Tuesday, October 25, 2011

.: abang Quiksilver ye?:.


sape? muahaha kalau QS ni tak lain tak bukan mr.zach lah. aku sekarang kalau lalu depan ROXY pon tak keinginan tak 'SEGHAIRAH' dulu. sebab taw nanti tak leh nak pakai jugak. lagi2 peknen skg.

so ni kisah hari Ahad, bile mr.zach gi Quiksilver Alamanda, jenuh si Zali tu pomot suruh mr.zach beli macam2 barang QS. sebab die kata mr.zach dah lama tak supping barang2 QS. aku? selaku PA menggalakan lagi die membeli sebab dulu last kami gi beli masa nak raya kot. lepas tu memang dah tak gi Quiksilver dah.

tak pasal2 dapat nama Abang Quiksilver, si Zali duk panggil nama tu, haha. sebab manjang muka kite orang gi terjah QS. gamaknye dah lama tak tgk mr.zach tu rindu kot. hhahahaha.

kat Quiksilver ni cam baselah barang2 QS lg mahal dr RX. sebab tu dulu die beli shortpan pon 2oo++ tu yg pendek, kalau yg seluar cukup sifat lebih lg kot. si Zali tu pon dah taw kalau mr.zach beli baju kena cr yang slim fit. auwwwww... slim sungguh laki aku, sebab makan hati tengok aku makin membesar bagaikan juara. hakhakhak.

boleh katakan sejam aku tawaf dalam QS. aku memang dah tahu dah kalau mr.zach tengok barang 0r baju sure lama. pebende die kelebet pon aku tak sure. mujur beli kalau tak malu je. masuk beria lama, astu tanya tu tanya ni sekali keluar dengan tangan kosong. ouh nasib baiklah mr.zach beli jugak. kene beli sebab baju yang die berkenan tu saiz S hanya ade 2je. satu yg display, die mana mahu yang display2 ni. so kerana bini pon tambah menghasut bagi cukup rasa maka duit mr.zach melayang di QS. tak perlu nak mention harga berape sebab QS tak semahal barang2 di butik2 yang lain. hahaha. tu semua barang2 die je yang pulun. tak ade ROXY ok. walaupon die pelawa nak beli tapi buat PERTAMA kalinya HATI AKU TAK NAK ROXY. ouh sgt tak percaya okay. sekarang kat quiksilver memang ade sale sampai 17 november. sape2 ade member card gi beli. tak ade pon gi je beli kalau berkenankan.






semua tu merah + hitam sebab mr.zach tak ade baju merah lagi. sekali sampai ke'dalam2' die beli merah hitam. hahaha.. i loikeee..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

aku nk melaram dgn sunglass QS die. kalau korank beli rm150 ke atas dapat free menatang tu. so mr.zach dah melabur lebih daripada tu tak dapat memang hangin lah. free2 pon harga 200++ utk satu sepek tu. hahaha..

.: list November sudah keluar!!!! :.

NOVEMBER 2011

(3D) SLEEPWALKER (CANT)
TOWER HEIST
(3D) SHARK NIGHT
SHARK NIGHT
ALAMAK, TOYOL! (MLY)
(EUFF) PURE (SWEDISH)
(EUFF) DALECARLIANS (SWEDISH)
(EUFF) EUROPOLIS (ROMANIAN)
(EUFF) THE AFTERNOON OF A TORTURER (ROMANIAN)
(EUFF) OLIVER TWIST
LEGENDARY AMAZONS (CANT)
IMMORTALS
(3D) THE ADVENTURES OF TINTIN: SECRET OF THE UNICORN
THE ADVENTURES OF TINTIN: SECRET OF THE UNICORN
(EUFF) WINTER IN WARTIME (DUT)
(EUFF) CELL 211 (SPA)
(EUFF) SOPHIE SCHOLL – THE FINAL DAYS (GER)
(EUFF) THE DOWNFALL (GER)
(EUFF) TANDOORI LOVE (GER)
(EUFF) LUXEMBOURG, USA (ENG/LUX)
(EUFF) THE ESCAPE (DAN)
(EUFF) VENICE (POL)
(EUFF) KOOKY (CZE)
(EUFF) IF I HAVE TO BE HONEST (ITA)
(EUFF) MY BROTHER'S SUMMER (ITA)
YOU ARE THE APPLE OF MY EYE (MAND)
(EUFF) AN ORDINARY EXECUTION (FRE)
(EUFF) BUDDY (NOR)
(EUFF) NIKO AND THE WAY TO THE STARS
(EUFF) A BREATH OF HEAVEN (GER)
(EUFF) GREAT EXPECTATIONS
(EUFF) WEDDING IN BESSARABIA (ROMANIAN)
(3D) HAPPY FEET 2
HAPPY FEET 2
SEEKING JUSTICE
AKU BUKAN TOMBOY (MLY)
(EUFF) KOKO FLANEL (BELGIAN)
THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN PART 1
50/50
(3D) PUSS IN BOOTS
PUSS IN BOOTS
MISTERI JALAN LAMA (MLY)

.: mood sekarang :.


sekarangnye mod memang tak boleh nak jangka. selera makan makin bertambah. dah gemuk makin gemuk. ouh macam mana nak stopkan selera makan ni. ni disebabkan pembawakan budak ke sebab nafsu makan yang memang tak boleh nak kawal? hahaha.. tepuk dada tanya iman. tanya selera memang makin teruk lagi adelah. haha.

macam mana selera makan aku mecanak2 naik sekali pon, ade orang yang akan pantau aku dr jauh. muahahaha. setiap apa yang aku nak makan/dah makan kena report. kalau orang lain dah rimas tapi aku suke je. sebab jarang mr.zach nak buang tebiat nak MMS dr aku. so sekarang ni selain status makan2 dekat facebook dekat blog pon sama jugaklah ye.kalau korank rimas mintak maaflah ye. mod ibu MANDUNG tak leh nak saman ni susah. hehe

ramai yang kata aku makin berisi. ye kalau tak pregnent pon memang aku berisi jugak. ok nohal bab tu. tak toucing pon kalau orang cakap aku gemuk. yelah muka dah sememangnya bulat, sempat merasa kurus pon kejap je. sekali dah gemuk balik. so memang tak best. kekonon nak peling2 badan maintain kurus walaupon pregnant haha (memang bermimpilah aku) non hado okay. dah gumuk nak kurus celah manakan tak adanya. tapi mr.zach tetap teruskan usahanya. (usahanya ok.. usahanye.. bukan usaha aku. hahaha rasa2 berjaya tak die? good luck mr.zach..) hahaha. makin gemuk adelah.

jadi sekarang die pantau apa yang aku makan. malam die suruh makan buah + roti + minum susu. ouh tidak. sangat tak kenyang. pagi die suruh makan buah + kuih + minum susu + air suam. merana perut aku kn, hehe. tengah hari plak mr.zach suruh makan sup2 je. sup sayur ke, pape yang berkuah tp yang kurang minyak, manis, masin segala bagai. ouh lg sengsara perut aku. malam plak die suruh makan roti / biskut dgn buah/kurma + susu. wallawey.. siyes aku tak tahu boleh buat ke tak. tapi buat jugaklah. kang die marah lagi teruk. demi anak aku jugak aku paksakan diri minum susu. tapi sepanjang tempoh mr.zach pantau, hanya sekali dua saje aku buat. selebihnya aku belasah nk makan pe yang terlintas dekat otak ni. sekali fikir rasa bersalah. so sekarang ni tekad ni nk buat (mudah2 termakbullah niat aku ni) tapi esok luse aku tak tahu lagi. mane tahukan sekali datang nafsu yang tak mampu ditahan.camne? susahnyekan.

so dalam dua tiga hari lepas aku makan apa yang mr.zach nak. hehehe.


roti kismis + susu (susu yang tak siap bancuh.. tunggu air panas masak) haha


biskut cicah milo. siyes dah lama tak makan.


susu yang beli tp jadi bahan pameran je. hahaha.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
aku sudah MAKIN gemuk. hahaha.


Monday, October 24, 2011

.: Kuasa Allah :.

scan pd 30 sep 11

14 oct 11

21 oct 11
alhamdulillah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
sekrang aku dah 9minggu 5hari. rasa macam tak percaya. before ni bukan tak nak buat entry tentang ni tapi sangat2 toucing bile nak cite kisah baby ni. tapi bile semua dah okay aku makin excited nak tepek entry ni kat blog. sebagai memori aku utk di masa akan datang.

24 September 2011, aku check sendiri bile aku lambat period. msk 26 sep 2011 mr.zach plak check sendiri. dua kali positif. tak tunggu lama, 27 sep 2011 aku gi KK putrajaya then doctor sahkan aku pregnent 5weeks. mase tu belum excited sangat. tapi petang-malam aku bleeding. mr.zach bawak gi ED hospital Putrajaya. doktor kat Ed scan utk kali pertama then dapati aku pregnent 6minggu 1hari. aku dapat MC 2hari. doktor pesan aku tak boleh lasak2. then pada 30 sep 2011 aku ade temujnaji dengan doktor di EPAU hospital putrajaya jugak. kali kedua perut aku di scan, doktor cakap tak ade ape2. just nampak kantung. bayangkan perasaan aku macam mana. Allah je yang tahu. seharian aku down. mr.zach balik dari IMR teman dan bagi nasihat serta banyak bantu aku. temujanji tak berakhir kat situ bile doktor check then tahi tentang thyroid yang aku alami. so start dari situ aku kena pantau doktor2 hospital. tak perlu gi klinik kesihatan.

14 oktobor 2011 plak, scan kali ke3, sepatutnye dah 8minggu tapi bile scan aku terkejut bile doktor bag tahu 6minggu 5hari. 2minggu aku tunggu untuk tengok beep baby aku tapi doktor cakap baru 6minggu 5hari. sekali lagi aku down + putus harap. tp alhamdulillah kawan2 office selalo bagi semangat. malah mr.zach jugak tak putus2 bagi kata2 semangat.

mungkin pada orang lain, akan cakap. "ala biasalah tu... nanti adelah tu' tp tak pada orang yang baru kali pertama. tapi aku kuatkan semangat. semua rasa 'down' aku cite pada ALLAH SWT. hanya DIA yang tahu segala-galanya. sampailah aku redha andainya ni bukan rezeki aku. tapi Allah maha kuasa. 21 oktober 2011 kali ke4 aku scan, jantung baby berdegup. mase tu hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasa. bersyukur sangat2 bile saat genting tu lepas jugak. 9minggu 2hari. sepanjang balik aku panjatkan rasa syukur kepadaNya kerana makbulkan doa aku. bile aku send MMS pd mr.zach, die happy gile buatkan aku rasa bertambah syukur dengan apa yang aku ada sekarang. alhamdulillah, dan sekarang aku akan jaga kandungan ni sebaik-baiknya. moga kawan2 semua doakan yang terbaik utk aku dan mr.zach. ^_^

Friday, October 21, 2011

.: kuih tradisional :.









budak kena demam campak.





gambar 2 hari b4 kena campak..





ni kisah petang kemarin, mase aku gu rumah kakak aku, die buat nasi ayam opkos lah ajak adik die yang malas nak masak ni. bile sampai je aku terus makan nasi ayam. jangan kata tunggu kakak aku pelawa dulu, tak sempat terus ceduk nasi, letak ayam segalai bagai, tuang suap + kicap + cili sume ngap..ngap.. & terus ngap. bile dah habis baru aku tegur kakak aku buat ape. haha. mase tu jugaklah baru layan si hanny bunny tu. die kena demam campak. memang musim ye? sebab anak buah aku si Aisyah pon kena jugak. kesian kat dorang.





setel main dengan hunny bunny kakak aku suruh makan kuih cara yang kebetulan die buat jugak. sambil2 aku tengok die buat kuih tu.... TENGOK ok TENGOK... haha. rupa2nye simple je buat kuih tu. memang boleh buat je kat rumah. ermmm terbaik kan kakak aku ni. siap suruh tapau lagi. ouh sangat heaven dapat kakak yg memahami ni. hakhakhakhak. memangkan dah orang ajak makan rumah die aku pon tolong jugaklah buat kuih tu. tapi aku buat bawahnye garing gile. hahaha. sebab bagi tekak aku ni makan yg tak garing tu cam tak beh je. aku ni sume bende kena garing . pelik tol. hehehe.





semalam plak die SMS aku suruh singgah rumah die sebab die buat pisang goreng + kerepek pisang. gelak evil lg aku time tu. ouh bertambah-tambah seronok. sanggup dah sampai rumah aku tu aku pusing balik gi rumah die semata2 memenuhi HASRAT kakak aku. orang dah suruh makan kot nak tolak. rezeki tu. haha.



* ok aku setting elok je entry ni. sekali sume gambar kua dulu.. cite duk bawah. tak faham aku CPU PC ni.



Thursday, October 20, 2011

.: slurpppp :.


adoiyai.. muke naik jerawat la plak.



kesnye semalam member2 opis duk cite pasal aiskrim nilah.. MAGNUM. tp mase tu napsu lite2 je. sekali balik rumah online facebook tertengok plak si LIEYA LATIFF post pic bergambar dengan magnum. terus tergoyah nafsu aku. terus keluar then gi beli. beli 2je. satu makan masa perjalan balik. habis je satu terus bukak yang lagi satu. ngap..ngap.. perghhhhhhhh nikmat. siyes aku dah lama tak makan. aku selalo makan aiskrim ni dengan mr.zach mase kite orang jadi kawan baik. lagi2 kije dekat petronas p11 tu. kije aku dengan die pungggah aiskrim ni. kalau dulu ade classic & almond je. yang almond memang kite orang je yang tolong habiskan je. siap guna sistem bergilir2 belanjer. hahaha. memang best ingat balik masa tu. so semalam lepas makan aiskrim ni aku terus tidor. haha. terjaga pukul 2.30pg terus gi solat isyhak sebab tak solat lg. gilekn betul penangan aiskrim magnum ni.. haha..

Wednesday, October 19, 2011

.: Hunny Bunny Many Alfatehah Hany :.

CIK CU RINDU KO HANNY NI.....

siyes 2 3 hari tak jumpe die rindu gile. lagi2 die sangat senang nak jaga + die suke senyum bile di agah2. sekarang plak dah pandai merangkak makin seronok tengok die. mau kena gi rumah kakak aku ni astu suruh die masak kurma ayam. siyes tekak ni macam nak makan kurma ayam aje tapi kakak aku kena masak lah. so nak bodek pe kat die ni. hehe.

dulu die chubby, tapi sekarang dah kurus sikit, sebab demam. kenapa eik budak2 kalau demam boleh kurus? kan best orang dewasa a.k.a tua bangka demam boleh kurus. mau mintak doa je ni kalau kurus. hehe.




pic ni yg paling aku suke. si mata sepet. cik cu rindu kat bunny lah.. huhuhuhu




moga HANNY cepat sembuh dr CAMPAK. sbb nanti lau x sembuh CIK CU CAMPAR HANNY KAT TONG SAMPAH.. haha

.: bubur nasi :.



semalam balik dari kije, lepak depan tv tengok kartun. ishh skg aku ni mesti nak kena tgk cite kartun. tak faham pon ade, asal balik kije sure mengadap depan tv. sekali tengok iklan bubur nasi knorr tu. terliur ko, aku dah rasa macam makin parah kalau semua iklan aku tengok aku nak makan. nafsu makan makin gile. lantak lah kan, selagi boleh makan makan je.

sudahnye aku buat sendiri je, sebab malas nk turun beli. bubur nasi aku bt simple tp pedas nak mampus... ikut tekak sendiri memang pedaslah jawapannya. kat kedai tak akan dapat pedas macam ni. cili padi pon aku letak + lada hitam pon aku tumbuk2 then masuk dalam bubur nasi tu. muahaha.. berapi perut aku jap. isi dalam bubur cuma udang je yang aku letak. sebab nak habiskan udang yang ade. tunggu hari jumaat ni gi pasar malam beli lauk baru buat stok plak.

aku buat sikit je untuk perut sendiri makankan, 1 periuk pon tak habis. sebab pedas tahap aku tak boleh nak makan. hihihihi. sendiri rugi. tapi janji dapat rasa dari tak kan. kenyang jugak perut aku. setel makan pukul 8 lbh. awal gile aku makan. hehe.

Tuesday, October 18, 2011

.: Beger Bodoh :.


hari tu member office ade ckp balik rumah nak buat burger sendiri, aku plak masa tu telan air liur tapi fikir macam nak makan nasi goreng je. sekali balik dah masak sume nasi sudahnye nasi tak makan tapi duk gediks masak daging beger. aku buat beger bodoh, sian beger tu.. hakhakhak. beger bodoh utk aku masak dlm masa 10minit je. sekarang asyik lapar je. tak tahu sebab apa astu nak makan dan2 tu jugak. lambat je makan perut masuk angin. tension aku. so skg mr.zach banyak beli barang yang simple utk aku masak. tapi haram bini die nk masak. hahaha. astu pantang terfikir soal masakan ade je yang aku nak makan. buat tak pandai tapi makan pandai. kahkahkahk. sudahnye memudahnye kije, aku siapkan beger bodoh. zup zap zup zap siap dlm 10minit. haha. aku buat 3 layer. lantaklah tak nampak 3 layer pon janji sedap pd tekak aku. astu segala jenis salad tak ade. yg ade tomato je. belasah jelah. janji tomato tu sayur jugak. setel sume melantak depan TV tengok kartun, lepas makan bantai tido. terbaik tak bini lu Mr.Zach? mampus aku kalau zach tahu aku gitu. haha.

.: nasfu!!! :.

sebelum


selepas... licin.. hehe


lamakan aku tak update blog.. haha. sebab MALAS + CPU. so aku jadi malaslah nk update. tapi bile cite byk sgt pon aku jadi tak terupdate, banyak sebenarnya nak tepek kat blog tapi asyik postpone je. sudahnye tak update. hahaha.

sekarang mr.zach kate aku ni kuat makan. nafsu makan menjadi2. haha. mr.zach kata lagi aku makin gemuk. muahaha. (bile mase aku kurus tah, hahaha) sampaikan die dah tak mampu nak kawal. dulu before kahwin memang die kontrol + aku pon taklah gemuk sangatkan kang jenuh nak cr baju. tapi bagi aku nafsu makan aku tak pernah stop sejak dulu lagi. dulu kata nak diet pon aku tibai makan jugak. bezanya dulu disertakan dengan senaman. sekarang nk bersenam? tak ade maknaye. sudahnye mr.zach risaulah. nasfu makan mencanak2 tapi segala tok nenek senaman ko malas buat memang membebellah laki aku tu.

tapi paling mr.zach pasrah bile sejak 2 3 hari ni aku selalo makan roti canai banjir mamak. perghhh nala punye bile dapat makan. semalam pon lepas solat maghrib aku siap2 gi kedai mamak tapau roti canai kosong 3 keping. tapi sempat melantak 2keping. kenyang tahap ulor dah. lagi sekeping selamat msk peti ais. tak tahu bile nak makan balik.

jadinya semalam die mintak gambar roti canai banjir aku tu. motif? tak tahu, malas nak tanya. lantak dielah. sekali die reply 'jangan muka anak sy cam mamak ye yunk' muahahaha ouh tu yang ko risaw ye zach? hahaha. die lupa gamaknye yang bini die ni mix2 penang. (mix? hakhakhakhak.. mix fruit ye lah kot) ala dah bapak aku org penang, darah anak2 mami msti ade, tak banyak sikit. hakhakhak.. lantak ko lah zach, janji aku makan & aku perut aku terisi...

Tuesday, October 11, 2011

.: movie sepanjang OKTOBER :.




.: REaL SteEL :.

dah lama aku tak buat entry movie kan? sebab aku tak boleh nak layan dah. mr.zach tak kasi buat masa sekarang. reasonnye? entahlah die tak cakap. so sebagai isteri yang BAIk. aku akan dengar mr.zach cakap pe..... tapi lepas aku layan cite REAL STEEL ni dulu. hahaha...

yelah aku dah lame tak layan movie kt GSC. agaknye org GSC dah tak kenal aku. hakhakhakhak. mr.zach tak nak gi takpe. jangan dipakse pada orang tak mau layan movie ni. yang nak layan WAJIB kena terjah. lagipon kisah robot2 ni aku kena tengok. rindu gile masa sebelum kawin. kalau mr.zach tak layan, aku layan sensorang je. best woo layan sensorang. tapi lepas tengok harus cakap. selalonye mr.zach tak marah pon kalau aku layan sensorang. hehe.

sape2 nak tgk jom gi mane GSC or TGV kat tempat korank. aku terjah di Alamanda sajork!




banyak lagi movie yang duk tayang sekarang, hari2 duk bukak website GSC jelah kije aku, nak layan susah plak sekarang. dah berbulan aku tak tengok ni. sangat gian ok. hehe

Tuesday, October 4, 2011

.: rezeki pertama :.




alhamdulillah.. nilah rezeki pertama yang Allah beri pada aku & mr.zach lepas bergelar isteri pd mr.zach tapi ade cite lawak disebalik semua ni. haha



kisahnya, aku patut period 20hb setiap bulan, so 20 september 2011, period aku lambat. aku masa tu tak fikir kata nak pregnant ke pe. sebab normallah kalau lambat sehari dua aku ni. tp 5 hari lewat aku pelik la. sekali bile buat urin test (sendiri je) positif!!! aku mase tu nak kata happy pon tak, nak kata tak happy pon tak. terkejut pon tak. hakhakhakhak. sekali aku dediam tak bg tahu kat mr.zach. masuk hari ahad, mr.zach perasan aku tak period2. muahahaha. die beli pregnancy test kit kat aku then die sendiri buat urin test kat aku. muahahha.. nilah susah kalau bakal MLT ade kat rumah. mase die check opkoslah aku ada jugak, sekali bile dah tahu result, aku pandang mr.zach & mr.zach pandang aku. dua2 diam tak kata pape sebaliknya aku dengan die keluar bilik air macam tak ade pape. hahaha. masing2 siap-siap nak keluar. aku siap2 nak gi kerja & mr.zach siap2 nak balik IMR. memang tak bukak topic tu langsung. tapi kite orang still cakap masa duk siap2 tu. tapi kisah kete aku yang rosak.



siyes mase tu pon aku tak kisah je bile mr.zach tak sentuh pon isu pregnant tu. aku lagilah buat tak tahu. hakhakhak.



selang 2 hari barulah die tanya, aku dah check doktor belum. sebab nak tahu berape minggu. aku ni plak bajet dlm 2 minggu jelah kot. entahlah tak tau pesal otak duk fikir dua minggu. sekali aku gi klinik kesihatan & doktor check kata aku dah mengandung 5 minggu. sekali lg aku terkejut. tapi buat muka macam tak percaya. hambek ko dah 5 minggu rupenya. aku duk terlompat2 lah, angkat benda berat lah, lari kehulu kehilir dengan anak buah aku lah. ishhh boleh kata semua aksi yang bahaya je aku buat. hahaha. tapi bile dah tahu kate pregnant, tetibe aku bleeding. petang lepas jumpa doktor plak tu. sakit hati betullah aku dengar. sebelum tahu ok je, dah tahu dan2 bleeding.



malam keesokkan mr.zach balik rumah, die bawak aku gi ED Hospital Putrajaya sebab aku bleeding. bile check plak dengan doktor kat ED, die scan perut aku. wahhhhhhhhhh mase tu macam tak percaya je bile tgk kantung dalam perut aku. huhuhuhu. terharu pon ade. mase tu dah jnji tak lasak2 lagi, tapi selagi aku ni fyda rahim lasak2 susah nak buang okay. memang payah bile nak jalan lemah lembut, siyes semua tu buat aku rs macam bukan aku je. hahaha. tapi kena paksa diri untuk buat. sudahnya doktor bagi MC 2 hari kat aku. lepas dapat MC sume aku rest dekat rumah. alhamdulillah semua da ok sampai sekarang.


30hb plak aku gi E.P.A.U ( Early Pregnancy Assessment Unit )kat hospital putrjaya. bile doktor tu scan sekali lg dan resultnye aku dah 6minggu 1hari. so harap2 aku mampu jaga dan tak ade pape yang belaku sepanjang aku pregnant. Amin.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...