10, 2014

.: Punca penyakit Tyhriod ( Tiriod) dan kesan-kesannya :.

assalamuaikum..

salam hari selasa. wahhh harinye tajuk bukan main lagi aku. haha punca dan kesan-kesan penyakit tiriod ko... hahah. bagi peluang lah aku nk share sikit dengan korank.

sebenarnya aku memang ade penyakit tiriod. since oktober 2010. rasa dulu aku ade buat entry gtaw aku ade tiriod tapi tak lah aku bercerita tentang sebab musabab penyakit ni. masa dapat tahu tu tak tahu kenapa selera makan aku tak ade. mkn sikit kenyang setahun lamanya. ( eh tipu. haha) makan sikit tapi rs kenyang tu lama. lepas tu emonye aku tahap tak tahu nak cakap. marah2 jangan katalah dah emo sure marah2. tangan aku mengeletar dah mcm apa. bawah sikit dr penyakit parkinson kot. hehe. kadang2 jantung aku berdegup kenyang walaupon ko hanya duduk kt kerusi tanpa buat apa2. serious semua rasa tu buat aku jd lemas ( bukan lemas x leh nafas ok) jadi lemas sebab tetibe peel ko jd emo tak tentu hala.. kalah orang datang bulan ok. dengan tangan cepat berpeluh.. tapi paling ketara 1 bln lebih berat badan aku turun 12kg kalau x salah aku, ke 14kg. ( sorry dah lama nau.. acik dah lupa...) haha. baju2 semua tahap mcm pakai baju pinjam. mase tu saiz baju muat M. baju roxy saiz M tu leh sarung. saiz s pon mampu sarung. wahhhh rindu saat kurus sekejap tu. hahahaha.

ade part terseksa jugak. ko bayangkan lah makan buah jambu tu.. kunyah beria ni tapi yg masuk dlm kerongkong tu sikit je aku rasa. ( kalau ko ade penyakit mcm aku dapat merasa sisa kunyahan tu lalu kt kerongkong). astu dah lalu blh plak mcm rs tersekat. oiii serious rs tak selesa. cth ko minum teh 0 ais.. ko dpt rs air tu mengalir n rs nyamannye minum kn.... tp ni ko rs lalauannye tp tersekat2. aku mase tu dah ehh nape plak aku ni.

so decide g klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya. dah siap check semua...doktor buat surat refer HPJ ( Hospital Putrajaya) glupp!!! sekali doktor sahkan aku ade penyakit tiriod MNG ( Multi-Nodular Goiter) menatang apa plak tu doktor oii.. so doktor tu terangkan dan tanya aku mcm2. sebelum aku ke klinik mmg ade kelenjar bengkak sebelah kiri 1 inci dr tengah2 kerongkong. ( setengah orang kelenjar bengkak tu akan kekal tp aku hanya 2minggu je) lepas tu dah surut.

semua tanda2 yang doktor cerita tu mmg aku alaminya.. sambil doktor becerita bahayanya penyakit yg aku alami boleh bawak maut kalau tak atasinya. so mualah saat aku lepak HPJ sambil layan manausia2 di situ. jumpa dengan doktor ni mmg tunggulah yg paling lama. jumpanya jap nau... haha

doktor suruh aku scan... ultrasound. so bile doktor scan rupanya kelajar aku di kerongkong ade mcm kantung2 air di seluruh ok.. seluruh... ermmm aku pon tak faham kantung2 air tu mcm mana. tapi doktor minta aku cuma makan ubat dulu tengok mcm mana resultnya. kalau tak boleh baru bt minor operate utk buang kantung2 air tu. ermmm mase tu aku takut jugak. yelah aku tak pernah check in kt hospital. rs takut la.

tapi tanyalah jugak doktor boleh hilang ke penyakit aku ni. sekali doktor ckp hilang terus tu tak lah sebab semua orang ade tiriod bezanya aktif dengan tak. last sekali doktor cakap semua sintoms2 tu hyper aktif sebab tu aku boleh hilang berat badan. kalau tiriod tak hyper aktif sesorang akan gemuk.

so sesapa ade penyakit tiriod ni rs mcm berat naik means ko nye kelanjar tak hyper... kalau berat badan ko turun means hyper.. faham? hehee

masa aku mengandung pon kena jumpa pakar O&G dan surgical. sebab? semasa aku ngadung ni doktor2 ni nak tengok dan pantau takat2 baby ade kesannya. kesannya takaut janin terencat... boleh keguguran...so far sepanjang mengadung mmg selalo jumpa pakar utk check tiriod aku. nak jadi cerita masa sesi nak beranak tu... ( sesi? hahaha) bacaan tiriod aku tinggi.. ( sebab aku pon panik jgk kot... nak beranak utk kali pertama kot.. mau tak panik.. haha) tapi alhamdulillah baby aku xde tiriod.

meh2 baca tentang punca dan kesannya. pajang nau aku cerita tu kisah tiriod aku dan kesannye je. ni umum... so leh bc utk panduan kita2 yg ade penyakit ni. hihihihi..





TIRIOD
Bengkak atau benjolan di leher bukan saja menjejaskan penampilan, tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan. Ini kerana ia berkemungkinan petanda seseorang itu mengalami penyakit tiroid akibat pembesaran kelenjar tiroid.

Kelenjar tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormon terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal kadar metabolisme badan.

Namun, pengeluaran hormon tiroid yang terlebih (hyperthyroidism) atau kurang (hypothyroidism) menyebabkan terjadinya tiroid.


Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong berkata, banyak faktor menjadi punca penyakit tiroid. Antaranya ialah kekurangan iodin dalam makanan yang perlu bagi penghasilan hormon tiroid.


Sel tiroid satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin daripada makanan yang dicerna. Kelenjar tiroid akan membesar dalam usaha menambah pengeluaran hormon.

Menurutnya, ada tiroid dipanggil Autoimmune Graves Disease (penyakit Graves) iaitu bengkak disebabkan gangguan autoimun yang membawa kepada pengeluaran berlebihan daripada kelenjar tiroid. Hormon yang keliru menyerang pertahanan tubuh diri sendiri.

Menurutnya, di Malaysia, kes tiroid lebih banyak berpunca daripada penyakit Graves. Penyakit Graves menyebabkan kelopak mata tertarik ke dalam dan mata putih di bahagian atas boleh dilihat dengan jelas.

Kadangkala, ada pesakit mengalami bengkak di sekeliling mata, sekali gus merubah wajah asal. Ada masalah tiroid disebabkan baka atau keturunan tetapi kes seumpama itu tidak banyak.

Individu berusia 40 tahun ke atas dan wanita lebih terdedah kepada risiko penyakit tiroid. Kadangkala, penyakit tiroid dialami wanita hamil kerana lebih banyak hormon tiroid diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun, bengkak itu bersifat sementara dan akan hilang selepas wanita melahirkan anak.

Bengkak di leher terlalu besar tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri kanser tiroid. Dalam keadaan serius, kanser tiroid menyebabkan seseorang itu sukar bernafas kerana bengkak berkenaan menghalang saluran pernafasan.

“Bengkak keseluruhan pada leher tidak begitu membimbangkan, tetapi jika bengkak yang muncul tidak sekata, ia perlu diberi perhatian kerana sel bertukar menjadi lebih aktif dan menjadi tiroid nodul.

“Pemeriksaan ultra sound boleh menentukan sama ada bengkak berkenaan nodul atau sebaliknya. Rawatan dijalankan dengan menyedut sel nodul dengan jarum kecil,” katanya.

Dr Chan berkata, ujian darah dilakukan bagi memastikan sama ada hormon terlalu tinggi atau rendah.

“Jika bengkak terlalu lama, hormon tiroid akan menjadi rendah, misalnya tiroid itis (jika bertahun-tahun). Kekurangan hormon tiroid dalam tubuh akan diatasi dengan pengambilan ubatan,” katanya.

Menurutnya lagi, kebanyakan kes penyakit Graves atau thyroiditis akan dirawat dengan pengambilan ubat bagi mengurangkan atau menambahkan pengeluaran hormon, manakala pesakit yang diserang kanser tiroid akan dibedah.


Punca:

·  kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya)

·  kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran

·  goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid

·  radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid

·  genetik

·  Autoimmune Graves Disease


Gejala hyperthyroidism:

·  bengkak di leher

·  degupan jantung yang cepat

·  cepat marah

·  cepat berpeluh

·  tidak tahan cuaca panas

·  tangan bergetar

·  kitaran haid tidak teratur

·  sentiasa gelisah

·  penurunan berat badan

·  rambut gugur

·  masalah sukar tidur (insomnia)

·  bengkak di sekeliling mata

·  kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas

·  cirit-birit

·  ubuh badan lemah

·  osteoporosis


Gejala hypothyroidism:

·  kurang tenaga

·  rasa sejuk

·  denyutan jantung perlahan

·  kemurungan

·  berat badan bertambah

·  kurang daya ingatan

·  kulit kering

·  rambut gugur

·  sembelit

·  beguk

·  nafsu seks turun

·  suara serak

-copy n paste dlm utusan Online.

12 comments:

Unknown said...

hai sis fyda..so far, apa je sis buat tuk kurangkan gejala tiroid ni?

Unknown said...

One more question kak. Tiroid ni memang akan kat perempuan yang mengndung ke ataupun tak semua yang kene ?

Unknown said...

Tiroid ni ada dua jenis ke ? Kanser titoid dan tiroid biasa ? Macam tu ke ? Saye kurang paham kat situ dan tidak tahu sangat pasal penyakit ini

Pja said...

tiriod berlaku apabila badan terlebih atau terkurang iodin. Kalau terlebih tu orang panggil hyper tiriod kalo kurang hypo tiriod. Kalo terlebih kene kurangkan makanan yang bnyk iodin, kalo yang kurang kene la makan makanan yang banyak iodin misal kerang, rumpai laut dan macam2 lagi. Kesian orang yang hypo tyroid sbb kacau hormon, makan sikit tp cepat gemok, susah nak mengandung dan sebagainya.

1 2 3 said...
This comment has been removed by the author.
1 2 3 said...

Saya penghidap hyperthyriod.
Tapi selepas mengamalkan CELLMAXX.
Alhamdullilah. tiroid saya sembuh.

malah masalah dalaman wanita saya juga sembuh.
boleh refer sini, facebook Terapi Sel Stem Malaysia.

Unknown said...

Pilihan Alternative dengan OptiPlus
http://ioptiplus.blogspot.my/

Unknown said...

sy mengalami hypo tiriod huhu berat badan naik... part kurang daya ingatan tu mmg betul. sy stop ambik ubat 3 bulan kesannya sangat merisaukan.

Unknown said...

Saya mengalaminya gemuk dr kecik xpernah rasa kurus kawin 5 tahun xdpt ank sy sgt down skrg.... keadaan bdn muka xsegak susah nk dpt kje😭😭😭

Unknown said...

pm

Unknown said...

0177090032 whtsapp

Unknown said...

hai kak, saya mengalami hypothyroid selepas melahirkan anak pertama, sekarang anak sudah umur 3 tahun 6 bulan, saya inginkan anak ke 2 namun sangat susah, dan saya faham kerana hypothiroid yang saya alami, persoalan saya, adakah anak saya berpotensi mengalami masalah thyroid? whatsapp 0135459251

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...