Tuesday, February 14, 2012

.: mod i sudah mali lor :.



mood pe? mood nak tengok wayang cite seperti dalam gambar tu.. cite? haha citenye akan keluar pada 17 februari 2011. sapa yang terra bila tengok gambar tu dah taw dah cite apa yang aku maksudkan. kalau korank tak sure lantak gasaklah wey. malas nk taip pjg2. gambar tu pon aku copy n paste kat dalam FB member opis aku. hehe. tapikan movie bulan march memang banyak yang best-bestlah. harap2 ade mood jugaklah time nak tengok wayang lepas ni.



Monday, February 13, 2012

.: SESEKALI KU RASA TERINGIN :.

teringin pe? ni nah teringin nak benda alah ni.. yang berada jauh nun di pantai timur. tak nak kat tempat lain. nak kat situ je. ouhhhhhhhhhhh sedaknyo la weyyyyy...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
SATAR IKAN.


OTAK-OTAK DI PANTAI SABAK.


AIR KELAPA RUMAH INCIK RAHIM
ni air kelapa wangi yang tak beli. ade je kat depan rumah. tapi lagi sedap bila ade orang yang tolong 'petik' + kupas dan letak dalam gelas kasi 'mak yong' minum.


nilah orangnya. panjat guna tangga je. sebab tu boleh main petik2. haha. dielah panjat, dielah petik, dielah jugak yang kopek dan dielah yang letak dlm gelas bagi bini minum.. hahah. kasi buli skit sama mr.zach. muahahhaa...

.: masak lomak cili api belasah:.

hah tu sure korank tak pernah dengar lagi. tu resepi sama je cuma cara je aku main belasah. sebab? text mesej kat member2 dan kakak aku sorang tak reply so aku ubahlah sikit cara2 nak masaknya, bahan2 dah beli kot tak masak. mr.zach plak bersemangat nak aku masak lemak cili api udang. lagi2 die beli udang sungai besar2 (8ekor rm20 oklah kan takat die je nak makan. aku tak boleh makan sebab nanti gatal2) so pukul 11 aku start masak. bajet nak masak sikit jelah sebab udang dalam 8ekor. so masak jelah. kalau jadi makan tak jadi pon die kena makan sebab aku dah pecah peluh duduk kat dapur. (baru masak sikit dah pecah peluh citttttt.. haha)

malas nak taip pajang. so meh aku nak tayang masakkan aku. untuk kali pertama (ye saya tak pandai masak dan masuk dapur pon jarang, sejak kawen je selalo.. eh tak.. sejak mr.zach duk rumah je manjang kena masak. kadang2 aku malas aku tapaw lauk dari opis.) haha

udang sungai 8 ekor, aku masukan kacang pjg sebab tekak aku rs nak makan sayur + malas nk buat sayur goreng bagai. sekali mr.zach suruh goreng jugak brokoli. sudahnya sia2 je aku masukan kacang pajang ni sebab aku tibai sayur goreng je. hahaha. nak buat sotong celup tepung. sekali cubaan pertama tepungnya bercerai dgn sotong. hahaha. kali kedua celup baru jadi. tapi tak elok macam kat kedailah. yang pasti masak lemak aku mr.zach kata sedap. yihaaaaaaaaaa...


tujelah lauk aku n mr.zach pd hari ahad. sabtu aku buat sambal sotong + ayam goreng je. malas nak amek gambar. haha


tq pada member2 yang reply msg aku walaupon lambat tapi aku tetap salin balik resepi korank, mana tahu kot2 nak buat lagi dah lupa.

Wednesday, February 8, 2012

.: HAYWIRE & CHRONICLE :.

4hari cuti dah jadi bengong dah aku rasa. kalau balik kampung ok jugak ni terperuk kat putrajaya. huh! nak balik jengka malas, nak balik pasir mas rajin (hahahaha) tapi bila ma abah aku cakap tak payah baliklah sebab dorang nak datang terus rasa ouhhhhhhhhh tak sabarnya. haha.

sudahnya 4 hari cuti 4 hari jugak mr.zach ajak gi tengok wayang. hahaha. tapi 2 hari je aku ikutkan kemahuan die. sebab tak boleh blah lah bila gi gsc. aku sejak pregnant mood nak tengok wayang tak ade. siyes sangat2.... entry tentang wayang pon dah berbulan aku tak buat. sebab aku sendiri tak tahu cite ape yang duk tayang kat GSC.

tapi bila mr.zach buat pilihan nak tengok movie ni aku kena tapis (start dari sekarang). sebab? hahaha. die ni suka pilih cita yang tak best. manjang bila dia buat pilihan nak tengok cite mesti cite yang aku rasa macam nak cakap kat die 'wey 22hinggit tu baik gi makan dari tengok wayang yang cam hampeh'.

cite pe yang macam hampeh? cite HAYWIRE & CHRONICLE. siyes mcm nak maki hamun je aku tengok cite slow tahap sibut babs lagi laju dari cite haywire, astu jalan cite yang tah pape, merapu meraban cite chronicle baek layan cita P.Ramlee lagi bagus 100 ganda dari cite tu.

sudahnya aku cakap dekat mr.zach 'tiap kali lu belanja tengok wayang mesti cite tak best kan?, macam tak ikhlas je' hahaha. yelah perabis duit. baek gi beli vcd cite yang dah tengok. rasa berbaloi2 bagi aku.

so sape2 nak tengok wayang sila hindari dari 2 cite ni. cite lain aku tak tahu. hehehe.



tengok poster gempak gila, tapi cite cam gam****.

Friday, February 3, 2012

.: wanita hamil :.

Kelebihan Wanita Hamil.

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


ni ade rupe wanita hamil? haha. mcm tak je kan? wahal mase ni aku dah 6bulan. (abaikan mr.zach yang meroyan nk pakai rambut pelesu. aku dah mcm bercinta dengan mamat bangla je. ahaks!)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...