Monday, November 19, 2012

.: hasil tenusu.. hehe :.

assalamuaikum..

dah petang2 baru nak update blog dah rasa malas, tapi stoplah kejap dari buat kije then update blog..hihihi. nanti sambung buat kerja balik. syukur alhamdulillah aku sekarang BF kan ammni masuk ke 6 bln lbh. kira dapat diploma lah kononnye. hehehe. dan paling syukur susu stabil dan makin banyak. moga2 lebih banyak plak lepas ni. Amin.
 
nilah aktiviti aku sejak ammni muncul dalam hidup aku n mr.zach. pump susu untuk ammni. tak kira kat mana aku ade, mesti kena pump (ammni tak nak minum direct dari breast aku) so macam2 dah buat tapi ammni tetap tak nak. as long as die nak susu badan ni aku tak give up pump susu hari2 dan bila2 masa asalkan susu tak kering. (mencabar ok bile anak tak nak DF juz bergantung pada pump semata2) tapi kuasa Allah sapa yang tahu kan. dah 6 bulan lbh, 1 usaha yang aku rasa akan akan bangga pada diri sendiri jugaklah. yelah... pagi buta aku bersengkang mata bangun pagi2 semata2 pump susu die. dari pakai pump manual hingga pakai pump letrik ni. alhamdulillah semua ok.
 
selalo aku dapat dalam sehari 27 hingga 32oz. syukurlah kan dari tak ade. bezanya aku tak ade stock untuk ammni macam mummy kat luar sana buat. tu yang sakit n perit tapi mcm aku kata aku tak putus asa. tetap pump jugak. mr.zach banyak bagi sokongan dari mula ammni lahir hingga sekarang n jugak akan datang. sampaikan die pon dah faham bila kadang2 aku nak rest tak dapat handle ammni die akan take over ammni. TQ Zach!
 
dulu seawal 3.00 pagi aku kena bangun, tapi sekarang pukul 4.00 pagi aku bangun kadang2 4.30 pagi aku pump dan masak solid food ammni. itulah rutin aku sejak dulu dan sejak ammni masuk 6 bln ni. untuk hari ni (pagi tadi pukul 4.30am)  aku dapat buat sebotol je. selalo 2 botol 5oz setiap satu. ishhh syukur sangat2 dah tu. nak dapat tu pon susahnya ya ampun. hehe. tapi pagi td ngantok gile2 sudahnya aku buatkan sebotol.. hehehe. tapi jaranglah aku malas nak pump. sebab jenis tak sempat nak buat stock tak ada istilah malas WAJIB kena buat.  
 
pagi tadi sambil2 punp dah ngantok aku snap pic. sambung plak kat opis dalam 2x pump total dapat 14oz. camput pagi td jadi 19oz. ptg dalam pukul 6.30 aku pump sebotol n malam pukul 8.30 o 9.00mlm aku pump lagi sebotol. itilah rutin aku hari2. tanggungjawab aku sebagai ibu. lagi pon best je duk pump. hehehe.

pagi pukul 4.30, mase ini dlm 2oz

ni lah sebotol yang 5oz.

total dari pukul 9.30pg-3.00ptg 14oz  (^_______^)
keseluruhan semua dapatlah 19oz. syukur...

moga ade rezeki buat ammni hingga 2 tahun. amin.

Wednesday, November 14, 2012

.: wordless wednesday :.

assalamuaikum..


masuk je bilik balik dari kerja hari senin hari tu dah ade kasut ROXY ni tergantung di lemari aku. hahaha.. kejutan yang menarik tuk aku. sebab tak ade reason pape dapat hadiah dari mr.zach. terus peluk mr.zach ketat2 ^_________________^ + senyum sampai ke telinga aku time tu. hahaha. ingatkan dapat HTC yang baru sekali kasut baru. tak pe2.. die kate tunggu lagi kejutan lain plak lepas ni. ouhhh tuwit2 tangat2 lak plak mr.zach ni. PANG sedas dua kat aku... =p
 
 

Monday, November 12, 2012

.: foot scrub + tumit kaki yang neraka :.

uwaaaaaaaaaa... aku hari ni kerja, korank kompem bersenang lenang rehatkan diri kat rumah. sume orang balik kampung wey.. kat opis aku ni pon berape kerat sangatlah manusia yang berkerja. hehehe. aku tak cuti panjang macam orang lain pon, hari jumaat je cuti tu pon sebab pengasuh ammni cuti, terpakselah mintak cuti dengan bos nanti. mr.zach lagi best, sepanjang deepavali & awal muharam dia oncall. masyuk!!!!  B kang jangan lupa belilah pape tuk isteri tersayang ni. ahakz!
 
ok2 bukan nak cite ttg cuti tapi nak share dengan korang tentang produk bodyshop yang aku beli. senaunya aku dah pernah pakai dulu adelah 4thn sudah gamaknya. (hahaha, lama gile) lepas tu langsung tak beli. dari bertangguh dari 1 hari ke 1 hari nak gi beli tapi semalam baru aku beli tu pon bile mr.zach ingatkan aku. (ye aku mmg jenis pelupa, bukan faktor umur okay, tapi mmg aku TM kot. hehehe)


 
 aku beli Pumice Foot Scrub + sponge tuk kaki (tak tau orang panggil ape, so aku letak sebagai sponge jelah. sng korank nak taw kan.) harga foot scrub rm39.50 + sponge rm15.90. murah lah jugak untuk rawatan kaki sendirikan. tumit kaki aku memang teruk tahap neraka punya merekah. before ni beli yang base2 jugak, sekali tak boleh, kena pakai pumit foot scrub yang perisa (hahha perisa ye) peppermint smoothing kooooooo!!!! hehehe.



lagi2 plak baunye perghhhhhh sedap macam nak makan je. hahaha. plus sponge die yang nampak kasar tapi bile sental walawey sedapnye.. lepas sental2 tumit letak lotion plak.. memang terbaik. rasa termanja2 gitu. PANG!!!!!!
 
selalo aku pakai dalam 2 minggu dah ok. tapi macam aku katakan tadi dah 4 tahun tumit tak bersental so mungkin ambik masa jugalah. lagi jenis kaki aku tak tahan dengan marmar ke, simen ke ape ke. arghh kira sume jenis mak nenek jubin ni. kena pakai selipar kat umah. very the omputih sangat kan? tapi sedor diri anak melayu + degil itu sebab teruk nau merekahnya.

nilah tumit aku yang hazabnye nak menyental. terukkan korank.. pemalas sangat sebelum ni. so dah ade foot scrub dah boleh dapat tumit yang bagus. nanti dah ok aku try buat entry yang ni lagi. show off tumit yang santek2 dengan korank.. hehehe

Wednesday, November 7, 2012

.: SKYFALL:.

assalamuaikum...

sekarang ni memang nak jejak kaki ke TGV o GSC memang dah tak boleh, caranye dapat layan pon movie-movie terkini kena beli CD je. oklah jugak kan dari tak layan movie langsung. tapi kalau layan pon susah jugak. kejap2 pause.. kejap2 on.. kejap2 pause balik. sebab minah kecik tu bukan bagi aku layan movie lama2. die nak aku duduk tengok die. like 'look each other'.. hahaha.
 
memang dari dulu lagi blog aku akan penuh dengan movie2 yang aku tengok. tapi sekarang non hado.. nak tengok movie kat rumah pon susah ni kan plak nak tengok kat cinema? memang taklah jawapnya. so sekarang mood nak tengok wayang SKYFALL tapi apa boleh buat mood sudah mari tapi tak boleh pergi. kena terjah warta beli CD ni nampaknya. taknaklah ketinggalan sangat lewat2 tengok cite terkini. tapi mr.zach sekarang dah tak heran kalau tak masuk GSC o TGV. sebab bagi die kerja lagi best dr tengok movie. ishhhhhhhh..
 
nak layan dengan opismate pon susah jugak. bukan dorang yang susah tapi aku. sebab sejak ade ammni memang waktu rehat aku terhad, sebab pump susu lepas tu hantar susu pada pengasuh. selalo mr.zach yang jd runner susu. haha.. so istilah yang boleh aku kata sekarang ' tiada masa utk berhibur di luar' boleh? hahahhaa... T_________________T pasrah.

kalau ade sapa2 yang layan cite ni. heboh2kan lah citenye cam ne? ade gempak2 tak? hehehe..
 

Tuesday, November 6, 2012

.: 0-6 months :.

assalamuaikum...

4 november 2012 hari tu genap umur anak aku nur ammni hyra 6 bulan. dan dah 6 bulan aku menyusu ammni. kira dah dapat diploma dah ni. hihihi. harap dapat susukan ammni sampai 2tahun. Amin.
so aku nak tepek gambar2 ammni sepanjang bulan. sebenarnya banyak gile gambar, tapi malas nak pilih elok2. yang ada ni pon dah berpinar bijik mata nak pilih. so pilih2 rawak2 je. janji gambar tu mmg time umurnye.  
 
waktu lahir hingga 1 bulan mmg dah berubah muka ammni..

untuk 2-3 bulan macam tak ade perubahan. tapi orang tua2 cakap budak ni tiap2 hari muka akan berubah skit2.

11 sep 2012 ammni mula meniarap..

sekarang semua cakap muka dah macam mr.zach. aku ok je. muka cam aku ke muka cam mr.zach ke. janji ikut mama n papa die. hehehe.
 

Sunday, November 4, 2012

.: lepas geram:.

before aku maki hamun org.. baik aku musabah diri.. mungkin aku ade buat slh dan sebabnya aku manusia yg bukan sempurna 100O%...tapi ko x pyh nk kutuk belakang2.. sal x berani nk ckp depan dgn aku? ko pon x bagus mana ok.. ko pon x sempurna mcm aku jugak.. ade yg ko taw aku x taw.. ade yg aku taw ko x taw.. benda tu normal.. tapi jgn nk tunjuk ko bajet bagus sgt lah... sbb ko x bgus mana pd pdgan org lain ade je duk bcakap ttg ko pd aku. org lain pon ade yg x suke cara ko.. so aku tunjuk middle finger tuk ko  yg bajet bgs.. puiiiii!!!!!

Thursday, November 1, 2012

.: Ammni si kepink kepink :.

 
assalamuaikum..

hari ni mood nak update blog masih tak mari.. tapi aku sajikan pic budak chekodok masham aku yang bile aku suakan enset je mulalah die buat macam2 ragam. hehehe.. waktu ni nk bawak die datang opis (sehari before hari raya haji) tapi pagi tu ammni meragam sebab perut die sakit, so aku datang opis jumpa dengan bos mintak cuti. sebab dah malu sari sebelum tu aku EL, kot nak El lagi. malu muka rasanya. so datang opis jugak walaupon sekejap.
ok2.. jum layan pic ammni. (sejak ade anak pic anak jelah, nak letak pic aku x lawa.. dah makin lebor bdn mama ammni, jadi dr jadi bahan korank bek jgn tunjuk, hahhaa)
 
 
mase ini die masih lena tido.. aku amek je skali die terjaga.. terus senyum..


pose ammni senyum..

pose ammni kenyit2 mate.. auwwwwww..

pose ammni jelir2 lidah.. hahaha

pose ammni tayang lesung pipitnye.. hikhik

pose ammni yang dah boring.. hahaha
tapi pose yang paling seksi ammni boleh bagi korank nk tengok? nk? nk? hehehe





*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. seksi x ammni nk g shower2.. hakhakhakhakhak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...