Monday, October 28, 2013

.: Ragam Hyra #6 :.

Assalamuaikum

Amboi2 sekali dua ko up entry. Muahaha... bile dah ade anak opkos kisah nak je memenuhi ruangan blog aku.. pd yg tak suke tak boleh kata apa.. sila jgn bc.. ^_^

Budak2 kalau nk belajar sure benda yg akan die nk adalah melihat.. sentuh.. etc.. so ammni ni pantang kalau aku masak sure datang tepuk2 peha aku suruh dukung die. Kadang2 panggil ma... ma.. ma... sambil tunjuk (kuali n periuk aku atas dpr) kalau mr.zach ade aku layan jap je. Kalau mr.zach xde tu sgt parah.. sebab kena dukung die. Sambil tu jenis aku suke cakap dgn die.. cth ' mama masak sup.. tgk sayur ni.. nanti ammni n papa nk mkn.. '. Tapi kalau aku xdan nk melayan aku jerit je... ' hubby ko amek anak ko ni... ' hah gitewwww...

Ni ragam si hyra suke nau punggah2 pinggan mangkuk. . Bekas tipuware.. ishh cawan2 sume die kua kan.. kdg2 mr.zach tgk je.. alasan.. anak nk belajar.. hoiii alang2 belajar keluarkn brg ko ajar kms kn balik. Grm!!!

.: picnic katanye :.

Assalamuaikum
 
Ok ni kisah hujung minggu yang ke berapa minggu2 lepas. Muahaha. Pic dlm draft. Xdan nk karang ayat bos cari terus tlupa.  Hehe. (Update pakai phone kg pon)
 
Apa macam hujung minggu korank?  Syok tak? Ermmm aku base2 je. Dah2 jum tengok pic yg dah berminggu2 kejadiannya.
Kisahnya boring duduk rumah. nak jgk bawak ammni g bukit dekat area umah aku.  Sekali mr.zach ckp nanti2 je g. Die nk bawak ammni g tempat kita org mase kawan dulu selalo lepak. Xkisahlah janji keluar..
 
Ammni lg lah syok. Leh keluar. Boring die duduk rumah. Kehulu kehilir.  Rumah kecik main pon tempat yg sama. Dah lah tinggi. So terhad. Bile dapat keluar jln2 sekejap pon die dah ok. Sambil2 tengok macam leh die belajar. Sejak beberapa bulan lepas aku byk ajar die.. cth kalau jumpa budak2 lebih tua dr die.. aku ajar panggil kakak or abang.  Tengok tasik.. tengok ikan dalam tasik. Bagi ikan makan roti.. suruh die baling sendiri kt ikan.  ajar touch benda yg die blh fhm sikit demi sedikit. Lama2 ajar die boleh faham. Sekarang kalau akau tanya mane car  die tunjuk car. Walaupon amek mase. Sbb selalo tgk car lain. So bile tunjuk car kaler lain die keliru. So sume tu amek mase. Sekarang dah taw. Tanye mana pokok die tunjuk pokok.. (kdg2 lambat jgk sbb pokok jenis lain) hehhe. tanya mana bunga die tunjuk bunga. Xpe.. walaupon x semua tp qku as a mother happy sbb die mula belajar. Sambil2 keluar.. dapat jugak manfaat kn benda2 mcm ni. Hehehe.
 
Pic banyak tp xtaw dlm draft aku hanya ade yang ni je. Mls nk upload lg. Hahaha.  Skg tgk godek2 nk upload video ke blog. Almaklum lah buta it. Hehhe
 
 
mase ni drf bangi.. so ammni nk tido tp aku x bagi.. lalok2 je tu

 
aku beli makanan kat kedai2 area UNITEN tu. astu mkn kt sini. muahaha..

 
orang yang paling suke.. semua die nk terokai.. bagus ammni. belajar ye.

 
hahhaa.. dah penat jalan2.. megaruk nk minum air papa die. kasi peluang. dapt hirup 2 3 teguk jadialah. hehe..

 

Saturday, October 26, 2013

.: lepak2 rumah sajork :.

Assalamuaikum

Wahh ni namanya terlebih rajin nk up entry di hujung minggu. Senaunya dah settle bt kije rumah.. bangun pg tadi siapkn bekpes mr.zach n die dah g kije terus amek baju yg kotor nk basuh. Lepas tu buat bekpes utk si tecik tu..sementara ammni tidur aku zas.. zas.. sapu rumah.. kemas dapur.. kemas bilik.. settle basuh baju jemur baju.  Dah settle sume baru bancuh air kopi n hirupp sambil mengadap view putrajaya. (Ayat xkan kalah.. view putrajaya konon.. wahal view bukit je) hahaha.

Dah siap2 nak mandi. (Hahha kantoi x mandi) sekali minah tecik tu bangun. Adoiyai tido kejap nau..  dah mandi aku terus mandikan die. Da settle bg bekpes roti canai tampal dekat ammni. (Instant nye roti canai brand awangku.. sumpah sedap) Alhamdulillah ammni dah skit2 blh mkn telur. Tp kne mix dgn makan lain.. tp roti canai tak habis pon. Dpt setengah roti canai je die ngappp!!!. Xpe nak janji ko kenyang. Mama puas hati. Settle bekpes minum susu astu ammni buat hal sendiri.

Die sekarang dah taw kt bilik mana die perlu masuk. Contoh bile aku bukak baju sua die.. lepas tu die sendiri akan cr bilik mandi utk mandi. klu die bangun aku xde.. die tahu nk cr aku kt mne.. bile die nk main plak die taw bilik mana die perlu masuk. Gud ammni.. clap2.. (mak yg over!!!) Haha. Alhamdulillah aku rs die fhm walaupon kdg2 die xnk lyn aku sgt. Hahaha.
Ni pic tadi mase die main2 sorang dlm bilik.

Wednesday, October 23, 2013

.: outing :.

Assalamuaikum

Sekarang ni tengah menahan sakit. Xtaw puncanya apa. Ingatkan tonsil sekali kelenjar bengkak.. panas dalam badan. Ermmm. Xpela2 sementara aku nk solat meh nk story the mory kisah anak dara aku.

Ammni ramai kawan dari kalangan kawan2 aku jugak. (Eh ramai ke? Hahaa.) Kalau kawan sekolah aku plak anak sebaya ammni ada dalam 4 orang. Kawan di opis 3 orang. Kira ramai lah jygak rakan sebaya. Hahaha.

So sabtu hari tu. Kawan uitm aku ajak keluar gi alamanda (putrjaya nak g mana pon? Situ jelah) aku plak mase tu baru settle kemas2 bilik n stor.

Niat memang nak g alamanda sebab nak cari barang2. Jenis aku kalau kemas kena ade barang baru sakit moodnye lain macam. Haha

So dpt wassap dr si dora ajak lepak bawak anak2. Anak si dora pon sebaya ammni.  So aku pon siap2kan minah tecik tu. Mr.zach kerja n lepas tu nk ke sg besi. Lagilah aku nak keluar n terperuk  je xboleh jgk.

Keluar lepas zohor aku balik lepas maghrib. Hahaha. Senaunye tak ade buat apa pon. Bawak ammni n kawannya basyasya jalan2 pusing sambil main2, makan2, window shopping baju anak2 katanye. Hihihihj.. Tu je.

Lepas ni nk kua lagi. Syok jugak spend time berdua dgn anak astu lepak2 dgn kawan2. Best2. Ammni ade lagi kawan. Anak opismate aku jgk... bella namanye. Cuma xsempat lagi nk jumpakan dorang sekali lg.

.: Tonsil & penyebab serta cara2 rawatan :.

Assalamuaikum...

tetibe up entry tentang tonsil. sebabnye aku hari sabtu lepas duk tengah berseronok dengan kawan di alamanda tetibe tekak rs perit.. astu bawah rahang sebelah kiri sakit. aku ade thyroid sebelum ni. hyper thyroid. tp tak pernah plak thyroid aku sakit kt tepi (area bawah rahang). so cakap dengan mr.zach suh die tgk n rasa sebelah bawah rahang aku. sekali mr.zach cakap tonsil ni. gluppp!!! arghhh tak suke!! tak suke..!!

so hari ni baru beria Tanya kawan2 sakit tonsil tu cam ne. so dari apa yg kawan aku cakap macam ye. arghhh.. so nak tak nak google sebab nak taw sebab. sekali T_T mmg ia tonsil.. xpe2.. thyroid lg teruk aku kena ni plak tonsil.. boleh handle insyaallah. tp tak suke. x selesa rs mcm ade bnda bergayut kt rahang aku. boleh? hahaha.

hasil aku duk google ( copy n paste) tak lalu nak taip balik.... meh baca.. amek tahu sekali sekala.. kang kena mcm aku kelam kabut kang... haha



Apa itu tonsil ?
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.
Apa itu radangan tonsil @ Tonsilitis?
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.
Simptom-simptom penyakit :
Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak Kelenjar tekak akan kelihatan Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok – tompok putih di atasnya.
Rawatan
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria
Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
Apabila jangkitan berulang – ulang. Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.
Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi. Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.
Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

********************************************

TONSIL
Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.
Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi.

Bagi mengelakkan risiko berlakunya radang tonsil, anda dinasihatkan menjaga kebersihan, terutama tangan. Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.

***********************************
APAKAH ITU TONSIL?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Rawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.

Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.

Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.

Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

Monday, October 21, 2013

.: Ragam Hyra #5:.

Assalamuaikum
Ok2 tak boleh nak taip panjang2 beria sangat sebab aku sedang curi masa ni. (Bajet bz sangat.. tp bz lah jugak ni..hahah )
 
Ni kisah ammni minggu bile tah. Kira lama jugaklah. Mase tu aku belikan die meja (meja jepun orang panggil) dalam hati bilehlah die nk belajar dan nak buat apa di meja tu. Alhamdulillah mula2 je belajar elok guna meja. lepas tu aku amek simpan dalam stor. Sebab buku kat lantai die atas meja. So drpd aku jadi tarzan hari2 dengan peel anak dara sorang tu adalah lebih baik aku simpan.  Ko nk tulis2 ke ko nak conteng2 ke ko nak kaler2 ke ko ddk atas lantai.
 
Niat nak beli kerusi meja di ikea terlebur bila fikir ammni sekarang tengah lasak. Ko dah bsr sikit lagi mama beli. Sekarang no! No! No! TITIK
 
 
 
 
 
apa macam gaya bukan main lagi kn bdk ni.. hahahaha. esok2 ko x rajin nak tawlah mama ko nk bt apa.
 

Friday, October 18, 2013

.: aidiladha kami :.

Assalamuaikum
Huhuhu malas nak bt entry baru tapi buat jgk sebab gambar ade walaupun tak banyak tapi boleh lah. .
Macam mana syok tak raya haji korank?  Ermmm aku base2 je. Tahun ni raya haji patutnye sebelah aku. (Kelantan) tapi semandangkan cuti tinggal tak seberapa di tambah plak aidiladha jatuh pada 15.10.13 (selasa) so aku yg putuskan utk tidak balik beraya di kelantan. Tapi.... tapi... bersyarat.. hahhaha. (Sendiri bt keputusan sendiri meroyan..) syaratnya balik bln 11 ni selama 7hr tmasuk sabtu ahad. Hehe. (Plan je dulu.. moga2 dpt balik)
So sabtu petang 12hb kita orang gerak balik pahang. Balik putrajaya pada 15hb malam. Jem time balik toksah cakap lah.  Kalau lebuhraya pantai timur tu sure jem krengg... jenuh nk setting bontot. Hehe. So sempatlah berpuasa sari b4 raya haji dengan family mertua. Alhamdulillah.
Raya haji baru2 ni mr.zach malas nak sarung baju melayu. Die pakai base2 je. So aku pon pakailah baju kerja yg bru 2kali pakai. Jadilah. Sekali bile tengok famil PIL pakai sendondon mula lah menyesal. Hahha.
Eh meh layan pic raya aku dgn keluarga mertua. Paling best FIL bg hadiah kat mengHantu die ni. Apa? Hehe.. biarlah rahsia. Hakhakhaktuihh.. tq tokdaddy.. len kali leh bg lg.. hehe..
 
 
nin dia... geng pokok pisang... hahha.. ampun.. hehe
 
nilah family mertua aku.. sebelah aku tu moyang ammni... Alhamdulillah masih dok ade lagi.
 
ni family mertua anak beranak.. tanpa menantu2 n bakal menantu. ahakz
 
tok mummy dengan sepasang cucu  nya. ammni hyra & syed amir zakwan
 
nin diaaaa... mr Zach family...

 
sorok diri di belakang org keding mmg tidak membantu... hahaha
 
ko tengok OTW bali putrajaya jem area tol bentong. mse ni dah lps tol.. masak nk sampai putrajaya... mujur ammni tido

Wednesday, October 16, 2013

.: wordless Wednesday :.

Assalamuaikum
Senaunye nk up entry ragam si hyra hari isnin.. tapi xleh sebab xdan. Baselah balik kampung banyak kije lah nk buat.. lg2 aku menantu solehahahahahaha. Gituuuuu... harus xdan nk tgk2 enset.
 
Jadi aku gantikan WW hari ni dgn pic si muka bambam.. (bdn keding..) macam base gambar akan ceritakan segala2nya. Hahaha.. moh tengok. Entry raya haji esok je aku up.. bz ni tgh usha2 pandora2..ehem.. ehem.. mr.zach wa taw lu baca blog wa.. jgn lupe ar.. hahahhaa... eh terrrpanjang plak.
mase die bt mcm matedoor tu mcm sejadah. nk solat.
 
sibuk nak tgk buku pa&ma..
mase kejadian ni kami laki bini ddk tgk. cpt aku snap. tp bahaya bt gini..

Thursday, October 10, 2013

Tuesday, October 8, 2013

.: outing dgn bff :.

Assalamuaikum. .

Ermmm ade sapa2 hitung nak balik raya haji tak? Aku tak pon.. hihihi kalau balik kelantan harus mengira hari2..

Ok2.. sepatutnya aku up entry ni minggu lepas. Tapi pemalas...Tu yg tertunggak minggu ni. Hehehe..

Kisahnya.. plan elok2 n bincang tempat mana tempat mau terjah. Masing2 dah setuju tak tunggu lama terus terjah ikea. Knp ikea? Sbb misi kami nk makan meatball. Muahaha.. aku kalau ajak mr.zach jawapannya ermmmm tak taw bile dapat pijak lagi ke ikea tu. Last pergi mase nak beli barang pekakas dapur time nak kawen dulu. Tahun 2011. T_T

mujur ade geng2 yg sehati sejiwa yg senget2 n sengal2 ni. Maka kami keluarlah berlima. Pepagi lagi dah keluar.  Tak nak sesak n semak mase kat ikea. Ok2 korank tengok gambar jelah.. aku nk sambung bt kerja. 

Monday, October 7, 2013

.: Ragam Hyra #4 :.

Assalamuaikum
Alhamdulillah hari ni da masuk 2 zulhijjah dan aku berpuasa pada hari ni. Niat skg nk puasa ganti, bt biar cepat2 habis. Lepas tu blh lah mkn.. mkn.. mkn.. hahaha...
 
Ok2. Aku baru pasan, before ni dah 3x aku post entry tentang ragam hyra setiap hari isnin.. ermmm kira senang setiap hari isnin akan aku tepek cite minah tecik bserta dengan gambar. Senang. Ade jugak modal nak update blog.
 
Ni kisah ragam ammni hyra. Bile tengok cara die bt ade gaya mcm tiru aku. Contoh nak pergi kerja pakai tag (pass kije) tergantung dileher. So agaknya die selalo tengok sudahnya terikut. Tp pic panjat2 tu rsnye ammni ade tgk kwn2 die kot. Entahlah. Hehhee.. meh2 tgk pic ragam hyra ni..
 
 
pantang Nampak lappy.. laju g amek tag (pass kije aku) sangkut kt leher
 
 
amek casing S3 papa die bt mcm note2 aku.. haha..

 
ni mase baru lepas demam.. port die suke.. tu mangkuk kt tepi tu dah pecah mggu lps. mmg terbaik.. selama ni elok die x usik.. papa ko ganti balik mangkuk tu ye.. hahhaa

Wednesday, October 2, 2013

.:wordless Wednesday:.

Assalamuaikum

Hari ni mood ke laut.. xpe2.. biarlah gambar saje yang menceritakannya. Tp gambar plak tak seberapa.. dah tu cam ne.Hehe. Tepek jelah.. dah kata wordless Wednesday kn.. full entry esok jelah. Haha. Dasar!!!

Monday, September 30, 2013

.: Ragam Hyra #3 :.

Assalamuaikum
Huhuhu.. hari isnin je mula rasa malas. Haha. So bila malas tapi nak update entry baru. So kita cite lebih kurang jelah ye.
 
So ammni baru baik dari demam. Orang cakap demam nak panjang akal kan. Yolah.. sekarang memang panjang akalnye. Hahhaa. Tapi seronok pulak layan bile die menggada2 cthnye jari terluka sikit. Ngadu kat aku. Alololo sweet2 nye aku rasa. Walaupun mula2 die tunjuk jari sambil ckp bahasa die. Aku da nak hangin ( mak manjang nak hangin) sekali die tunjuk jari sambil buat muka sakit  ya allah siyes ngade2 gile tp buat hati aku seronok. Dah masuk fasa nak mengadu macam tu. Sah esok2 banyak mulut ni. Hahahah.
 
Ok tapi bab yang ni memang aku tak suke. Apa? Jum tgk.
 
 
 
 
ni part yang aku tak gemor ni. panjat2 memang die suke. jatuh tergolek pon die ngis jap astu tabah dan cekalkn diri panjat balik. aku ni dah mcam orang gile menjerit2. hoii sbr jelah..  

Wednesday, September 25, 2013

.: wordless Wednesday :.

Assalamuaikum

Hari ni bersiaran dari rumah sebab jaga minah tecik ni yang demam. Ptg semalam balik dr rumah pengasuh dah dedor. Skli pg td demam suhu 38.9. So terpaksa EL lah hari ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...