Friday, May 27, 2011

.: bile nak akhir bulan MEI makanye.........:.

list bulan june akan keluar. haha. macam base org gile tgk movie mcm aku ni. kalau tak update bende2 gini agak resah jugak. PANG! haha.

KL GANGSTER (MLY)
HENRY'S CRIME
SUPER 8
HOODWINKED TOO! HOOD VS EVIL
DYLAN DOG: DEAD OF NIGHT
THE GREEN LANTERN
(3D) THE GREEN LANTERN
BLITZ
LADDA LAND (THA)
3,2,1 CINTA (MLY)
SACRED AND SECRET
SEKALI LAGI... (MLY)
MONTE CARLO
TRANSFORMERS: DARK OF THE MOON
(3D) TRANSFORMERS: DARK OF THE MOON



ok2 tu semua list movie untuk bulan JUNE 2011 ok. tp skg kn da kua cite kartun si mate lobam tu.. KUNFU PANDA.. astu kalau cite melayu cite KARAK. da2 korang gi terjah je. tapi paling sedih.. tak nak tengok cite yg aku n mr.zach duk tunggu, tak dapat tengok abg si OPTIMUS PRIME. uwaaaaaaa..


.: tekanan..tekanan...:.



tekanan weyyyyyyyyyy!! TEKANAN........
adoi susahnye kalau jadi mcm ni. mintak nyawa.. !!mintak nyawa..!! aku perlukan semangat.. ouhhhhhh datanglah semangat pd aku.. datanglahhhhhhhh... kalau tak aku kena gi cari semangat kat ALAMANDA nampaknye ni. eh~ =p



tapi aku kalau stress pon tak lah nak buat gini.. haha.. kalau gini mau org muntoh ijo tgk lelemak aku. hakhakhakhak..


Tuesday, May 24, 2011

.: sold out :.

dari minggu nak tgk cite KONGSI sampailah minggu LANUN ni.. sume tiket sold out kat GSC alamanda.. hari minggu tok sah duk kate lah.. lagi tak adooooo. aku? haha selalo aku mmg cepat gi beli or booking. tapi sejak cite si PIRATES n NUR KASIH THE MOVIE aku tak gi beli o booking. sebab? haha. aku tak berapa nak tgk sgt cite2 tu. kira tengok boleh tak tengok pon tak pe. tp memang sold out kt gsc manda tu.. fapak ramai gile manusia. aku dari atas foood court(RASA) pon boleh tgk orang ramai ke GSC. fuhhhhhhh!!!




.: minggu lepas minggu berLEMAK :.

nasi goreng mse ri minggu (mase duk opis nasi berlomak ye + kuih muih ade dlm 5bijik) haha. adoiii..

meggi 4btg cili name nye. haha


rojak yg tak pasembur lsung tp ttp boleh telan. nyum..nyum..


big apple por big stomach. haha



mekdi 1 set medium 'pilit o pishhhh'


ok2 malas nk cite panjang2 sebab ni pun aku curi2 update kat opis. (sejak bile tahnye curi2 b4 ni relaxxxxxxxxxx je..) haha.. citenye sangat simple dan senang untuk faham. minggu lepas minggu aku langgar janji.. aku makan dari pagi-tgh ari-mlm-pagi selama seminggu dan kesannye naik 3kilo. muahahha.. fadan vuka aku.. tak pasal2 kena berkayuh plak aku lps ni. arghhhhhhh..

nah tgk lah menu aku makan dari pagi-mlm selama seminggu. tu bukan jenis yg makan time lapor da tp time kenyang pon aku still makan jgk. fuhhhhhhh!!! gilo napsu makan aku ni. jin pon takut. haha. ok tu je.. da~

.: memalukan :.

Sepasang remaja berpelukan dirakam pihak penguasa Jabatan Pembangunan Insan MPKB-BRI di Taman Perbandaran Tengku Anis, semalam.
Sepasang remaja berpelukan dirakam pihak penguasa Jabatan Pembangunan Insan MPKB-BRI di Taman Perbandaran Tengku Anis, semalam.
Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat jadi medan berahi

KOTA BHARU: Pengunjung Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat di sini, kesal apabila taman awam yang dibina Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk beriadah dan menghabiskan cuti hujung minggu dengan keluarga, dicemari perbuatan segelintir pasangan remaja yang melakukan adegan tidak senonoh.

Malah, remaja itu sanggup bersembunyi di kawasan terpencil taman awam berkenaan sebagai tempat memadu kasih bersama pasangan masing-masing walaupun kemudahan awam itu dikhaskan bagi kegiatan beriadah penduduk bandar Kota Bharu.
Tinjauan Berita Harian ke taman itu mendapati ramai pengunjung datang berjoging, selain ibu bapa membawa anak masing-masing bermain papan gelongsor, buaian serta kemudahan kolam renang untuk kanak-kanak dibina MPKB.
Namun, segelintir pasangan remaja sengaja mengambil peluang menyalahgunakan tempat awam itu untuk melakukan perbuatan tidak sopan seperti bercumbuan tanpa segan silu dilihat pengunjung lain yang sedang berjoging di sepanjang laluan kira-kira tiga kilometer trek pejalan kaki.

Malah, ada di antara pasangan sedang asyik bercumbu itu tidak menyedari perbuatan mereka dirakamkan anggota penguat kuasa Jabatan Pembangunan Islam (JPI) MPKB yang kerap menjalankan rondaan.

Seorang pelajar Politeknik Kuala Terengganu, Nor Aznie Effatin Azid, 21, berkata dia kerap berkunjung ke taman itu bersama ahli keluarga untuk beriadah terutama pada waktu petang sambil membawa adiknya yang kecil berenang di kolam.

"Namun, amat memalukan apabila segelintir remaja datang memadu asmara dengan pasangan masing-masing dan mereka duduk di tempat tersembunyi berhampiran kandang rusa di belakang taman ini," katanya.
Nor Aznie Edffatin, berkata perbuatan pasangan remaja sengaja melakukan perbuatan tidak sopan itu boleh menjadi ikutan kepada pengunjung remaja lain, selain pengaruh tidak baik kepada kanak-kanak yang mungkin terlihat kelakuan serong itu.

Pendapat itu turut disokong Pakar Pergigian Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Rozita Hassan, 42, yang meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) MPKB lebih kerap memantau persekitaran taman itu.

"Taman Perbandaran Tengku Anis ini satu-satunya tempat beriadah penduduk bandar bersama keluarga kerana mempunyai pelbagai kemudahan lengkap sama ada untuk golongan dewasa atau kanak-kanak.

"Namun, saya kesal kerana masih ramai golongan remaja menyalahgunakan kemudahan awam ini untuk melakukan maksiat seperti berasmara yang pastinya memberi imej negatif kepada pengunjung lain," katanya.

Beliau berkata, orang awam tidak boleh 100 peratus menyalahkan MPKB kerana remaja yang terbabit perbuatan sumbang di tempat awam itu disebabkan kurangnya didikan agama dan kegagalan ibu bapa mendidik mereka.

Sementara itu, Setiausaha MPKB, Mohd Anis Hussein, berkata sejak Januari hingga Mac lalu, pihaknya mengambil tindakan mengkompaun 127 remaja di bandar ini dengan kutipan RM29,490.

Katanya, mereka ditahan di taman awam, pasar raya, lorong gelap sekitar bandar, selain di sepanjang hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini antara jam 5 petang hingga jam 12 tengah malam menerusi Operasi Bersepadu dengan kerjasama Jabatan hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK), polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan.

Mohd Anis berkata, pihaknya akan melipatgandakan usaha bagi membanteras kegiatan sumbang itu supaya imej MPKB sebagai Bandaraya Islam tidak tercemar kerana tindakan segelintir remaja.

*sumber berita harian.

yang aku herannye tu.. ko pakai baju kurung + tudung astu bt bende2 tak elok.. baek ko telanjang bulat je mase tu. bengong!

Friday, May 20, 2011

.: cer baca.. cer baca :.

sebab aku busy.. jadi aku copy paste cite ni dari email yg aku dpt td. ok kalau korank boring2 leh baca.. tak nak baca sudah.. da~


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya...

Thursday, May 19, 2011

.: jum jadi macam si MAYA KARIN:.

hehe.. korank rasa lawa tak si maya karin tu? bagi aku muke die gile2nye suwittttttt.. suke tgk.. tapi kalau sesiapa nk jadi mcm MAYA KARIN silalah polo cara die

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


dengan minumlah Innershine. haha

pati berry utk siang & pati Prune utk malam b4 tido.. aku selalo amek bile eyebeg (tol ke aku eja?.haha) aku mcm org baru kena belasah. bagi aku menjadilah.tapi tak tahannye. habis je 2 kotak (aku beli 6btl dlm satu kotak) so habis 2 kotak tu.. kesan eyebeg akan nampak tapi taklah macam baru lepas kena belasah. sekotak utk 6botol dalam 23hinggit utk prune n 22hinggit utk berry. yg beh prune sbb taklah masam sgt. yg berry rs masam skit. tp ok je aku telan. hehe. (baselah aku sume telan tgk bdn ar) kahkahkahkah.

so sape2 nak lawa macam si MAYA KARIN try minum.. aku da minum n da lawa so tak pyh nk jadi macam die. haha PANG!

Wednesday, May 18, 2011

.: pengkritik lah sgt ko tu :.

ok2.. aku da lame tak update blog, bukan tak ade cite tapi BUSY. (haha.. sangatttttttttlah.. )

ok skg aku nk cite ttg cite FARID KAMIL. tak suke? tak pe aku suke je die. haha(suke! suke! ) so memandangkan si farid kamil tu pelakon pujaaan hatikuuuuuuuuuuu... maka haruslah segala cite arahan dan lakonannya aku kena tgk. terbaru cite arahan FK, KONGSI.. da tgk? gud.. sebelum aku nk cite nk kasi ucapan TANIAH kat FARID KAMIL ttg cite tu yg tayangan hari pertamanye mendapat kutipan 1.1juta. (ko bajet FK baca konye blog? tak adenye..) hehe. patutlah kat GSC Alamanda (mmg situ jelah aku gi pon) mmg FULL BOOKING N SOLD OUT. aku kne beli tiket hari ni & tgk esok. macamlah lah cthnye. patutlah 1.1 juta utk hari pertama tayangannye. sume tempat plak tu. ish..

tapikan minat, minat jugak.. sesi kritikan oleh peminat yg tgk harus ade.. hahaha. bukalah aku ni bgs nk kritik ape.. cume ending nye macam kureng sikit.. bagi aku FK amek si Shaheizy Sam tu bgs.. sbb sume watak TUMULAK yg die pegang mmg terbaik( wlaupon gaya org siam ckp macam tu tp die ckp agak keras..) tp okah die ckp kira menjadi jugaklah aksi die? mmg beh. lagi2 bab2 die tgh berlawan. mmg beh tgk.. cume jln cite yg base dan pemilihan pelakon yg base je.. (da bt cite lawak kompemlah gengster pon kne muke lawak kn..) ok yg tu no hal.. bg aku tu jelah.. yg lain ok kot. dari mula cite sampai akhir cite tak banyak gelak sgt.

so keseluruhan cite ni bagi aku.. BOLEHLAH.. TAK BORING. LAH JUGAK (pe yg aku komen n kritikan tu dari ape yg aku tgk..) korank aku tak taw.. so sape2 yg tak pergi tgk lagi.. silahlah pergi tgk..




suke die sbb die boleh belakon mcm2 watak. (dan2 lah ko fyd) haha

Monday, May 9, 2011

.: saya minat AWAK :.

hahaha tetibe aku buat entry psl bola The Red Warriors, okay sape2 yang tak suke pasal bola sepak kelantan or tak suke negeri kelantan SILA KELUAR DARI BLOG NI. ouh tu bukan marah tapi yelah da tak suke kot nak baca kan? muahaha.

aku bukan nak buat entry tentang games kelantan vs negeri sembilan tadi. berape goal utk kedua2 team tu pon aku tak tahu. tapi da gediks nak buat entry sebab pe? haha sebab aku ni MINAT dengan KFCM tu ala si penjaga gol negeri kelantan. (minat ok bukan suke) so tadi mase duk tunggu kat airport Sultan Ismail Petra aku lepak sambil makan dengan mr.zach kat KFC, sekali mata ni duk tengok 3 orang mamat yg duk pakai baju ala2 baju team bola sepak, wahal mase tu aku pon tak kompem ye ke tak, yelah yg aku tengok org yang pakai baju tu badan kecik2 je. besar lagi badan aku. haha. dlm hati duk fikirlah kot2 salah. lantak ar.. aku lepak jugak sambil makan.

flight aku pukul 3 dari kota bharu ke k.l, so mase tu pukul 2 .10, dah habis makan, tungu nak gi check in jelah sambil nak solat zohor, sekali kena masuk sebelum 2.20. aku tengok mr.zach n die tengok aku, aku ajak die terus gi check in astu baru cari surau. settle sume aku gi surau.. nak jadi cite.. aku habis solat keluar je.. terus nampak pemain2 bola sepak kelantan ni. mase tu ternampak norshahrul idlan talaha duk borak2 dgn si khalid jamlus, aku relax je lagi, sekali tertoleh ternampak plak Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek. muahaha.. mase tu da macam kena ulat bulu, tak senang duduk. kejap padang belakang (apek duk belakang) kejap toleh depan.. kuakan camera bagi kat mr.zach suruh die amek gambor aku dgn si apek tu. hakhakhak. tapi mase tu si apex duk berSMS.. dgn sijejariruncing kot.. hehe.

bayangkan mr.zach mcm tak percaya tunang die da macam org gile duk nak amek gambor dgn si penjaga gol tu... hahahaha. aku pon tak tau sal gediksnye nak bergambar dgn KFCM tu. hahahaha.. sudahnye mr.zach ckp pergi jelah.. aku plak gediks kate 'ala segan nye' hahahha. cam sengal je aku ni bile fikir2 balik. ade dlm dekat 15x aku duk toleh tgk si apek tu. kahkahkahkah. dan mase tu jugak lah si apek tu tgk.. gamaknye die ckp dlm hati. pehal lu minah nk tgk2 wa byk2 kali? haha.. adoi. tak pnh aku macam tu. punyalah minat kat die. tapi bukanlah beria sgt (tak beria lagi? da ternampak apek macam beruk mayeh pon ade aku ni) kahkahkahkah.

sudahnye tak bergambar jugaklah aku dgn si pengaja goal tu. mase tu dipanggil2 masuk dlm perut kapal torobang hah, muka frust aku memang jelas wey. mr.zach gelak je kat aku. yelah da suruh gi bergambar gediks nak segan bagai. sudahnye non ado pic dgn Khairul Fahmi Che Mat tu. aku plak bajet dorang naik flight lain lah.

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



sekali bile dah ade kat dalam tu, tetibe tgk pemain2 bola The Red Warriors masuk jugak. muahahaha. muka suda ade suyum ma.. seat aku 17A sekali si apex seat die 17F memang bukan sebelah aku tapi sebaris dgn aku. suke! suke! suke! die plak tengok aku mase aku ralik duk tengok die.. die senyum.. (mesti die cakap dlm hati.. ala minah ni lagi) lantok ar kome!!! mase tu mr.zach terus bg camera kat aku. (hahaha macam taw2 aku da setat nk gediks balik) terus amek camera menonong tegur si apex yg memang duk tengok aku.. haha.. 'boleh amek gambar tak? hahaha sekali die ckp 'boleh' sambil senyum. muke aku ceria dowh. hahaha.. adoiyai.. sgt2 sengal aku rs tapi puas hati dapat amek gambar. walaupon sekeping. niat nk bergambar dgn apek berdua.. sekali ramai plak yg pemain2 bola masuk. terus ckp thanks n balik ke seat aku. hahaha. siyes aku rs mcm poyo gile nk bergambar dgn die. kahkahkahkah. die mmg relax je. aku ni yg gelabah. hahaha. arghhhhh janji aku da jumpe.



see..see.. tapi tetibe aku terminat plak dekat mamat sebelah apek.. aduh.. sape nama awk? hakhakhakhak...



time ni aku yg tak boleh tidur.. drg tidue je. ape lagi amek gambor.. tapi si apek xnampak ar.. xpe.. janji yg seat 17D ni nampak. hahaha.




pic sebelum tahu si apex duk sebaris dgn aku. melayan lah mr.zach bergambor. kalu tak xkose aku nak amek gambor dlm kapal torobang wey. haha.




Thursday, May 5, 2011

.: lagi & lagi?????.. suke!suke!:.

muahahaha.. gelak nikmat.. pe yg nikmat? haha.. berat badan aku turun lagi 3kilo. berkat malam tak makan nasi. tapi pg + tgh hari makan nasi. hahahha (patut pagi mkn kuih tapi aku mane boleh tinggal nasi..) dek kerana tak berape nak displin bab2 nasi aku terpakse displin bab2 senaman. balik dari keje, haruslah aku menunggang basikal. naik basikal dalam rumah sajork ye.

cuma aku kena tahulah kuantiti nasi yg aku makan tu berapa kalori. sebab aku tak mampu nak bakor banyak2 (malas ok.. haha) jadinye aku amek nasi dlm kuantiti yg sikit dan lps makan aku akan kayuh basikal sampai 200-350 kalori untuk di bakar.(haha mcm nk buat biskut lak) sikit kan? hahaha sikit tak pe janji terbakar lemak2 degil ni. lps berpeluh aku akan minum air yg banyak untuk ganti balik + mkn buah apple hijau. (ok ni aku tak pakai teori sape2 o dari mana2 sebab aku selesa cara gini dan buatkan aku cepat turun, so aku gunalah. org lain aku tak tahulah)

bukan senang nak dapat body lawa kn?. aku bukan nak lawa sgt ckup buat aku rs nak body masa uitm dulu je. aku naik basikal dan bakor kalori sampai angka 100 pon azab..(gemuk mmg gini) so caranye kdg2 aku layan cite tansformers dari mula sampai habis cite tu (cite ni beribu kali aku sanggup tengok). so cite tu ade dlm 2jam so aku dpt bakar dlm 500-1000 kalori sambil layan cite tu. (tapi siyes aku ckp.. lemah lutut + sekali je aku buat hahaha). sebab? huii dgr 1000 kalori mmg beh tapi azabnye yg aku tak tahan. ckuplah bakar 500 kalori pon dah ok. buat hari2 lagi ok. janji pandai urus tang makanan + senaman. org lain aku tak tahu tapi aku so far ok. bayangkanlah makcik kedai nasi ayam yg selalo aku gi beli boleh ckp 'ehhhh awak da kurus SIKIT' oklah makcik janji kurus walaupon sikit dari tak ade langsung. hahaha..

tapi aku bukan berharap sepenuhnye pada basikal je. aku kdg2 akan gi rumah kakak aku utk berlari atas treadmill (high-tech motorizft treadmill) tu model treadmill takasima kakak aku beli da lama tapi aku baru nak guna + mr.zach belikan dumble (2lbs) untuk aku.


nilah basikalnye. haha. nampak base je kn. tapi boleh buat aku berbangga. walaupon macam org bodoh je naik basikal tapi basikal tak gerak nilah buatkan aku turun berat badan dlm mase 2minggu aku trun 3kilo (ok la kn).



cuma basikal ni je aku leh angkut dgn kete aku. nak angkut treadmill dgn kete aku? ouh tak dapatlah.. berat + besau.. jadi aku gi je umah kakak aku kalu nak berlari atas treadmill tu. barang kakak aku same seperti barang milik aku. PANG! haha.

cabaran + dugaan kuat tapi bile fikir tentang sentap yg pernah aku rasakn dulu, aku teruskan. dan hasil tiap2 minggu aku dpt walaupon cuma 1kilo. ditambah plak semangat untuk ke S for small tak akan aku sia2 kan. lagi 11kilo fyd!!! ^_^




ok ni bukan entry nk bangga o riak ke pe.. tapi rasa puas bile berbaloi dgn ape yg aku usahakn.. gambar? da kurus baru aku tayang pic ok. masih byk nk kne usaha ni. mr.zach sila tunai janji anda bile sy ke anggka yg diharapkan tu. muahahahaha. masaklah ko zach! =p

.: macam biasa lar.. :.

ok macam base lah.. blog aku kalau tak ade update cite2 kat wayang nun mmg bukan fyda rahim lah.. haha. susah aku nak tinggal hobi dari zaman uitm dulu.

sejak awal tahun ni aku bukan tak pergi langsung tgk wayang, pergi je tgk. tapi sekarang tak sekerap macam dulu lah. sebab? bz (pe yg bz? ade ar..hehe) so last aku tgk cite THOR n FAST FIVE (fast n furious 5) dua cite ni buatkan aku semangat (haha semangat nak buang tebiat mcm dulu,sari boleh tgk sampai 3movie non stop.hahahaha ) jadinye da semangatkan haruslah aku n mr.zach tengok sume cite sekali harung dalam cuti 3hari. haha. sudahnye lepak rumah je hari isnin. sesape yg tak tengok lagi dua cite ni gi ar tgk. sgt bestttttt!!!


aku layan cite THOR (cite komik asalnye) dulu sebab mase tu baru balik dari kulai. mr.zach ajak tengok awal2 sebab die nk exam. so org dah ajak mahu aku nk tolak? lagi2 hobi habiskan duit kat GSC. haha. mase ni Fast 5 sume habis.


lepas tu baru aku layan tgk movie fast five. mmg terbaik cite ni. sgt2 suke. rasa macam blackgolast aku tu da jadi kete si DOM. haha.. (myvi je fyd!! tak pyh veranggan) hehe.




ok gambarni aku letak sebab mr.zach hangin kate aku asyik letak pic die je. hahah.. a'ah aku baru pasan asyik gambar die je aku tepek. ok2 so aku letak jelah pic ni. ssh ok nak amek gambor berdua sbb tak ade sape nk tlg amek kan. hahaha.


da~da~ korank pi tgk movie yg aku bagi tahu tu.

.: 4986????? :.

salam..
wahhhhhh hari ni mod bagi salam la plak. hehehe. ok2.. kisah hari ni adalahkisah mod aku. ye mood.. mod aku nk bg hadiah pada sesiapa yg jengah blog aku ke 4986. pesal pilih no tu? aku nye sukelah da aku yang nak bagi hadiahkan? PANG! hehe. aku pilih sebab aku suke. tu je. haha.. hadiahnye? hehe tak mahal dan tak murah janji ikhlas aku nk bagi. (ingat senang ke aku nak bagi hadiah? takade maknenye nak bagi kalau bukan ko kawen o bufday ko..jgn hrp aku nk bagi hadiah bagai.hehehe). 'hadiah' ni uncle aku beli mase die gi holland. aku dapat jugak tapi adelah terlebih satu. dari tak tahu nak buat pe baek bagi kat org yg ke 4986. (cehhhhh macam blog ko ramai sgt lah nak tgk. hakhakhakhak..ye2 aku taw tak ramai ponnnnnn) tak pelah tak ramai pon aku ok sajork. yg kawan2 sediaada pon boleh bg. tapi da kate ade terlebih satu kot nk di kerat2. jadi untuk adil aku bt gini. sape yg bertuah dapat terjah blog aku kena plak mase angka tu 4986 akan aku bg hadiahnye. ape hadiahnye? nak tgk dulu baru nk terjah? hahahaha sory!! tak dapat nak tayang bagai ar. nak hadiah.. kasi terjah ar. tak nak pon tak pe.. tak pakse. hahaha..

Wednesday, May 4, 2011

.: marah!!!! :.

ye aku sdg marah..
kat sape?


kt lappy aku + 'berukband maxis' aku ni hah..(mmg da boleh gi terjah maxis centre ni..huiii) da seminggu aku tak dapat nk update blog sbb dua bende alah ni lah. banyak entry nk tepek kt blog ni hah... (hahaha banyak sangatttttttttttttttttt lah ko fyd!!) ni pon sebab kat opis baru dpt nak update blog. uwaaaaaaaaaaaa... tapi tapi tapi tapi entry yg ni aku tepek satu gambar je. gambar mase ke kulai, johor...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tak payah scroll beria2.. pendek je * ni. hehe
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tapi bile tengok pic ni sejuk plak hati. hakhakhakhakhak.. bukan sebab tengok pegantin ye. haha. tapi tengok diri sendiri. lawa jugak aku ni. hakhakhakhakhak. PANG!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...