Thursday, September 22, 2011

.: aku tak tau lah nak letak tajuk pe :.



gambar cam bergoyang2? haha tu namenya teknik gegar.. ko boleh buat? tak bolehkn? orang yg ada MLG je mampu buat tekni ni. ahakz!


ok2 malas nk buat entry panjang2. so hari ni 22 September 2011, kat offie aku buat jamuan hari raya. masih lagi dalam mod syawalkan, so boleh kata hari ni office aku sume pakai duk baju raya. meriah gile tengok. kaler plak dah macam bendera malaysia. hehe. mod plak tok sah duk cakap lah pakat mod nk gi jamuan raya. hehe. pakat duk tengok jam bilelah nak pukul 11.30 ni. hehehe.

eh.. jamuan raya untuk kementerian lak bile? dah nak habis syawal dah ni.

Wednesday, September 21, 2011

.: ni kira hobi ke? :.



ade member office aku tanya ' ko dah lama kan tak tengok wayang fyd'. uwaaaaaaaaa ye sgt lama okay aku tak layan movie. sebabnya bulan 6 lepas aku dengan mr.zach busy nak uruskan hal kenduri kahwin, bulan 7 dah kahwin sempat tengok 2 3 movie je. kalau dulu aku layan movie 10 MOVIE dlm sebulan. bulan 8 hari tu plak puasa so lagilah tak tengok wayang ( kot org gi solat tarawikh ko gi tengok wayang.. tak sesuaikan) ingatkan bulan ni nak tengok wayang kira sesi membalas dendam sekali mr.zach beli dvd die kata layan je kat rumah. sekali beli 6 dvd ye. adoiiiii. TAPI dvd yang die beli semua cite yang aku dengan die dah layan kat GSC. macam orang lain, yang mana cite baru keluar beli dvd tapi untuk aku dengan mr.zach tak. movie baru tetap layan kat GSC. setengah orang kate membazir dah tengok beli buat apekan, tapi jenis peminat wayang macam aku dengan mr.zach tak boleh tinggal minat tu. haha. kalau nak tinggal pun mungkin 1 hari nanti kot. sekarang makin kurang sebab mr.zach final year kat IMR. so aku kena fahamlah nak buat macam manakan dah laki student ni. tapi lepas ni siap ko GSC. hehe. aku akan buat 1 hari layan 3 4 movie macam sebelum2 ni. hahaha. lantaklah orang nak cakap pe. dah minat. hehe.


so ade sape2 nk pinjam dvd aku? haha.. jgn risaw sume cite yang terkini ok. (yang lama2 pon ade jugak) anyone? ahakz!

Tuesday, September 20, 2011

.: makan kenyang sampai setahun:.





hahahaha.. kalau ade jenis gitu oklah. tapi aku rasa mana ade orang makan astu kenyang setahun. yang ade pon makan sikit tp pura-pura kenyang adelah. so aku ni dlm mood kenyang je. sebab ape pon aku tak tahu. ouh aku sekarang tak diet macam dulu. sebab? haha sekarang aku pemakan. dah kenyang2 pon aku bantai jugak. so diet kat mana? suahnya aku biarlah dulu.. layankan je perut. perut aku tengah ade nafsu makan tu. hehe




sebenarnya aku nak cite, pagi tadi aku teringin nak makan nasi dagang tapi POTONGGGGGGGGGGGGGGGGGGG lah sebab kat cafe office aku tak sedap macam org pantai timur buat, dalam tak sedap pon aku beli jugak pastu melantak jugak. ngeh..ngeh..ngeh.. nak harap aku buat memang taklah. so nak tak nak aku makan sampai licin jugak. haha. so skg kenyang tp still mulut tak berhenti-henti kunyah kuih. lagi2 member office bwk kentang rebus. (first time aku makan kentang rebus ni) takat makan ubi kayu rebus tu penahlah. tapi kentang pon ubi jugak kn? hehe. aku tak snap gambar kentang rebus yg member aku bawakkan tu sebab setting blog ni dah bengong kot. boleh upload satu gambar je. hehe. astu tak boleh nk edit2 gambar utk disekalikan. tak tahulah sebab ape. aku terra makan je. bab2 pc aku bukan tak terra tapi ciput je terranye. ok kalau korank terrrrrrrrrrrrtengok blog aku yg tak teratur ni janganlah plak cakap aku ni tak reti langsung (hahahaha) tapi pc ni kot da nak masuk tarikh luput. huhuhu

Tuesday, September 13, 2011

.: gediks!!!! :.






























































































ok sejak cpu ok ni. aku download sume benda so bolehlah nk update blog segala bagai. hahaha.. puas hati aku!! so nak cite kisah aku dengan member lama mase kat UiTM. plan nak jumpe kat rumah die. last jumpe masa tengok member UiTM kami jugak kat An-Nur, bangi tu. die jugak share tarikh kawen yang sama dengan aku.hehe. boleh kata tema pon sama. dari kat UiTM lagi duk sama2 tapi yang beza die lawa, aku 'lawa' lagi banyak dr die. hakhakhak. PANG sedas dua. sebab kawan UiTM aku ni jugaklah aku dapat kawan baru kat FB yang dekat rumah aku. beza dek block je. hehe



kisah malam khamis. aku dengan baru FB ni gi rumah die, open house(kisah makan2 open house aku tak ade gambar sebab pulun makan je hehe) + nak tolong pakaikan inai utk die. sebab? sabtu 10.09.2011 majlis kawen sebelah husband die plak. so aku pergi tolong makan + tolong pakaikan inai. hasilnye? hahaha silah tengok. kalau jenis pakai sticker memang lawalah ye. try ukir sendiri jadi tong sampah gamaknye. aku ukir plak dengan member sorang ni. muda dari aku. tp orangnye kecoh. hehe.


ok aku tak tahu pesal ape bile aku upload gambar tapi susunan die jadi tungang langgang. bile edit cun. skit preview macam neraka je kedudukannye. lantaklah. janji ade. CPU ok nk edit plak tak ok. ishh tak faham aku kalau guna pc opis yang banyak sangat bloknye. blok2 pon kena hack jugak. huh!





Thursday, September 8, 2011

.: raya..raya..raya..raya.. iloikeeeeeeee :.

ni kisah hari raya yang ke 6, aku balik ke rumah mertua aku di jengka hari sabtu petang. (ye balik plak ke sana dengan alasan otw nak balik putrjaya lalu phg so singgah dulu.. huhuhu) so aku bertolak dari rantau panjang (rumah BFF aku) sebab beraya dengan member aku tu. (idah sedap lauk2 kat rumah ko.. nanti ajak aku gi makan lagi ye. hehe) so bertolak dr rantau pajang dlm pukul 4 lebih dan aku sampai jengka pukul 1.30 pg. ouh bayangkanlah perjalanan aku macam mana. ok kisah tu aku cite entry jem berpuluh2 jam plak.

ni aku nak cite, hari raya kedua aku bersiap2 nak balik p.mas, sekali MIL aku kirimkan segala biskut raya yang die buat sendiri. MIL aku ni jenis tak suke beli biskut yang tunjuk2 ni. lagi2 MIL aku terra bab2 buat biskut2 raya, siap ade yang tempah2 lagi. nasib lah dapat 'MENGHANTU' yang dapat cop sirim malas tahap suam-suam kuku nak menggetil biskut raya. aku main order tak pon gi kedai kasi tunjuk je astu bayar. ermmm senangnye hidup ini. hahaha.


so MIL aku ni kirimlah macam2 biskut kat ma aku. tapi paling aku ketagih adalah biskut mazola a.k.a biskut kacang. perghhhhhhhhh memang super duper sedap MIL aku buat. (ouh puji MIL sendiri ye? hehe) jadi biskut yang telah dikirimkan kepada besan telah aku settlekan sensorang. hahaha. semua orang tak merasa biskut tu. hahaha. mr.zach pon tak sempat nak rasa langsung. memandangkan biskut tu sikit je jadi aku makan tak puaslah. hahaha. sebelum bertolak balik jengka dah pesan dekat mr.zach nanti nk suruh die mintak mak die buatkan biskut mazola tu lagi utk tapaw bawak balik putrajaya. hahaha. mr.zach pon angguk je tanda setuju. sekali bile dah sampai rumah mak die boleh mr.zach kenakan aku.. huh! jaga lu zach!! die cakp kat mak die yang aku mintak mak die buatkan biskut tu. SEKALI...

*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*


MIL aku buatkan untuk 'menghantu' die ni.. hehe.. TERIMA KASIH sekali lagi mak. tgk bekas tu macam beli kat kedai kan? wahal MIL aku buatkan. kan die bisnez biskut raya. tapi bukan MIL aku je tlg sediakan permintaan 'menghantu' die ni. SIL aku pon tolong jgk.


terima kasih pada tukang uli a.k.a kak chik sebab merealisasikan impiam kakak iparmu ini. hehe


dah kata raya tentulah buat biskut time raya, bukan buat biskut di bulan puasa. kan? kan?




sudahnye
0
x
0
x
0
x
0
x
0
x
0
x
0
x
0
x
0
x
9
x
0
x
0
x
0
x
0
x
0
x
0
x
0

jemput tengok biskut raya saya. ^_^




.: BBQ dihari raya keempat :.

ni kisah yang memang tiap2 tahun kalau raya puase ke raya haji ke kompem2 mesti ade sesi berBBQ yang adik badik aku plan. tapi utk tahun ni tak seramai tahun lepas. semua adik badik aku ade + sepupu sepapat join sama. sampaikan sapa2 lalu dpn rumah aku sure incik rahim panggil, kalau tak makan kat situ mesti incik rahim suruh tapaw. tapi untuk tahun ni cuma ada abg aku yg sulung dengan anak bini die + kakak aku dgn laki serta anak2 dia + aku dengan mr.zach dan ma abah aku sure kena ade. penaja utama tu. hehe.

walaupon tak ramai macam tahun lepas still jugak meriah, meriah dengan suara aku yang halau anak2 buah aku yang tak makan dek saman. suke bagi aku hangin taw. nak tunjuk baik dekat mr.zach pon tak boleh. haha. sampai mr.zach cakaplah jugak ' garang betul lu dengan anak2 buah lu kan?' jawapan aku senang je ' anak incik rahim kn ni' hahahaha.

untuk BBQ kali ni abg aku yang sulung plan dan belanja ayam. kakak aku sotong, kakak ipar aku ikan (byk gile jenis ikan yg aku sendiri tak kenal.. hehehe) aku? hahaha opkos aku tak perlu keluarkan duit. untung ok sebab aku adik yg bongsu. so kije aku paw dorang, soal dah ade laki tu lain cite. ade laki kes lain, paw adik badik kes lain. memang aku tak campur aduk kan. hakhakhakhak.. boleh? hahaha.

aku sebenarnya nak banje udang, tapi bile kakak aku cakap udang kat pasar mcm udang cacat je, so terus aku cakap ' eh.. da byk da.. tak payah beli udang nanti membazir' ahakz! haha

bab gi beli barang2 nak BBQ ni kakak aku settlekan, bab2 siang segala bagai ma aku settlekan, bab peram ayam segala bagai ni kakak ipar aku yang settlekan, aku tak dpt nk tolong. sajekan dorang tu nak jadikan aku lagi pemalas, wey.. wey... jgn ckp aku saje tak nak tolong ok, aku tolong jugak, aku tolong jaga anak2 buah aku yang owez suke gaduh dengan aku, sampaikan mr.zach geleng pale. hehehe. tolong jugak dari tak... hihihi

cite panjang2 pun buat malas orang baca, so korank tgklah gambor yang base2 dihari raya ke-empat dari aku. hehehe.

ni sapa yg tangan tak berseni ni? tak reti susun ikut 'family' die. nak aku jugak yang susunkan. ishh sshlah jadi org seni ni. ahakz!

nampak anak buah aku yg pantang bile aku acu je enset nak amek gambar. ishhh sebijik mcm ayah ngah die. (haha tuduh org lain)

bile mr.zach yang duk bakor ayam sibuk anak buah aku g hurung duk panggil2 'pak su.. paksu.. paksu...' haha lu layan jelah anak buah wa B..

ya Allah 'slim river' nye laki aku ni. hehe

ko nasib baik sebab orang hanny bunny.. kalau ayam sure aku makan peha ko.


tok tuo nga anok natu
tapi abah aku tak pakai baju kaler mcm mr.zach ye. kang korank ingat die pakai baju plak. hehe.. i'm sorryyyyyy.. ore sayam ko abah eih.. gura jah. tapikan kalau aku ade kat situ, sure mr.zach yang paling putih. huh!

bile turn aku yg duk bakor ayam plak, korank tgk ade tak nampak anak buah aku? haha.. aku perambat dorang duduk kat tangga. haha.

sudahnye aku halau anak buah aku masuk dlm rumah, sebab ganggu aku je. boleh time2 tu jugak dorang nak bg teka teki tentang ayam yang aku bakar. tak ke hangin aku sebab tak boleh jawap. haha

aku dengan mangsa BBQ.
(aku ni tak peknen lg tapi perut dah muncit.. adoi la.. ssh tol MLG dah tak ade. hehe)

Wednesday, September 7, 2011

.: macam @$%&^&()&*%^!!!! arghhhhh :.

macam sial je PC ni. semua pon tak boleh buat. macam haram jadah je.!!! huiii bengang gile aku dgn PC ni. PC plak zaman sebelum merdeka. satu hape tak boleh. rimas gile aku dengan pc ni. nak copy n paste pon tak boleh. nak klik pon kena beribu kali. bengong!!! arghhhhhh vavi lah.

Tuesday, September 6, 2011

.: Aidilfitri 2011 :.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA.

syawal ke 8 barulah dpt nak update cite tentang pagi raya aku. hehe. tahun ni first time aku beraya jauh dari family di kelantan (cite macam family duk obersea je. haha) dan raya yang pertama untuk aku yang bergelar isteri pd Mr.zach. so sebagai isteri dan menantu yang BAIK (hahahaha) aku beraya di rumah mertua di jengka, Pahang. aku gerak balik Jengka 27hb petang untuk berbuke puasa dengan family mr.zach. sepanjang berpuasa aku dgn mr.zach tak berkesempatan nak berbuka dengan family die.

raya tahun ni plak aku dengan mr.zach menyambut dalam kesederhanaan sajer. baju raya aku pon beli last2 nak puasa. tu pon aku rembat kat area office. janji ikut baju melayu mr.zach. tema aku yang sebenarnya kaler soft yellow (tapi bile tgk macam kaler cream). sekali bile balik pahang tengok MIL aku dah belikan baju kurung untuk aku. hahaha.. TQ ye mak lain tahun boleh beli lagi. hehe. so nak tak nak aku setuju je utk beraya ikut tema. dah semua beli baju yang same kaler kot aku sensorg nak pakai kaler kuning.. sangat BERDAULAT la aku kalau pakai jugak. hehe.

tapi nak dijadikan cite, aku dengan member2 office pergi beli tudung FAREEDA kat bangi, lagi2 FAREEDA ada buat sale gile2. mase kat sana tertengok tudung kaler kuning + oren2 skit tapi tak beli. hati dah berkenan tapi takut tak ngam dgn baju aku + was2 nak pakai tudung FAREEDA bagai, wahal before ni aku pkai tudung cap IKAN, ala tudung BAWAL je. hehe. sudahnye balik dengan tangan kosong. bajet tak ingat dan terbayang2lah sekali NON HADO okay.. balik rumah duk terbayang2 lah kat tudung tu. hari sabtu aku nak gi beli jugak tapi tudung kaler tu DAH HABIS. hambek ko. terkial2 aku duk kat situ. memandangkan dah terdesak (hahah walla.. terdesak tu) aku rembat tudung yg boleh msk dgn kaler cream + kuning janji ade adalah sikit.

tapi aku tak menyesal beli kaler biru + hijau + cream kuning tu sebab MIL aku beli baju raya kat aku ikut tema BIRU. hahaha. selamat aku. silah tengok keluarga CELCOM aku ni.hahaha


tapi paling best bile FIL aku majuk dengan MIL aku sebab kaler baju melayu die lain daripada anak bini die. hahaha, mase tu semua orang duk kata baju FIL aku sama. tapi memang betul pon kaler baju FIL aku lain tapi taklah ketara mana pon. hehe. die duk pulun beli baju semua orang sudahnya baju untuk die saiz tak ade. hehehe. ptg sebelum raya tu 1 family keluar pergi cari baju melayu utk FIL aku. last2 memang tak ade kaler sama macam kite orang, so nak tak nak terpakse beli jugak kaler yang akan2 nak match dengan kaler baju kite orang. MIL aku nak sedapkan hati husband die siap cakap lagi ' ala abang punya baju sama dengan kain ani kan, kira match jugaklah'. hahaha kain je? tak pe abah, baju melayu abah kaler lain pon tetap aku bangga ade FIL macam die. siyes memang best ade FIL yang memahami macam die. hehehe.


family sebelah mr.zach



time ni SIL aku duk panggil2 suruh amek gambor tapi time tu aku duk betulkan tudung sudahnye tak ade gambor aku.



nenek dengan cucu kesayangnye. huhuhu



laki n bini. haha


aku selitkan sekali gambar masa hari raya kedua ye, time tu otw nak beraya rumah kwn mr.zach kat Kota Bharu. (kwn die lagi ramai dr kwn aku yg duduk kat kelantan, hahaha). so aku terpaksa buat ULANG TAYANG tudung yang sama. sebab memang aku beli tudung ni nak pakai dengan baju kurung kuning tu, sekali dah MIL beli baju lain. so tak sempat nak cr tudung lain untuk baju ni. tak pelah kan. da alang2 tudung paling mahal aku beli, jadi kasi lenjan sampai koyak rabak. hakhakhak..



+



semua org letak pic gediks2 so aku letak pic ni. tapi ni pic bukan gediks tapi pemalu -malu gitu. PANG! haha.. da2 g tgk blog org lain plak. entry BLUE TEAM dah habis. =p


utk family tercinta aku di kelantan, tema dorang adalah berjubah. ma abah aku beli jubah untuk anak, menantu dan cucu. aku dengan mr.zach pon ade tapi dah beraya di jengka tak dapat nak berjubah2 dengan family aku. tak ape tahun depan turn balik raya kat pasir mas plak. mr.zach take note okay. jgn mengelat lagi ok. hahaha...






.: September :.

SEPTEMBER 2011


MAD GHOST (THA)

(JFF) ABOUT HER DROTER (JAP)

(JFF) DOUBLE TROUBLE (JAP)

(JFF) HAPPY FLIGHT (JAP)

(JFF) RAILWAYS (JAP)

(JFF) THE DARK HARBOR (JAP)

(JFF) YOUR FRIENDS (JAP)

RAYA TAK JADI (MLY)

(JFF) I JUST DIDN'T DO IT (JAP)

(JFF) MAI MAI MIRACLE (JAP)

(JFF) SAWAKO DECIDES (JAP)

(JFF) SECOND CHANCE (JAP)

(3D) MAYDAY 3DNA (MAND)

JOHNNY ENGLISH REBORN (2D PON ADE JUGAK)

DRIVE

CITY ON FIRE

WARRIOR

1911 (CANT)

ADDUCTION

BINI-BINIKU GENGSTER (MLY)- aku tak blh tgk movie ni sbb aku seorang isteri yang baik. hahaha.

TWO LEGGED HORSE (PER)

MACHINE GUN PREACHER

THE SORCERER AND THE WHITE SNAKE (CANT)

(3D) FRIGHT NIGHT

KILLER ELITE

LIBAS (MLY)

DREAM HOUSE


ok sape2 yang nak tengok wayang kat GSC.. sile lah pilih movie mana sbb ni utk list movie utk bln september. ok tang JFF tu siyes aku tak taw pe maksudnye. tapi list movie ni byk plak cite dr jepun kan.. kompem aku tak layan plak wayang bulan ni. hehehe


sumber: gsc, alamanda.

.: tunggu ar ko lepas ni!!! :.

2 minggu aku tak update blog? perghhh paling lama tak update. hehe.. yelah mood raya kan. tapi masuk raya ke empat aku nye mood nak update blog terbantut. cite bersepah ni nak kasi story tapi aku plak banyak kije yang kena buat. sekali dah masuk office nak lah update kisah2 raya.. tup-tup terlupe CPU aku yang baru ni buat hal jugak. APA PON TAK BOLEH!! so tak dapat nak update jugak. tak pe malam karang aku kasi entry panjang2. balas 2 minggu tak dapat nak update. duk peram lelama sudahnye jadi pekasam. kalau boleh makan tak pe jugak ni pekasam yang masam sudahnye tak update jugak. kalau lepas ni korank TERBUKAlah blog aku pastu tertengok entry panjang2 macam org gile berblog tu maknanya aku tengah GIAN nak update. hahaha.. entry ni tak ade gambar raya ke, gambar kete berderet sebab jem ke, gambar papelah. korank bace je. kasi tajam sikit skill membaca korank utk hari ini. SEKIANNNNNNNN.. haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...