Friday, December 23, 2011
.: 3 sekali harung :.
.: januari 2011 :.
Tuesday, December 20, 2011
.: Pembalasan :.
tak sabar nak balik kampung punya pasal tu yang baju dah siap2 letak dalam beg. haha.beg QS opkos mr.zach dan baju2 die selalonye akan banyak dari aku. (ouh kami tengok tempat yang nak tujui, kalau balik kelantan, opkos baju aku paling sikit, tapi kalau balik pahang baju aku paling banyak. haha. sebab balik rumah mak masing2 dah sure baju kat kampung tu berlambak. haha.) aku plak jenis tak suke nak tinggal baju kat rumah sedara mara o MIl aku. entah tak tahu jenis ape. aku rela angkut segala barang2 aku kehulu-kehilir. lagi pon ko naik ketekn.. so tak ade masalah lah kan. hehe.
so dah siap kemas2 cuma tunggu hari jumaat malam je. balik pahang sari.. lepas tu balik kelantan 9 hari. yihaaaaaaaaaaaaa.. tu dah adil ok. sebab pahang aku selalo balik. kelantan ni baru nak balik, last balik masa raya pose. huhuhu. seb baik ma n abah aku jenis faham. tapi kali ni ma aku dah tanya banyak kali. kalau tak tanya pon memang aku nak balik jugak. hehe.
* mod~ balik kampung... ooooo balaik kampung... hati riang. selamat hari raya korank.. raya x-mas. hahaha..
.: 15 % :.
malas nak taip panjang2, so lepas ni sape2 yang suke suping on9 untuk brand ni silalah suping banyak. aku lebih suke gi butik die je. on9 ni renyah skit pada akulah. hehe. kalu kecik nau gambar tu.. klik jelah kat pic tu. hehe. tak pon korank leh tengok kat blog QS & RX je. da~
* (mod malas )
Monday, December 19, 2011
.: tumpang sekaki :.
bahagian kakak aku ni buat family day kat sg. tekala. aku malas nak fikir ok ke tak tempat tu, janji pagi-ptg perut aku ditaja. hakhakhakhak. (ish tak senonohkan? aku taw, tapi aku suke je pau kakak aku) hahaha.
yang bestnye family day bahagian kakak aku ni, banyak hadiah gile. mula ko datang daftar die bagi hadiah bag (dlm beg tu aku tengok padan dengan hadiah, hadiah die bukan koman2 wey.. kakak aku dapat 8barang termasuk pendrive HP, casing laptop 10", astu ape tah lagi aku tak tengok sangat, kalau aku tengok mesti aku snap) lepas tu, hadiah untuk lucky draw dorang beli barang-barang dekat Seng Heng. semua ade, peruik nasi, kipas, pembakar roti, blander, VCD player ish macam2. lepas tu, hadiah untuk anak2 dorang pun ade. ikut pada umur. ishh pendek kata hadiah sesaje dalam kete kakak aku.
lepas tu aku dengan BIL aku + si Hani bunny duduk lepak sambil makam. makanan yang dorang masak n bawak memang banyak. aku kenyang sampai petang. hehe. bilalah bahagian aku nak buat plak. ermmmmmmmm..
Friday, December 16, 2011
.: isikan hujung minggu dengan movie :.
.: Roti Lapis Daging Berkeju :.
so pagi ahad aku gigih gi pasar untuk misi buat menu roti lapis daging berkeju ni. caranya sangat mudah dan nak buat pon mudah dan paling penting sedap. hahaha. eh memang sedap ok. SIL aku tapaw, astu akak aku pon mintak jugak sudahnya aku dapat rasa ciput je. jadilah sebab aku pon hilang selera nak makan, sebab SIL aku bawak buah-buahan nak buat rojak. terus napsu naik mencanak2. haha. buah tak pe. baik utk kesihatan & kandungan.
ok. malas nak cite banyak memandangkan entry ni dah lama sangat aku peram. so tengok jelah. hehe..
kalau korank nak resepi ni terjah je blog yang aku kasi link tu. lg bgs korank tengok link tu dr yang aku aku resepi sebab aku dah tukar sikit.. hehe
Wednesday, December 14, 2011
.: allergic :.
aku selalu check up kat hospital 2 minggu sekali. tapi untuk bulan 12 ni seminggu sekali ko.. haha. orang kat O&G dah penat gamaknya nak tengok muka aku. dulu orang2 kat EPAU. hehe. lagi aku ade penyakit lain( tyhroid) memang kena pantau jelah. tapi best jugak sebab boleh tahu perkembangan baby. part yang tak best ko kena gi sensorang ke hospital (malas nak drive + cari parking) ishhh tu je yang aku rimas. so masa checkup tu aku mengadulah dekat doktor kate kulit aku kering2 then gatal2. sekali aku tujuklah kat doktor kaki aku. boleh plak doktor cakap 'ouh tak teruk.. ade setengah org sampai berkudis' gluppp!!! aku cam nak cakap je. 'dah tu doktor nak sy tunggu kaki sy ni berkudis dulu baru doktor nak rawat?' tapi tak terkeluar. adoiyai.. rupanye macam gini kan bila pembawakan. aku lebih rela muntah2 dari duk tergaru2 macam $^%&^(* ni. mintak2lah semuanya sementara.
tang kaki aku leh boleh terima andainya nak berparut.. nanti sapu je bio-oil (ahakz!) tapi ade part yang paling buat aku tertekan. hah memang tertekan ok. bile gatal kat bahagian dada (breast) masyaAllah tuhan je yang tahu kot nak garu2kan. memang menguji kesabaran je. lagi2 kering sangat2. aku sapu lotion ke ubat doktor bagi ke tetap gitu. dah sebulandah aku tahan rasa tertekan ni. mr.zach plak tak habis2 suruh aku sabar. memang boleh sabar tapi hazabnya hanya Allah je yang tahu. itu pon aku tahan jugak. sampaikan doktor tu cakap kalau betul ni sebab pembawakan aku kena tunggu susu ade dulu astu sapu dekat sekeliling nipple aku. tak pon bile dah bersalin baru tak gatal/kering lagi. masa dengar tu aku telan air liur je sebab vafak lama gile kalau nak tunggu lepas bersalin. lagi 5 bulan.. arghhhhhhhhh..
ade sape2 tahu tak cara2 nak hilangkan kering/ gatal di badan. aku dah stress sangat2. sampaikan ade masa aku marah2nye si mr.zach tu. kekadang kesian jugak dekat die. tapi alhamdulillah die faham aku macam mana sekarang. siyes wey bukan mengeluh tapi mengadu. hehe.
Tuesday, December 13, 2011
.: dulu....sekarang...:.
tapi sejak dua tiga hari ni, tekak rasa nk makan twister, pastu filet o fish, rotate menu tu sampai muak. boleh? hahaha. dah tentu tak boleh. mr.zach kasi kawal. tapi dalam duk terkawal die terpaksa bagi jugak makan sebab tengok bini dah tak terkawal. sikit lagi nak naik gile. hahaha.
tapi jenis gediks ni susah nak cakap.. sebab aku nak mr.zach je g beli. (PANG!!!!) walaupon boleh je start enjin kererta then gi je kfc/mc'D tapi dah katakan tadi gediks nak laki jugak gi beli. sudahnya kempunan sendiri. hehehe. eh tapi kan kalau korank suka makan twister mesti tahu kan dulu twisternye pembalut lain,sekarang lain. kalau dulu macam yang kat bawah ni..
eh.. aku nak cite pasal aku nak makan twister ni. haha dah merepek cite tah pape. haha
EH K.SHIMA.. JANGAN LUPA JANJI-JANJI MANIS MU DI MEKDI YOOOOOOOOOO..
sumber gambor: incik google
.: ketahui cara mengenal jantina :.
Menurut Prof. Jamiyah, jantina bayi dalam kandungan boleh dikesan melalui ujian ultrasound tetapi sebenarnya ia agak sukar kerana jantina janin terletak pada kawasan yang kecil dan tersorok. Kadang kala Ujian ultrasound akan mengambil masa yang lama.
Menjelang minggu ke-20, agak mudah mengetahui jantina bayi selagi pakar yang mengendalikan ujian ultrasound mendapat gambaran yang jelas. Katanya teknologi sains boleh digunakan untuk mengesan jantina bayi tetapi perlu berhati-hati dan pasti dengan apa yang diperhatikan sebelum memberitahu kepada bakal ibu bapa.
Jantina bayi terbentuk pada lapan minggu pertama kehamilan dan pada minggu ke-12, ia akan terbentuk secara sempurna.Pembentukan jantina bayi memerlukan input daripada genetik ibu dan ayah.
Setiap bayi lelaki mendapat kromoson X daripada ibu dan kromosom Y daripada bapa. Pembentukkan jantina bayi lelaki sebenarnya bergantung kepada kromosom X yang akan menyebabkan sel sel bayi tersebut boleh berinteraksi dengan hormon lelaki iaitu androgen untuk pembentukan alat sulit lelaki. Jika kromosom X tersebut tidak mempunyai fungsi tersebut, alat sulit lelaki tidak boleh terbentuk dengan sempurna. Walhal bayi perempuan mempunya dua kromosom X yang diterima daripada ibu dan bapa.
Pembentukan Jantina
Secara genetik, jantina bayi ditetapkan semasa proses persenyawaan tetapi semasa perkembangan awal embrio, semua embrio kelihatan sama.
Semua embrio mempunyai kudup kecil atau bonjol. Ia dikenali sebagai benjol atau bonggol genital. Jika anda mengandung anak lelaki, testosteron mula dihasilkan seawal minggu ke-7, menggalakkan kudup itu membesar dan berkembang menjadi zakar dan skrotum. Bagi perempuan, kudup itu akan menjadi clitoris dan labia.
Ia adalah proses yang berlaku secara perlahan dan hanya pada minggu ke-11 barulah jelas perbezaan antara jantina. Menjelang tahap ini, semua bayi mempunyai sesuatu yang membonjol keluar. Bagi lelaki, ia menegak ke atas pada sudut lebih dari 30 darjah dari spina. Bagi perempuan, ia lebih mendatar dan selari dengan badan, pada sudut kurang dari 30 darjah.
Bagaimanapun ia sukar dilihat kecuali bayi berbaring dalam posisi yang senang dilihat dan ujian imbasan dilakukan oleh doktor pakar menggunakan mesin ultrasound yang canggih.
Sekiranya bayi sudah pandai berpusing dan melakukan pelbagai gerakan, bertambah sukar untuk mendapatkan gambar sudut yang sesuai melihat jantinanya termasuk mengesan sebarang ketidaksempurnaan pada jantina.
Menurut Prof. Jamiyah, kurang daripada 10% daripada “ambiguous genitalia” dapat dikesan melalui ujian ultrasound.
Kaedah Menentukan Jantina Tentu sekali persoalan mengenai ketidaksempurnaan anak yang dikandung sering terlintas di fikiran bakal papa dan mama. Ujian ultrasound yang dijalankan diharap dapat memberikan keyakinan bahawa zuriat yang dikandung sempurna sifatnya.
Namun bagaimana jika jantina anak yang dikandung didapati tidak sempurna? Adakah masa depannya akan terjejas? Ciri-ciri jantina lelaki yang normal terdiri daripada organ seks yang merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan yang terdiri daripada zakar, testikel, vas deferens serta ‘chordae spermatik’ yang lain dan kelenjar prostrat.
Sistem pembiakan lelaki berfungsi untuk penghasilan sperma dan air mani serta pemancutan air mani yang membawa sperma dan maklumat genetik.
Ciri-ciri fizikal bukannya penentu utama memastikan seseorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah individu yang ciri-ciri fizikalnya menyerupai perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti Congenital Adrenal Hyperplasia, Testicular Feminization Syndrome ataupun keadaan interseks yang lain).
Dari segi biologi, organ seks wanita terlibat dalam sistem pembiakan, sedangkan ciri-ciri jantina sekunder adalah untuk menjaga anak serta untuk menarik perhatian pasangan.
* aku plak cam ne eik? ape jantina anak aku ni.. hehe. moga2 seperti yang diharapkan. Amin. ^_^
Wednesday, December 7, 2011
.: hati meracau-racau :.
sumber gambar dr mr.google
Friday, December 2, 2011
.: last movie 2011 :.
EAST MEETS WEST (CANT)
HOWLING REBORN
IMMORTALS
IN TIME
LEGENDARY AMAZONS (CANT)
MADE IN DAGENHAM
MAGIC TO WIN (CANT)
MAYAKKAM ENNA (TML)
MISTERI JALAN LAMA (MLY)
PETALING STREET WARRIORS (MAND)
SEEKING JUSTICE
TOWER HEIST
YOU ARE THE APPLE OF MY EYE (MAND)
ermmm selalu cepat je aku update cite2 yang keluar di pawagam tapi kali aku aku lambat. sebab sekarang nak bukak blog pon dah kena tunggu mood. lagi2 pc aku ni majang buat hal. cite dah banyak kat draft tapi tetap tak publish. hehe. semua cerita untuk last november dan sekarang aku tak layan. bukan takat mood nak update blog je tak ade. mood nak tengok wayang pon tak berape nak ade macam selalu. hehe.
Monday, November 21, 2011
.: Hebat ke kamu? :.
Kehebatan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang hebat adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kehebatan wanita berdiri di atas teguh iman. Seluruh kehebatan yang ada pada Khadijah adalah kehebatan sempurna bagi seorang wanita.
Sabda Rasulullah SAW: “ Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”
Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.Kehebatan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.Friday, November 18, 2011
.: Harimau yang hebat :.
tapi tak puas hati tu tetap ade bile 100,000 penyokong indonesia di stadium Gelora Bung Karno yang mejerit 'malaysia maling' (malaysia pencuri) semasa lagu negaraku sedang dimainkan. tapi tak patah semangat pemain harimau muda kita. memang cayalah korank yg sabar & tabah walaupon aku tengok game tu macam nak sesak nafas dibuatnya. hahaha. yang penting malaysia menang hasil jaringan Syahrul Azwani Ibrahim pada minit ke-18.
esok game malaysia (kumpulan A) vs myanmar (kumpulan B). pukul berapa aku tak surelah plak. hehe. tapi kompem sakit jantung jugak ni. hehe.
Thursday, November 17, 2011
.: Spontaneous Thursday #1 :.
tetibe rajin nak buat entry Spontaneous Thursday ni.. haha.
esok aku cite menu pe lak yang aku duk tepek ni.. ^_^